Isnin, 29 Julai 2013

Iftar di rumah mama kali ke 3 dan sambut hari lahir ayah ke 56

4:18:00 PTG 11 Comments

Sabtu lepas saya adik beradik,incik hubby,adik ipar dan mama pakat pakat nak sambut birthday ayah...So, juadah iftar hari tuh kitorang makan kuih muih aje..Lepas buka puasa dan solat, saya, incik hubby dan adik ipar terus keluar. Mula mula kitorang singgah Sate Kajang Hj Samuri order 30 cucuk sate ayam dan 20 cucuk sate daging. Lepas tuh, kitorang pergi bandar PD beli kfc barrel...

Tunggu dalam 20 minit nak dapatkan ayam kfc punya pasal..hahaha...Dah dapat ayam kfc singgah kejap kedai kasut. Nak cari hadiah untuk ayah. Dah settle pilih terus pergi kedai kek King's..Pilih punya pilih akhirnya kitorang decided pilih kek oren...Harga asal RM 52.00 lepas diskaun 30% dapatlah RM 36.40..

Settle semua tiba tiba teringat pulak adik dan mama saya pesan beli abc kat Sate Kajang..On the way balik saya pun singgah semula Sate Kajang beli abc..Kang tak beli terkempunennn pulak adik dan mama saya tak dapat makan abc...

Alhamdulillah sambutan hari lahir ayah walaupun sederhana tapi happening sebab dapat berkumpul dengan family besar saya...Seronok berkumpul ramai ramai macam nih kan kan...

Untuk ayah SELAMAT HARI LAHIR KE 56 TAHUN. SEMOGA ALLAH KURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK DAN BAHAGIA DGN MAMA HINGGA KE SYURGA. SEMOGA ALLAH MURAHKAN REZEKI AYAH.

Ayam kfc yang sedap
Dapat lepas gian makan sate...mihmihmih
Kek oren yang gila soft....Memang sedappp..

Khamis, 25 Julai 2013

Semakan Keputusan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27

10:59:00 PG 10 Comments
Assalamualaikum...

Pengumuman penting untuk mereka yang telah pun selamat menjalani temuduga jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27..


Tarikh asal keputusan temuduga ialah 29 Julai 2013 dan ditunda ke tarikh yang dimaklumkan seperti di atas..Harap maklum ye korang....

Selasa, 23 Julai 2013

Resipi nasi marjerin kismis + ayam bakar pedas

12:00:00 PTG 14 Comments
Assalamualaikum....

Semalam dah keluarkan teaser..Kali nih saya nak bagi resipi pulak....

Untuk resipi nasi : Marjerin+penumis+kismis. Korang panaskan dalam kuali bagi sampai naik bau. Lepas tuh masukkan dalam nasi yang korang tengah masak. 

Untuk ayam pulak : Bawang besar+cili kering=blend..Pastu 2 ulas bawang putih+ 1 inci halia+1 btg serai=tumbuk lumat. Perap ayam = kicap manis+sos tiram+bahan yang diblend+bahan yang ditumbuk+serbuk lada hitam+garam. Perap dalam 10-15 minit..Lepas tuh bakar dengan suhu 160 sehingga masak...



Resipi nih saya reka sendiri..Tekak saya rasa okey jer..Anak anak pun puji sedap..Cumaaa..pedas aje...

SELAMAT MENCUBA!!

Nota kaki* Sebab ada yang bertanya saya update sikit je...Yang pasal nasi marjerin tuh kan kalau korang nak tumis bubuh bawang kecil+bawang putih boleh aje..Cuma ikut tekak saya, saya tak suka bubuh bawang yang ditumis dalam nasi...Sebab tuh saya tak tumis bawang..Saya cuma tumis bahan penumis (kulit kayu manis+bunga lawang+bunga cengkih+buah pelaga dll) + kismis..Takde masalah kalau korang nak tumis bawang pun...Ikut selera masing masing okey..

