Ahad, 29 Disember 2013

Maixara Slim Look Slimming & Firming Lotion

2:09:00 PTG 11 Comments

Entry promo produk....

YES sempena Tahun Baru 2014.. Meh meh kawan kawan meh rapat rspat..Ai nak promote satu produk Maixara nih iaitu Slimming & Firming Lotion...

Ada masalah selulit, senggugut atau lemak lemak degil berlebihan? Mai lah cuba produk nih yang ternyata berkesan..Banyak testimoni yang berjaya tapi ai tak masukkan testimoni sebab nanti kena saman testimoni orang..hahaha...

Korang jangan salah faham pikir ai yang jual tau..Tak tak sebenarnya kawan ai yang jual..Ai tolong promote kan aje.(ai tokei bedak sejuk Azza Elite ajo)Untuk pengetahuan korang harga pasaran RM89.00 tapi kawan ai bagi harga kasih sayang cinta abadi tau..Dia jual RM60.00 saja free postage..hahaha murah tak murah tak...

Kalau korang berminat boleh wassup ai...In shaa Allah jawapan yang sepantas kilat ai bagi kat korang..No telefon ai tertera di sebelah side bar...

Okbai..

Sabtu, 28 Disember 2013

Bila dibolehkan membuka aurat

9:05:00 PTG 6 Comments

Soalan : Syaikh Muhammad bin Ibrahim ditanya : Bila aurat dibolehkan untuk dibuka?

Jawapan : Aurat hanya boleh dibuka kerana adanya penyakit yang membahayakan.

Adapun ungkapan,"Boleh membuka aurat untuk pengubatan" ertinya boleh hingga aurat yang berat tetapi aurat yang berat ini hanya dibolehkan untuk dibuka dengan sebab suatu penyakit yang sangat berbahaya dan ditakutkan boleh menyebabkan meninggal atau semakin parahnya penyakit tersebut. Adapun sakit yang ringan tidak termasuk dalam ungkapan tersebut. Yang dimaksudkan di sini adalah aurat wanita dan lelaki dengan catatan bahawa yang dibolehkan melihat aurat wanita hanyalah kaum wanita sendiri.

Memang pada dasarnya aurat wanita tetap dianggap sebagai aurat di hadapan wanita lain akan tetapi lebih ringan dibandingkan dengan di hadapan lelaki kerana penyebab timbulnya fitnah, tidak ada dalam diri wanita apabila melihat pada aurat wanita lain. Maksud dari segi pengubatan di sini adalah pengubatan dari suatu penyakit. Sedangkan untuk tujuan menambah kekuatan dan masalah ini banyak orang dilalaikan, maka misalnya seorang lelaki membuka peha lelaki lain kerana sakit yang ringan atau tujuan untuk menambah kekuatan merupakan suatu kerosakan dan kejahatan yang besar. Ini telah menjadi perkara yang biasa dilakukan manusia tetapi ini adalah kebiasaan yang dilarang oleh syarak, meski banyak dilakukan manusi.

Sumber : 1001 Soal Jawab Agama Umat Bertanya Ulama Menjawab

Jumaat, 20 Disember 2013

Ephyra - Percubaan kotak pertama

5:08:00 PTG 7 Comments

Alhamdulillah ai dah selamat terima Ephyra yang ai order daripada kak ina a.k.a blogger IntaNBerliaN...Untuk pertama kali nih ai order trial set dulu..Walaupun kelebihan Ephyra nih tak dapat disangkal lagi tapi ai tetap nak beli trial jugak...Lain orang lain hasilnya kan..

Sebelum nih ada jugak amalkan supplemen nih tapi dah stop since puasa lepas..Nak sambung balik bapak pemalas ai nih..So, nak try pulak Ephyra nih sebab banyak kelebihannya kannnn..Malam.nih bermulalah cabran 10 ari bersama Ephyra..Satu paket satu hari..No carbonate drinks, no caffeine and yes to sky juice...hehehe..

Chaiyok chaiyok chaiyok....

Khamis, 19 Disember 2013

9 amalan trimester pertama

10:21:00 PTG 8 Comments

Buat ibu ibu mengandung dan tak lupa juga mummy to be..Hope info yang ai share nih berguna buat korang hasil pembacaan ai dari Majalah Pa&Ma..

