Isnin, 16 September 2013

Cara Aina lukis orang

Malam tadi Aina tengah kusyuk melukis...Saya pulak sibuk tengok tv..Lepas tuh tergerak lak hati saya nak tengok Aina lukis apa...Wah wah wah dia lukis orang tau korang...Orang panjang petak..Masa saya tengok tuh orang tuh takde telinga...Aina cakap kat saya telinga dia tak buat lagi..Saya suruh dia buat telinga..

Aina lukis bulat kat kiri kanan orang panjang petak tuh..Hahaha..Kelakar memang kelakar tapi saya puji Aina. Saya cakap pandai Aina lukis sambil cium dahi dia..Nampak jelas tau riak muka Aina yang happy dan senyum lebar bila saya puji dan cium dia..

Bila anak anak buat sesuatu yang menunjukkan kebolehan dan kemahiran dia seperti melukis ke menulis ke membaca ke kita sebagai ibu bapa kena appreciate anak anak tau..Cara macam mana terpulang pada korang..Macam peringkat umur Aina dan Auni saya akan puji diorang dan beri ciuman...

Tengoklah bentuk lukisan orang Aina nih..Dia tahu lukis mata, hidung, mulut dan telinga..Cuma kaki dan tangan aje yang takde..huhuhu...

6 ulasan:

  1. cutenya..^__^
    happy anak kan MIMI bila kita hargai apa yg mereka lakukan..cukup satu pujian dan ciuman sbg tanda menghargai mrk..:)

    BalasPadam
  2. olooo tggi nya org aina hehe.. betul tu kak, bebudak ni kalau kita puji bertambah semangat diaorg nk beljar sesuatu perkara :)

    BalasPadam
  3. Hahah, kalau saya time kecik2 dulu saya suka lukis orang lidi. Hihi.

    BalasPadam
  4. tinggi lampai orang yg aina lukis ni.. okla tu dia tau mana letak mata, hidung, mulut, telinga kann..

    BalasPadam
  5. amboi lukis model ker tuh tinggi beno gayanya org tuh ahaha

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.