Selasa, 24 September 2013

Auni terkunci dalam bilik air

Auni memang suka mandi..Dah mandi kat taska pun nak mandi lagi....Nak dijadikan cerita masa nih saya tengah sibuk pujuk Aina menangis sebab nak ikut abi dia pergi kedai...Abi dia tak nak bawak sebab nak pergi kedai kereta..Agak payah nak bawak budak kecik...

Masa saya duk pujuk Aina, saya tengok pampers Auni dah bersepah kat lantai..Anak bertuah tuh dah bukak pampers dia dan masuk bilik air sendiri nak mandi...

Entah macam mana saya tergerak hati nak tengok Auni..Saya tengok pintu bilik air tertutup rapat..Saya try tolak pintu sekali tak boleh...Ahhh parahhh...Sah memang terkunci dari dalam..Saya ketuk ketuk pintu panggil Auni suruh bukak pintu..Dengarlah dia cuba bukak tapi tak boleh..Saya suruh Auni cuba lagi...Dia cuba bukak tapi tak boleh sampailah saya dengar dia cakap "Ummi tak leh.."Pastu dengar dia menangis...

Saya dengar dia menangis mulalah nak join menangis sekali tapi saya cuba tenangkan diri..Kalau kusut sangat tak boleh nak fikirkan...So, saya try cari kunci pendua pintu gril nak try panjat dari luar rumah dan jenguk Auni...Sekali cari kunci pendua pulak takde...Dua kali cari tak jugak jumpa..Sekali baru teringat kunci pendua ada sekali dengan kunci utama..Dan kunci tuh pulak dalam kereta okeh...Lupa nak bawak keluar..Incik hubby pulak pergi kunci pintu gril guna kunci dia..Lagi parah korang...Saya tak boleh nak keluar...Serabut dah nih...

Terus cari henfon kol incik hubby suruh balik sebab Auni terkunci dalam bilik air..Incik hubby suruh tunggu dia on the way balik...Tengok jam dah 15 minit dia terkunci..Dalam duk kalut sempat lagi saya snap gambar pintu bilik air..hahaha..Sengalkan...

Saya cuba slow talk dengan Auni suruh dia cuba bukak pintu sampai berjaya..Sekali cuba tak boleh..Dua kali tak boleh..Alhamdulillah kali ketiga berjaya jugak dia bukak pintu bilik air...Allah, lega saya korang...Terus saya cakap Auni pandai dan cium dua banyak kali....Auni? Apa lagi sengih macam kerang busuk..Anak bijak saya nih memang kental punya budak tau...Aishhh...memang sangat mencabar jaga Auni yang sangat aktif nih...

Lepas nih tak boleh nak leka memang akan jadilah macam nih...Jadi pengajaran untuk saya...Memang kena pantau Auni ketat ketat..

11 ulasan:

  1. salam,

    Alhamdulillah dah selamat..baca cerita ni terasa berdebar sekali..hehe nasib baik pandai bukak..kalau tak jenuh nak kena pecahkan pintu

    Btw, kalau berminat dengan supplement Shaklee, saya ada buat promo Shaklee ESP..do visit my blog ye
    http://ainasuraya.blogspot.com/2013/09/promo-shaklee-esp.html

    Thanks!

    BalasPadam
  2. hihihi.. auni kan bijak mesti boleh punya.. cuma memul tu dia gabra kot tu yg tak berjaya.. hihi..

    BalasPadam
  3. huhu.. seram jer baca tajuk n entry ni.. nasib la blh buka.. kl dia pun panik x ke haru...kl ja, konfirm ja dh panik.. silap2 ja tendang pintu tu..walaupun kudrat x kuat mana..panik punya pasal..hahaha

    BalasPadam
  4. aduhla... nsb lah auni dh sampai kt tombol pintu tuh... kalu tak haru

    BalasPadam
  5. Huhu... Saya pulak berdebar mula2 baca. Nasib baik dpt bukak. Alia pun sekarang dah suka nak ke bilik air. Habis hubby buat pagar. Macam apa dah quarters guru kami buat. Sana-sini berpagar.

    BalasPadam
  6. kena hati2 lepas ni..sebab depa kecik lagi kan

    BalasPadam
  7. takut plak dgr kak..nasib boleh juga buka..tu la kena pantau lebih kan anak2 nih

    BalasPadam
  8. sib baik auni pun tak kalut menangis..
    iyalah, risau juga kita yang diluar bilik air nih...

    BalasPadam
  9. huhu..mujurla boleh buka balik.. ni ke kejadian disebalik pic dlm IG tu?

    BalasPadam
  10. alhamdulillah...yati pulak si Fawwaz tu suka selak pintu bilik air dr luar time kita mandi, bijak tak bijaknya dia...

    BalasPadam
  11. saspen betul ni...
    nasib baik lah Auni budak bijak kan..hehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.