Rabu, 17 Julai 2013

Khasiat dan kebaikan buah delima

2:25:00 PTG 11 Comments

-Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat
-Membersihkan hati dan saluran perkumuhan
-Menyingkirkan lemak berlebihan
-Meningkatkan tenaga seksual suami/isteri
-Mencegah rasa mual
-Menstabilkan hormon semasa haid dan melancarkan kitaran haid
-Mencantikkan kulit muka
-Membantu memulihkan pesakit kencing manis
-Berupaya menghapuskan kahak
-Memberi tenaga dan mencegah keletihan
-Mencegah angin ahmar bagi warga emas
-Meningkatkan peredaran darah
-Mencegah dan merawat kanser
-Membantu menstabilkan tahap kolestrol dalam darah
-Membakar lemak dan mengurangkan berat badan
-Membantu menguatkan sistem percernaan dan usus
-Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
-Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
-Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
-Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
-Membantu mengurangkan batuk dan lelah
-Membantu merendahkan dan menstabilkan tekanan darah
-Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar
-Membantu membaik pulih sistem hati dan limpa
-Membantu mencuci buah pinggang dan saluran kencing
-Membantu menstabilkan hormon wanita yang menopous

Dan Dia lah (Allah) Yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun Yang menjalar tanamannya dan Yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman Yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, Yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua Yang kamu makan atau belanjakan); Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang melampau. (Al-An’am : 141)

Khamis, 4 Julai 2013

Cara untuk mendapatkan anak lelaki (Part 2)

4:10:00 PTG 4 Comments

Okeylah nak sambung entry cara untuk mendapatkan anak lelaki lak...InsyaAllah saya akan update entry cara untuk mendapatkan anak perempuan pulak...Sebab ada request daripada seorang kawan blogger...Tapi mintak maaf ye entry kali nih mungkin agak 18sx kot...Kalau tak sanggup baca korang klik aje X ye..Saya tak marah pun..hahaha

Okey salah satu cara nak dapatkan anak lelaki bila bersama dengan suami, kena buat teknik "Doggie Style" sebab jarak Mr.P suami lebih dekat dengan serviks dan jarak perjalanan yang pendek menggalakkan sperma Y yang agresif sampai pada ovum dulu...Sebab saya dah bagitahu sebelum nih kan yang sifat Y nih laju...Dan digalakkan jugak melakukan hubungan pada waktu malam...

Seterusnya semalam saya ada beritahu digalakkan makan makanan laut kan kan..Selain daripada makanan laut para isteri kena makan daging merah, kacang seperti kacang hazelnut,kacang hijau, almond, makanan ringan yang masin seperti keropok adalah digalakkan....Suami korang pulak digalakkan minum minuman soda dan minuman berkafein seperti kopi sejam sebelum bersama untuk menggalakkan sperma Y bergerak aktif.

Akhir sekali, isteri kena capai tahap kepuasan yang tinggi semasa bersama kerana masa tuh sistem badan isteri akan mengeluarkan cecair beralkali yang boleh merangsang pergerakan sperma Y.

So nih lah antara tips atau cara nak dapatkan anak lelaki. Saya nih jarang up entry berkaitan 18sx nih tapi dengan niat nak sharing terpaksalah ketepukan rasa malu tuh...kohkohkoh...Kalau korang malu I is lagi malu okey...

Nota kaki* Gigih up entry nih sebab tuan punya blog teringin nak dapat baby boy...

Rabu, 3 Julai 2013

Cara untuk mendapatkan anak lelaki ( part 1)

10:22:00 PG 13 Comments
Assalamualaikum....

Hahh...Gagah ngko saya menaip sepantas kilat entry nih...Untuk saya dan kawan kawan yang mungkin sedang plan nak lelaki kan....Al maklum ajelah, sebelum dah ada dua orang anak perempuan kan....Haruslah i bersemangat taip entry cara nak dapatkan anak lelaki sebab lepas nih nak berusaha nak dapatkan anak lelaki...Incik hubby saya dah merengek nak anak lelaki....Jadi stress tau kalau asyik mintak aje....Apa ingat i klang buat anak ke???hahaha....



