Rabu, 3 Julai 2013

Cara untuk mendapatkan anak lelaki ( part 1)

Assalamualaikum....

Hahh...Gagah ngko saya menaip sepantas kilat entry nih...Untuk saya dan kawan kawan yang mungkin sedang plan nak lelaki kan....Al maklum ajelah, sebelum dah ada dua orang anak perempuan kan....Haruslah i bersemangat taip entry cara nak dapatkan anak lelaki sebab lepas nih nak berusaha nak dapatkan anak lelaki...Incik hubby saya dah merengek nak anak lelaki....Jadi stress tau kalau asyik mintak aje....Apa ingat i klang buat anak ke???hahaha....



Hasil kajian dan bacaan saya...Katanya...Hasil kajian lah sangat..hahaha...Ada beberapa cara yang perlu isteri dan suami buat tau....Antara tips atau cara yang saya baca ialah dari website Dr Hamid Arshat, Pakar Sakit Puan...

Rasanya semua tahu kan orang lelaki bawak dua kromosom X dan Y manakala perempuan bawak kromosom X. Gabungan kromosom X-X dapat anak perempuan dan gabungan kromosom X-Y dapat anak lelaki..

X - Tahan lebih lama, bergerak perlahan, tahan dalam keadaan berasid
Y - Jangka hayat singkat, bergerak pantas, tahan dalam keadaan beralkali

Cara nak dapat anak lelaki pulak pastikan ye dua bulan sebelum mencuba kita elakkan makan makanan berasid macam buah limau, nenas, mangga, cuka, minuman bergas dan sewaktu dengannya lah..Dengar ye sayang sayang semua dua bulan sebelum mencuba!!!Kalau nak tiga bulan sebelum pun okey..hahahaha..Makanan laut adalah sangat sangat digalakkan ye...Zat zat logam kalsium dan magnesium jugak diperlukan...

Bila nak bersama tuh adalah sangat penting dilakukan pada waktu subur iaitu waktu ovulasi....Tahu kan waktu ovulasi tuh apa??Kalau tak tahu meh sini i nak puk puk korang..hehehe...Ovulasi tuh waktu korang menetaskan telur...Paham??

Mungkin masih ada yang tak tahu bila berlakunya waktu ovulasi kan...Ovulasi berlaku pada hari ke 15 waktu kitaran haid korang....Sebab tuh saya syorkan sangat sangat korang gunakan aplikasi My Calendar macam yang saya war warkan sebelum nih. Heyyy, aplikasi nih sangat sangat membantu korang tahu....Sebab apa saya cakap sangat membantu? Sebab saya sendiri pun tak berapa faham dan jelas bila waktu subur dan ovulasi berlaku...Nampak??Betapa kunonya aku!!!Orang lain dah lama tahu aku tak tahu lagi...I is malu hokeyyy....Nak tahu lebih lanjut pasal My Calendar tuh korang boleh baca kat SINI..

Selain tuh korang boleh lakukan 'douching' atau basuh faraj dengan alat khas (20ml) - tukarkan cairan faraj kepada beralkali...cecair bikarbonat dimasukkan ke dalam faraj lebih kurang dua jam sebelum korang bersama..Cecair nih korang boleh kat farmasi...

Jenuh jari saya taip entry nih.....Takpelah nih pun untuk perkongsian bersama kan kan....Tapi nak ingatkan korang janganlah mengharap benda nih jadi 100% tapi...tapi...Dr Hamid Arshat ada mengatakan dengan izin Allah, insyaAllah cara nih 70% kebarangkalian akan mendatangkan kejayaan...Yang penting kita cuba kan...

Okeylah, sambung nati part 2 ye...Tak sanggup saya nak sumbat semua cara kat dalam satu entry nih...Jenuh korang nak baca....Kang tak pasal pasal mata berpinar pinar sampai juling saya jugak yang kena kan...

Bye bye

13 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak mie, hee thanks sharing ilmu. .cecair bikarbonat tu jenama apa kak? takut pergi farmasi karang blur pulak nak beli. hehehe

    BalasPadam
  2. pernah juga baca info psl ni, tapi x pernah pulak mencuba. tau2 je dpt baby boy anak yg 2nd dulu tu. hehe

    BalasPadam
  3. Tak pernah cuba juga. Alhamdulillah dah dpt 2 boys & i girl ☺☺

    BalasPadam
  4. kak..nanti bagi tips nak dapat gegurl pulak yer.. ;p

    BalasPadam
  5. Alhamdulilah jijah dapat baby lelaki.. itu yg kami tunggu2 untuk anak first ni lelaki..

    petuanya.. selepas bersama bila ingin anak lelaki, miring ke kanan sampai pagi :)

    http://nurazizahyahaya.blogspot.com/2011/08/teori-membentuk-bayi-lelaki-atau.html

    BalasPadam
  6. anak laki berjaya dah... anak ppuan tak berjaya lagi ni... camana????

    BalasPadam
  7. tQ..memang akan guna tips yang diberi tahun dpn..
    boyboy la plak...

    jemput singgah ke blog saya juga..
    http://jomsihatjomgojes.blogspot.com/

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.