1. Cari maklumat - Dapatkan formasi sebanyak mungkin mengenai apa yang akan korang hadapi dari trimester pertama sampai trimester akhir kehamilan..Boleh dapatkan dari surat khabar, televisyen, majalah, internet dan sebagainya. Sambil korang ngadap blog korang ringan ringankan jari cari kat tok google pasal kehamilan. Rasanya banyak kot blog yang share pengalaman masa mengandung kan dari duk tengok youtube atok atok yang tak semenggah tuh...Eeeuuuwww efek kat baby nanti..Menyampah ai tau so annoying betul!!!

2. Jaga dehidrasi - Banyakkan minum air suam, susu atau jus buah segar memandangkan kebanyakan ibu hamil akan sering mual dan muntah pada trimester pertama yang menyebabkan dehidrasi. Selain daripada tuh kalau korang minum air secukupnya dapat mengelakkan korang dari sembelit. Jangan nak menggatal minum air berkarbonat cth F&N yang banyak perisa tuh..Alasan yang tak boleh terima kan bila orang jawab ala air nih buah gak bezanya air nih air gas jer..Jer ko cakap? Nak jer aku sungkit hidung ko Jenab!!

3. Makan secara sihat - Tak perlu makan untuk 2 orang!! Hahh yang nih kerap ai dengar ibu ibu mengandung makan banyak sebab makan untuk 2 orang..Banyaklah ko makan untuk 2 orang padahal dah ko memang jenis kuat makan, ko babitkan anak ko yang tak tahu apa apa...Mohon jangan terasa pulak ye..Ai bukan tuju kat awak, kamu, ko, kau, mu ye..Nih secara general..Kalau tak boleh terima sila klik X ye. Untuk pengetahuan korang keperluan tenaga tak berubah dalam tempoh 6 bulan pertama korang mengandung. Hanya akan meningkat sedikit dalam tempoh 3 bulan terakhir iaitu 200 kalori sehari. Korang kena make sure diet korang ada banyak buah buahan, sayur sayuran sekurang kurangnya 5 hidangan sehari. Sarapan berasaskan karbohidrat macam roti, pasta dan nasi. Protein macam daging, ikan, telur, susu dan produk tenusu setiap hari jangan pulak korang buat derk plak..Kena ambik jugak ye ibu ibu Yong semua.

4. Elak penyebab muntah - Hah korang yang mengandung tuh mesti ada rasa nak muntah semendang aje kan. Korang disyorkan jauhkan diri dari bau busuk bancin a.k.a yang memang tak boleh diterima lubang hidung korang tuh. Jangan lupa biasakan diri berus gigi lepas makan. Selain daripada tuh cara korang nak elak mual bangun perlahan lahan daripada keadaan baring dan jangan nak gatal lakukan secara spontan. Selain tuh makan sekerap mungkin tapi dalam kuantiti yang sikit. Jangan pulak korang bantai melantak penuh sepinggan pastu kerap pulak..10 minit sekali korang melantak memang jadi bear lah jawabnya.

5. Pemeriksaan antenatal - Rasanya semua ibu ibu mengandung tahu kesihatan korang dan anak yang korang kandungkan tuh sangatttttt penting dan kena utamakan. Pedulikan hal lain dulu..Kalau korang ada check up dan dalam masa yang sama ada program yang penting kat office korang utamakan check up tuh dulu..Pedulikan hal kat office..Korang fahamkan betapa pentingnya pemeriksaan antenatal nih. So kena rajin rajinkan diri ikut rutin pemeriksaan sebelum minggu ke 12 untuk senangkan doktor pantau korang dan perkembangan baby.

6. Makan ikan - Beberapa kajian menunjukkan minyak ikan yang mengandungi Omega 3 mempunyai kesan baik terhadap praeklampsia, bearat kelahiran baby dan perkembangan otak baby di peringkat akhir hamil. Korang tahu tak ikan berminyak mengandungi protein, mineral, vit D & asid lemak omega 3. Banyak banyakkan lah makan ikan tenggiri, salmon atau sardin 2 kali seminggu. Boleh jer kalau nak makan ikan lain banyak mana pun. Ikut korang punya tekaklah kan nak makan banyak mana.

7. Bersenam - Hahaha...bab nih ada yang suka dan rajin buat ada jugak yang culas kan..Siapa culas nak bersenam baik mengaku..Jangan nak tipu takmo takmo takmo..Ai tahu okey..hahaha..Semua ko tahu..ppiiirahhhhh..Senaman boleh menceriakan korang dan mengelakkan korang dari kemurungan. Jenis senaman yang sesuai ialah berjalan, berenang dan aerobik air..

8. - Senaman lantai pelvis - Awal kehamilan adalah digalakkan korang amalkan senaman lantai pelvis yang sangat membantu ketika proses bersalin dan baik untuk korang selepas bersalin.Buat 3 kali sehari okey.