Hasil kajian dan bacaan saya...Katanya...Hasil kajian lah sangat..hahaha...Ada beberapa cara yang perlu isteri dan suami buat tau....Antara tips atau cara yang saya baca ialah dari website Dr Hamid Arshat, Pakar Sakit Puan...

Rasanya semua tahu kan orang lelaki bawak dua kromosom X dan Y manakala perempuan bawak kromosom X. Gabungan kromosom X-X dapat anak perempuan dan gabungan kromosom X-Y dapat anak lelaki..

X - Tahan lebih lama, bergerak perlahan, tahan dalam keadaan berasid
Y - Jangka hayat singkat, bergerak pantas, tahan dalam keadaan beralkali

Cara nak dapat anak lelaki pulak pastikan ye dua bulan sebelum mencuba kita elakkan makan makanan berasid macam buah limau, nenas, mangga, cuka, minuman bergas dan sewaktu dengannya lah..Dengar ye sayang sayang semua dua bulan sebelum mencuba!!!Kalau nak tiga bulan sebelum pun okey..hahahaha..Makanan laut adalah sangat sangat digalakkan ye...Zat zat logam kalsium dan magnesium jugak diperlukan...

Bila nak bersama tuh adalah sangat penting dilakukan pada waktu subur iaitu waktu ovulasi....Tahu kan waktu ovulasi tuh apa??Kalau tak tahu meh sini i nak puk puk korang..hehehe...Ovulasi tuh waktu korang menetaskan telur...Paham??

Mungkin masih ada yang tak tahu bila berlakunya waktu ovulasi kan...Ovulasi berlaku pada hari ke 15 waktu kitaran haid korang....Sebab tuh saya syorkan sangat sangat korang gunakan aplikasi My Calendar macam yang saya war warkan sebelum nih. Heyyy, aplikasi nih sangat sangat membantu korang tahu....Sebab apa saya cakap sangat membantu? Sebab saya sendiri pun tak berapa faham dan jelas bila waktu subur dan ovulasi berlaku...Nampak??Betapa kunonya aku!!!Orang lain dah lama tahu aku tak tahu lagi...I is malu hokeyyy....Nak tahu lebih lanjut pasal My Calendar tuh korang boleh baca kat SINI..

Selain tuh korang boleh lakukan 'douching' atau basuh faraj dengan alat khas (20ml) - tukarkan cairan faraj kepada beralkali...cecair bikarbonat dimasukkan ke dalam faraj lebih kurang dua jam sebelum korang bersama..Cecair nih korang boleh kat farmasi...

Jenuh jari saya taip entry nih.....Takpelah nih pun untuk perkongsian bersama kan kan....Tapi nak ingatkan korang janganlah mengharap benda nih jadi 100% tapi...tapi...Dr Hamid Arshat ada mengatakan dengan izin Allah, insyaAllah cara nih 70% kebarangkalian akan mendatangkan kejayaan...Yang penting kita cuba kan...

Okeylah, sambung nati part 2 ye...Tak sanggup saya nak sumbat semua cara kat dalam satu entry nih...Jenuh korang nak baca....Kang tak pasal pasal mata berpinar pinar sampai juling saya jugak yang kena kan...

Bye bye

Selasa, 2 Julai 2013

Buah dan sayuran segar dari Cameron Highlands

12:22:00 PTG 17 Comments

Semalam incik hubby ada tugas kat CH...So, nih lah hasil yang dia bawak dari CH...

Sebelum nih kita dengar kalau makan strawberi kat CH rasa dia manis lagi tapi bila keluar dari kawasan jadi masam sikit. Tapi strawberi yang suami saya bawak balik semalam still rasa manis lagi tau...Awal awal dah cakap incik hubby buah strawberi boleh guna buat kek...Hahahaha....

Ada setengah sayur dan buah saya nak bagi jiran sebelah rumah...Sharing is caring kan..Lagipun bersedekah tuh kan sangat dituntut kan....

Incik hubby dah merasa pergi CH, saya entah bila lah lagi...huhuhu...