Resipi Nasi Marjerin Kismis dan Ayam Bakar Pedas

Resipi Nasi Marjerin Kismis dan Ayam Bakar Pedas | Bila dah jadi isteri dan ibu ni salah satu sikap yang perlu ada ialah jadi seorang yang kreatif dalam bab rumahtangga. Kreatif dalam dekorasi, pertukangan mahupun masakan. Betul tak? 

Jadi kreatif dalam masakan tu wajib. Takkan nak makan menu yang sama setiap hari, bosan pula nanti kan. Bahan apa yang ada di dapur kenalah fikir dengan kreatif nak masak apa. Salah satu resipi yang terhasil daripada kekkreatifan Mimi ialah Nasi Marjerin Kismis dan Ayam Bakar Pedas. Puas fikir nak masak apa, tolak tambah bahagi darab tengok bahan apa yang ada. Maka, teehasillah resipi nasi marjerin kismis dan ayam bakar pedas yang sedap dan mudah disediakan ni. Jom baca selanjutnya untuk resipi. 



Bahan bahan : (Hidangan untuk 2-3 orang) 

Nasi Marjerin Kismis
Beras (dibasuh bersih dan ditos) 
Marjerin
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga lawang
Bunga cengkih
4 biji Bawang merah ditumbuk lumat
2 ulas Bawang putih ditumbuk lumat
Kismis

Cara cara : 
Panaskan marjerin dan tumis bawang yang ditumbuk, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan kismis sehingga naik bau wangi. 

Kemudian masukkan beras yangvtelah dibasuh. Gaul rata. 

Dah sebati, angkat semua bahan masukkan ke dalam periuk nasi. 

Masukkan air ikut sukatan beras. Masukkan 2 sudu besar marjerin. Masak seperti biasa hingga nasi masak. 

Ayam Bakar Pedas
Ayam
1 labu Bawang besar
10 tangkai cili kering (ikut tahap kepedasan masing masing)
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai diracik halus
Sedikit serbuk lada hitam
Kicap manis
Sos tiram
Garam secukupnya

Cara cara
Blend bawang besar, cili kering, bawang putih, halia dan serai. 

Kemudian tuangkan bahan yang di blend tadi ke atas ayam. Masukkan kicap manis, sos tiram, serbuk lada hitam dan garam. 

Gaul semua sehingga sebati dan perap ayam seketika dalam 10-15 minit. 

Bakar ayam guna oven menggunakan suhu 160° api atas bawah sehingga masak. Siap boleh dihidang dan makan bersama nasi. 


Makan dengan anak anak memang mereka suka. Siap cakap sedap ummi. Kembang sekejap bila anak anak puji. Mak mak macam ni lah kan. Sanggup bersusah payah sediakan makanan untuk anak anak dan suami. Perah otak perah keringat nak isi perut ahli keluarga. 

Nasi marjerin kismis ni pun sedap kalau makan dengan sambal ayam tau. Nak makan dengan rendang ayam pun boleh juga atau rendang daging. Terpulang pada selera masing masing. Selamat mencuba! 

Post a Comment

19 Comments

  1. resepi sendiri tu...menarik.bt experiment di dapur.hihihi ^^

    ReplyDelete
  2. tgk pun dah nampak sedap sgt ni hehehe

    ReplyDelete
  3. wahh menarik resepi sendiri ni....

    ReplyDelete
  4. Kalau budak-budak tak suka pedas tapi kalau kia mestilah sedap kan mimie..

    ReplyDelete
  5. kak.. yg nasi tu xde bahan2 bawang putih/merah ke utk menumis?

    ReplyDelete
  6. ok jugak ye... tak susah sgt...

    ReplyDelete
  7. macam nasi ayam pun ade.. tp memang menarik.

    ReplyDelete
  8. Boleh try nanti.... Tukar selera!

    ReplyDelete
  9. syok kan try try buat sendirii..dan hasilnya wow…sedap ni nampak..perut berbunyi jap..hehe

    ReplyDelete
  10. ayam dia nampak sedap la .terliur tgk

    ReplyDelete
  11. macam senang je...bahan2 pun mmg ada kat dapur..boleh cuba ni..

    ReplyDelete
  12. emm macam sedap je menu nih =)

    ReplyDelete
  13. boleh cub nanti barang semua ada

    ReplyDelete
  14. nasik marjerin ni makan saja pun layannn sangat dah..

    ReplyDelete
  15. Nampak menarik resepi nie Mimi.. bebila nanti boleh cuba..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com