Isnin, 8 Julai 2013

Janji harus ditepati bukan dicapati

Ya Allah kasihannya incik hubby saya...Dia bukan lah nak berkira ke apa tapi bila tulang empat kerat digunakan dan dijanjikan bayaran mestilah dia tuntut kan...

Ceritanya macam nih..Incik hubby saya nih dia memang rajin bekerja tau. Boleh dikira dengan jari berapa dia luangkan masa dengan saya dan anak anak. Semua hanya kerana mencari rezeki yang halal untuk saya dan anak anak.

Nak dijadikan cerita, pegawai incik hubby saya minta tolong dia racun kan segala benda samak samun di kawasan rumah dia (bukan kerja hakiki incik hubby). Dia pun janji akan bayar upah incik hubby saya sebab tolong racun semak samun di rumah dia. Dia janji nak bayar hari nih tau kat incik hubby saya.

Bila incik hubby saya minta upah, dia pukul canang kat semua orang dalam kem yang incik hubby saya minta duit dia. Incik hubby saya jadi bengang sebab dia malukan incik hubby. Seolah olah incik hubby "pau" duit dia...Bila incik hubby cakap tuan dah janji nak bayar, korang tahu apa pegawai tuh cakap?Dia suruh mintak kat pejabat gaji nanti diorang bayar. Korang agak agak kan pejabat gaji akan bayar ke kalau takde kena mengena dengan kerja hakiki? TAK lah jawabnya? Pendek kata, dia tak nak bayar upah incik hubby saya.

Saya nih tak tahu nak cakap apa. Marah ada, geram ada...Tapi saya tak melenting pun. Saya suruh incik hubby sabar. Lepas nih dia kena hati hati jangan sampai dipergunakan.

Mentang mentanglah dia pegawai, dia memainkan incik hubby saya..Incik hubby saya sampai merajuk lah..Saya tak sangka ada jugak manusia macam tuh. Kalau tak nak bayar upah jangan berjanjilah kan...Cakaplah mintak tolong aje tak payah cakap nak bayar upah. Bila dituntut mengelak untuk dibayar dan sebar fitnah...Sabar ajelah kan...Hanya Allah saja yang dapat membalas perbuatan dia. Kitorang hanya mampu bersabar dan sabar.

13 ulasan:

  1. Kesian org buat mcm tu. Bersabar je lah.

    BalasPadam
  2. Kem askar? Hmmm...klu army nie mmg susah sket...dorgkan ikut kasta pangkat...moga len kli, dia knaracun sndiri semak samun umah dia tu....bru dia thu penatnye dan sedar utk mengharagai pertolongan org len....

    BalasPadam
  3. sabar jelahh dengan org perangai mcm tu , ingat diri dah besar sampai tindas org lemah mcm kite

    BalasPadam
  4. eii geram pulak akak dgr, yg pegawai tu kenapa macam bagus berjanji tapi lastly putar belit pulak, takpe mimie, org jahat ni mmg tak lama dapat balasan, Allah bayar cash je nanti

    BalasPadam
  5. Kalau jadi org bawahan selalu kana tindas...tak cuba report kt pej atasan ke..

    BalasPadam
  6. tak baik nyer org tu.teruk la kalau gitu. sabar jea la.org mcm tu tak perlu layan sgt.moga dia insaf la

    BalasPadam
  7. Subhanallah.. mengucap panjang saya. Apasal lah nak buat macam tu kat orang. kalau time tu takde duit cakap lah mintak lewat. jangan malukan orang. itu dosa besar!!!

    Sabar kak. mohon doa moga Allah lembutkan hati orang tu.

    doa orang teraniya makbul Insya Allah

    BalasPadam
  8. apa lah salahnya dibayar kan, masa dan tenaga kita tu..takpe redho je lah, moga Allah lipatkan lagi rezeki insha Allah

    BalasPadam
  9. Tak patut pegawai tu buat macam tu... ambil kesempatan kat staf sendiri...
    Hubby kena lebih berhati-hati lepas ni... byk2 sabar....

    BalasPadam
  10. Memang sakit hati kalau MJ di tempat your hubby, rasa dipermainkan je kan, tapi apakan daya sabo jela..

    BalasPadam
  11. dugaan utk hadapi ramadhan..tak apa mimi..akan ada balasan yg lagi baik dr Allah S.W.T

    BalasPadam
  12. takpa sis. dia buat dia akan mendapat di lain hari. mungkin lebih teruk dari apa yang dia buat.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.