Isnin, 8 Julai 2013

"Mi...adik yak cuk"

Assalamualaikum...

Nak share dengan korang cara anak dara saya si bijak Auni nih bagitahu saya kalau dia dah membuang najis @ berak..

Macam malam tadi anak anak bertuah saya nih main kat luar. Abi diorang sibuk nak berborak borak dengan geng kan, so sambil sambil tuh boleh tengok anak anak main kat luar kan.

Saya duduk lepak dalam rumah membesarkan badan sambil tengok tv..Tengah tengah saya syok layan tv Auni datang menggesel gesel kat saya sambil cakap "Mi..adik yak cuk.."

Saya nih buat bodoh ajelah kan...Saya fikir dia bergurau sebab takde plak bau busuk...Saya suruh dia pergi main..Lepas tuh, dia masuk lagi, dia cakap "Mi..adik yak cuk" sambil picit hidung dia..
Saya pun check lah popo dia sekali betullah dia berak...hahaha...Pandai Auni nih...Direct dia bagitahu kat saya dia berak tapi ummi dia nih sengal tak faham faham lagi...hahahaha...

8 ulasan:

  1. semakin hari semakin bijak...seronok bila tengok perkembangan mereka kan?

    BalasPadam
  2. Mimie ni itulah anak dah makin cerdik tak sedar. Nasib dia tak pergi bersihkan sendiri:)

    Cepat pandai Auni ni:)

    BalasPadam
  3. umi tak pahamlah... adik dah terlepas..hehe

    BalasPadam
  4. Dia terbau sendiri, ummi lak tak faham2...
    Hee...pandai auni

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.