Rabu, 27 November 2013

Tidak perlu membazir dalam majlis perkahwinan

12:46:00 PTG 20 Comments
kredit : suarainsan.net

Betul apa yang dikatakan Ustazah Zawiyah Hassan mengenai pembaziran dalam perkahwinan nih...Statement beliau bukan ditujukan kat Che Ta dan Zain tapi secara umum kan..Tak kira lah sekaya mana pun setinggi mana pun darjat kita rasanya tak perlu membazir berbelanja sampai berjuta juta kan...Mungkin orang akan cakap lantak dia lah duit dia, bukan dia kahwin mintak engkau...Yaa...memang betul tapi dalam Islam pun tak galakkan pembaziran yang melampau dalam perkahwinan...Memadai dengan seekor kambing untuk buat kenduri kahwin kan...

Dannnnnn bagi pendapat saya lah kan pada yang suka sponsor artis artis(yang memang sah sah ada duit) sampai ratus ratus ribu, ada baiknya sponsor pada mereka yang ingin mendirikan rumahtangga tetapi tak cukup bajet...Tuh pendapat saya dan officemate saya ye...Pendapat korang pulak???

Isnin, 25 November 2013

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

10:46:00 PG 22 Comments
Assalamualaikum...


Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 


Jom dapatkannya sekarang...

Official Websitewww.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.

Jumaat, 22 November 2013

Agar Agar Milo Chipsmore yang sedap

4:23:00 PTG 9 Comments

Saya sebenarnya tak makan agar agar tau tapi semalam pecah rekod lah sepanjang 29 tahun hidup kat dunia baru merasa makan agar agar...Hahaha...Sedap tau agar agar milo chipsmore nih....

Bahan bahan

1 bungkus agar agar
1.5 liter air
3 sudu besar Milo
1/2 tin susu pekat (korang boleh adjust ikut taste masing2)
Air panas
Biskut chipsmore (diramas2)

Cara nak buat : Masak agar agar dalam air sehingga mendidih...Bancuh Milo dan susu pekat dengan air panas..Curah dalam adunan agar agar..Kacau rata...Lepas tuh korang ambik biskut chipsmore ramas ramas bagi hancur sikit sikit tabur kat dalam bekas..Pastu curahkan adunan agar agar tadi..Masuk dalam peti sejuk...Tunggu beberapa jam dah boleh makan..

Sejuk tekak makan time agar agar sejuk kan??Nyamannnnn sangattt..

Jumaat, 15 November 2013

Pantun Ustaz Haron Din

11:47:00 PG 14 Comments
Assalamualaikum...

Pantun terbaik daripada Ustaz Haron Din...

Khamis, 14 November 2013

Video dan lirik lagu Al Haq Yang Satu - MAwi ft Dato'AC Mizal Official MTV

4:32:00 PTG 10 Comments
Saya suka sangat sangat lagu nih...Penuh makna kan....


(AC Mizal)
Andainya ku bisa putarkan saat waktu,
Ku perbetulkan segala kesilapan lalu,
Andainya kupernah melukakan hatimu,
Izinkan aku mengubati jiwa ragamu,
Segala-gala suka dan duka,
Tak pernah dapat ku lupa,
Daku manusia biasa,
dibawa dosa pahala,
Hidup didunia cuma sementara,
Janganlah leka jangan terpedaya,
Antara kaca dan juga permata.

(Mawi)
Ku bersujud padamu,
berdoa pada yang satu,
Padamu aku mengadu,
Allah yang satu,
Mohon petunjuk darimu,
berderai air mataku,
Ku ingin dekat denganmu.

Ya Allah x2,
Ampunilah dosa-dosaku yang lalu,
Ya Allah x2,
Maha Pengasih,Penyayang, Maha Mengerti.

(AC Mizal)
Andainya kubisa hidup seribu tahun lama lagi,
Ku kota kata kata yang telah ku janji,
Andainya ditakdirkan esok aku pergi,
Susun sepuluh jari memohon diampuni,
Janganlah bersedih berduka,
Berjumpa disana semula,
Kembali kepada pencipta,
Diruang yang luas terbuka,
Pintu syurga dan neraka,
Bertapa kau bersedih berduka dijiwa gelora didalam dilema menanggung derita

(Mawi)
Ku bersujud padamu,
berdoa pada yang satu,
Padamu aku mengadu,
Allah yang satu,
Mohon petunjuk darimu,
berderai air mataku,
Ku ingin dekat denganmu.

Ya Allah x2,
ampunilah dosa dosaku yang lalu,
Ya Allah x2,
Maha Pengasih,Penyayang, Maha Mengerti.

(AC Mizal)
Allah akhbar, Allah yang Maha Besar,
Mari memuji memuja,
Maha Kaya Berkuasa,
Ampunilah segala dosaku yang lalu


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com

Sabtu, 2 November 2013

Sandwich cutter yang unik dan comel

11:56:00 PG 17 Comments

Assalamualaikum...

Rasanya entry dah lama terperam...Dah jadi basi kot..Yela lepas kak ina a.k.a IntaNBerliaN pos entry pasal sandwich cutter saya pun dengan muka tak tahu malu pun try apply Sustagen Club...

Seminggu lepas apply, incik hubby bagitahu susu yang saya apply dah sampai..Hohoh...Suka suka..Saja try bagi Aina dan Auni minum susu sustagen..Serasi ke takkan..Alhamdulillah diorang okey je...

Lepas tuh saya belek belek bungkusan yang lagi satu..ada sandwich cutter, sticker, fm, borang redeem point dan katalog....Meroyan jap tengok barang barang dalam katalog sustagen club tuh...Tapi yang lebih teruja sandwich cutter bentuk dinosaur...hahaha..Lepas nih boleh la buatkan anak anak saya sandwich bentuk dinosaur...Nak tengok reaksi diorang..