Khamis, 19 September 2013

Ada apa dengan Lifetime Channel 709?

Kalau orang lain berduyun duyun tengok drama Melayu macam Cinta Jannah, Asmara Luna, Diandra dan sebagainya..Saya pulak amat ketinggalan tengok cerita cerita macm nih sebabnya saya lebih gemar tengok channel 709...Lifetime....



Ada apa dengan Lifetime? Sebenarnya rancangan yang ada kat Lifetime nih boleh dikatakan best jugak...Bila bukak Lifetime saya suka tengok rancangan Masterchef..Sebelum nih Masterchef Australia, sekarang bila dah tamat Masterchef Australia digantikan pulak Masterchef All Stars...Dah namanya minat masak kan so rancangan nih memang sesuai ler nak tengokkan...Rancangan nih ke udara setiap hari Isnin-Jumaat pukul 7.05pm - 8.05pm....

Lepas tuh saya suka tengok rancangan Prank My Mom...Hahhhh nih memang gila lah anak anak diorang prank mak masing kaw kaw punya...Nih kalau buat dekat Malaysia memang not suitable...


Lagi satu saya suka tengok One Born Every Minute...Cabaran buat bidan hospital menghadapi macam macam karenah dan fiil ibu ibu yang nak bersalin....Cara diorang nak bersalin pun sempoi...Macam macam cara diorang bersalin tau...Tapi sebagai orang Islam takde lah menjerit bagai macam diorang bila rasa sakit kontraksi tuh datang....Kita dah tentulah akan istighfar, zikir dan baca doa amalan untuk ibu ibu mengandung kan dan bersalin kan...


Last but not least saya suka sangat sangat rancangan Coming Home...Sebab apa? Sebab sebagai isteri tentera sangat touching okey tengok channel nih...Mengenai tentera yang bertugas di luar kawasan berbulan dan bertahun tak balik jumpa family..Bila tiba nak balik jumpa family akan ada surprise dibuat oleh pengacara dengan orang orang tertentu dalam sesebuah family tuh...Contohlah kan saya tengok episod seorang pegawai tentera yang bertugas di luar dan setahun tak balik.Bila tiba masa pegawai tentera nih nak balik diorang berpakat lah nak bikin surprise kat anak anak diorang..Kira kepulangan pegawai tentera tuh dalam pengetahuan isteri dan pengacara sahaja..Anak anak tak tahu...Bila tengok anak anak terkejut tengok ayah diorang balik dan menangis sedih wei....Sebab faham sangat sangat perasaan anak anak diorang yang lama tak jumpa ayah sendiri kan...


Agak agak korang paham tak penerangan saya pasal Coming Home nih...Rasa macam berbelit belit aje ayat ai nih..hahaha...Rancangan One Born Every Minute dan Coming Home nih setiap hari Khamis...Malam nih adalah..hehehee...

Tuh pasal lah saya agak ketinggalan drama drama Melayu nih sebab dok sibuk melayan Lifetime nih..hahaha...Kalau nak tengok drama Melayu terhegeh hegeh lah ai download kat DailyMotion...hahaha...

Nota kaki * Drama adaptasi novel Pengancam Perkahwinan dan Love You Mr Arrogant dah nak keluar tv wei...Tak sabar nak tengok...


Klik-klik lah tabung Aina dan Auni ye!!

19 ulasan:

  1. Nak try tengok gaklah PU...mcm best je....takut tak masuk dlm package je...

    BalasPadam
  2. dah klik semua link tu.. tp lg better mimie ltk link.. blh terus klik je :-)

    BalasPadam
  3. akak suke lifetime dpt tgk masterchef all star tuh... prank my mom tu jarang2 sgt tgk...

    BalasPadam
  4. mksd k.ina link tabung tu... terus ltk direct link.. kira mcm backlink la... sbbnya, utk klik tabung tu, k.ina kne copy & paste link iklan mimie tu baru blh..

    phm ke apa kak ina tulis ni ek.. hihii.. kalu x, mimie tgk blik entry ni.. kalau mimie nk terus klik link tabung tu xblh kan...

    BalasPadam
  5. menarik..tp anak-anak pun suka tgk cinta jannah tu..

    BalasPadam
  6. tak pernah berpeluang tengok tv time2 macam tu.. selalu tak sempat.. huhu..

    BalasPadam
  7. kak lg ketinggalan mimi..
    semua tak tengok..baik Melayu dsbnya huhu..
    dok melopong baca cerita yg mimi warwarkan...

    BalasPadam
  8. x tgk .. x tahu
    sbb

    dah tersampuk ngan airiel ! muahhaha

    BalasPadam
  9. peminat tegar 709 la ni...noe jarang la sgt menonton TV...x tau rancangan terkini...klu tengok pun sukan..

    BalasPadam
  10. Macam best jark channel nie tapi rumah saya tak ada astro. Tak dapat tengok. Huhu.

    BalasPadam
  11. eh best ni...suke gak layan cite2 gini...

    BalasPadam
  12. boleh try tgk nnt tapi nk tgk cinta jannah dulu..

    BalasPadam
  13. rumah saya takde astro.. so baca orang cerita kat blog je.. hahaha..

    BalasPadam
  14. Jarang tengok channel ni. Lagi... Sekarang tgh layan cinta jannah :)

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.