9. Kurangkan kafein - Penyelidik berpendapat korang yang ambik kafein terlalu banyak semasa mengandung akan menyebabkan babh berat badan lahir rendah atau meningkat risiko keguguran. Kalau nak minum jugak boleh jer tapi minum 2 cawan kopi atau 4 cawan teh sehari untuk elak baby terjejas dengan kesannya..Bagi ai lah kan tak payah minum lagi elok kot. Sebab kalau minum teh bukan elok sangat pun sebab confirm kena kencing kotor..Tak caya korang try minum bercawan cawan teh pastu check air kencing kat klinik confirm "kotor"..Masa tuh tadah telinga dengar misi membebel...Seeloknya korang minum kopi tanpa kafein atau jus buah buahan segar. Alternatif lain minum segelas air kosong dengan perahan lemon atau limau..

Hamekkk..Sekali panjang lebar ai punya entry..Hope imfo info yang ai share nih berguna untuk korang yang sedang memgandung dan bakal mengandung..Ai tak palsa baca sampai habis..Baca setengah pun boleh pastu sambung baca esok pun boleh..Risau pulak korang muntah pink baca entry nih banyak nau nak baca (^_^)..

Enjoy you reading!!! Ok bye..

Sabtu, 14 Disember 2013

Tips untuk kurangkan laga gigi waktu tidur

8:36:00 PTG 5 Comments

Sejak akhir akhir nih kan Aina suka sangat mengigau bila waktu tidur...Dengan mata terpejam tuh dia boleh bebel bebel..Apa butir dia cakap saya tak paham...

Lepas dia bebel bebel tuh kan dia main laga laga gigi..Kuat tau bunyi laga gigi tuh..Kadang kadang saya sampai fikir tak patah ke gigi dia sebab bunyi laga gigi tuh terlalu kuat..Pernah sekali secara spontan saya tepuk manja mulut Aina kot kot lah dia stop buatkan tapi makin kuat pulak..Risau tau saya korang..

Kawan kawan tau tak tips nak elakkan laga gigi tuh waktu tidur..Memang tindakan spontan Aina tanpa dia sedar atau memang dia sengaja buat? Saya risau tau sebab dah dua minggu masalah nih jadi tak tahu nak buat apa dah...

Ahad, 8 Disember 2013

Resipi sambal gesek +- sambal lanun = sambal gelan

9:10:00 PTG 10 Comments

Dah dua hari berturut turut buat sambal istimewa nih sebab incik hubby suka..Dia cakap sedap...Sambal nih cara nak buat macam sambal lanun dan sambal gesek tapi saya ubah sikit...Asalnya nak buat sambal lanun tapi memandangkan saya tak boleh makan belacan so saya ubah sikit resipi tuh...Ambik sikit dari resipi sambal lanun dan sambal gesek..

Kalau sambal lanun cili padi, belacan dan ikan bilis kena goreng kan..Lepas tuh tumbuk sampai lumat..Sambal gesek pulak cara masak yang sama bezanya bahan bahan sambal gesek cili padi, bawang kecik, bawang putih, ikan bilis, jus limau kasturi dan garam...Tumbuk sampai lumat dan last bubuh jus limau dan garam...Tuh cara buat sambal lanun dan sambal gesek..Tapi sambal yang saya buat saya gabung dua resipi tadi jadi satu...Jadilah sambal gelan suka suki saya..hahaha...

Cara nak buat senang aje..Goreng ikan bilis sampai garing...Lepas tuh goreng cili padi, bawang kecik dan bawang putih...Tumbuk sampai lumat semua bahan bahan tadi..Dah siap...Senangkan...

Isnin, 2 Disember 2013

Buka akaun Bank Muamalat untuk simpanan

12:18:00 PTG 12 Comments
Satu lagi akaun bank saya bukak...Bukan tamak na bukak banyak banyak..Saya tak nak akaun bank gaji campur aduk dengan akaun simpanan...So segala duit yang saya dapat hasil berniaga dan berblogging saya simpan dalam Bank Muamalat...So boleh lah tengok dan pantau duit yang masukkan..Kalau masuk maybank saya jadi pening..hahaha


Mungkin ada yang ingin tahu deposit untuk buka akaun bank Muamalat nih. Korang tak perlu risau kena standby beratus ratus nak buka akaun. Korang perlu sediakan minimum RM20.00 untuk buka akaun. Kalau nak lebih terpulang...