Jamuan Hari Raya di perumahan saya

Kali nih saya nak cerita jamuan Hari Raya pulak tapi gambar gambar takde watermark sebab taip entry guna note..Okeylah straight to the point...16hb lepas bersamaan hari Jumaat malam Sabtu kawasan lorong rumah saya buat jamuan Hari Raya. Setiap rumah kena bayar RM30.00 dan sponsor satu jenis makanan.

Setiap tahun memang kitorang akan buat jamuan raya. Salah satu sebabnya untuk eratkan silaturrahim sesama jiran kan..Tapi masih ada lagi jiran yang tak nak bergaul dengan jiran jiran lain..Buat hal sendiri..Tapi okeylah kan tak nak paksa..

Seronok bila buat aktiviti macam nih kan..Tapi korang tahu tak masa jamuan raya nih mood saya langsung takde..Saya seorang yang suka bercakap dan berborak dengan jiran jiran tapi malam tuh saya hanya duduk dengan suami dan berbual dengan seorang jiran saya aje...Ada jugak saya tegur makcik makcik yang datang tapi tak banyak cakaplah..Bukan memilih tau tapi ada berlaku suatu kejadian yang menyebabkan saya menangis dan down sangat...Nasib baik incik hubby ada datang pujuk saya...Nanti saya cerita kat entry lain kenapa saya moody dan menangis...

15 comments:

  1. Bestnya kumpul jiran ramai2 gini. Merapatkan ukhwah kan..

    BalasPadam
  2. kawasan perumahan Farah buat kunjungan dari rumah ke rumah... mesti meriah kan ni dear??? *_^

    BalasPadam
  3. seronok kalu bt mkn2 gini ngn jiran2 kan... tp apa yg menyebabkan down tuh, jgn lupe cite tau...

    BalasPadam
  4. huhu..napa sis?

    hee..jamuan raya taman nana 24ni:)

    BalasPadam
  5. Oklah ada jamuan di perumahan macam ni, kita dapat eratkan silaturrahim dan berkenal-kenalan kan :D

    BalasPadam
  6. sana-sini dah mula rumah terbuka... :)

    BalasPadam
  7. seronok wat camtu... kdg2 time tu la kita bley saling share citer kan...

    BalasPadam
  8. Best makan ramai2 camni selain mengeratkan silaturahim....

    BalasPadam
  9. bestnya penduduk perumahan tu semua sepakat buat jamuan raya..

    BalasPadam
  10. seronoknya macam ni...susah nk tengok area taman perumahan pakat2 buat jamuan sama2 :)

    selamat hari raya sis :)

    BalasPadam
  11. Wow meriahnya. Best klw ada acara makan makan camni kan.

    BalasPadam
  12. Bagusnya buat jamuan mcm ni...dapat kenal jiran2

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan jejak korang kat sini. In shaa Allah saya akan balas jejak korang. Yang penting takmo komen yang bukan bukan ye..