Resipi Aiskrim - Homemade Choc Chips dan Chocolate Rice Ice Cream

Resipi Aiskrim - Homemade Choc Chips dan Chocolate Rice Ice Cream | Bila anak anak suka makan aiskrim memang Mimi kena velajar nak buat aiskrim. Sebelum buat punyalah duk fikir aiskrim ni susah nak buat. Sekali dah buat, eh senang sangat nak buat aiskrim homemade ni kan. 

Kali ni Mimi nak kongsi resipi aiskrim yang mudah disediakan. Aiskrim kegemaran Aina dan Auni, homemade choc chips dan chocolate rice ice cream. 

Jom tengok bahan bahan yang diperlukan untuk buat aiskrim. 



Resipi Aiskrim - Homemade Choc Chips dan Chocolate Rice Ice Cream

Bahan A

1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 biji telur
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B
5 sudu besar serbuk milo
1 sudu kecil serbuk koko van houten
Coklat cip
Coklat rice

Cara membuatnya

1. Campurkan kesemua bahan A. Blend/pukul dengan mixer sehingga kembang selama 10-15 minit. 
2. Bila dah agak kembang, masukkan bahan B dan gaul dengan sudu hingga sebati. 
3. Dah siap boleh simpan dalam fridge sampai beku. 



Mudahkan nak buat aiskrim. Tak susah mana pun. Lepas ni memang banyak kalilah buat homemade aiskrim ni. Dah anak anak jenis kaki aiskrim. 

Jangan lupa cuba resipi homemade icecream ni tau. Confirm puas hati. 

Post a Comment

18 Comments

  1. sedapnye homemade ice cream,
    resepinya pun mudah, pernah dh terbaca ttg resepi homemade ice cream ni tp x terbuat2 lagi..hehe

    ReplyDelete
  2. umah kak ina ni layan sgt aiskrim sbb kami xlayan sgt ais.. tp kak ina rasa kalu kami pggemar aiskrim, confirm akn try ni.. nampak sgt sedap!

    ReplyDelete
  3. sedapnyer... skrg nih tak blh bt icekrim lg peti ais pnuh daging eheheh... tp nk cube gk lah

    ReplyDelete
  4. eh pandainya buat.. nampak sedap

    ReplyDelete
  5. wahhhh.....nmpk mcm real commersial eskrim laa

    ReplyDelete
  6. sedapnya.. nape ramai yang up entry aiskrim hari ni ek?.. tergodanya.. rasa macam nak buat.. tadi, ada seorang blogger buat aiskrim oreo,.. ni coklat pulak :)
    nak jugakk.. hihi

    ReplyDelete
  7. dah lama nak buat homemade ice cream ni... tp tak terbuat lagi..keh keh keh...

    ReplyDelete
  8. sedaaaaaaapppnyaaa!! nakkk!! tp xleh makan aiskrim n sejuk2.. sobsob

    ReplyDelete
  9. Mak ai, sedapnya. Teringin nak merasa.

    P/s isi tabung sis

    ReplyDelete
  10. bley try ni mimie cam senang je...

    ReplyDelete
  11. Wah....nampak sedap tu PU...harus cuba ni ...

    ReplyDelete
  12. Nanti nak try..tengok ujung minggu ni acano...huhu~
    Bookmark already ya.thnks !

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com