Ahad, 23 Jun 2013

One Born Every Minute UK

Assalamualaikum...

Hujung hujung minggu nih banyak habiskan masa tengok TV aje. Antara channel pilihan saya 104 Ria, 703 AFC, 709 Lifetime dan 727 Food.

Tapi hari nih saya tengok channel 709 dan rancangan yang saya suka One Born Every Minute UK. Seronok tengok ragam dan cara ibu ibu preggy menghadapi saat saat yang getir melahirkan bayi. Most of them nih suka screaming...But kita sebagai Muslim kena banyak beristighfar, zikir dan berdoa.

Memang kesakitan yang ditanggung saat saat nak melahirkan tak dapat dibayangkan macam mana. Sakitnya hanya ibu yang nak melahirkan saja yang tahu. Sebab itu Allah berikan ganjaran yang terlalu besar untuk ibu ibu mengandung dan melahirkan bayi.

Kadang kadang menangis jugak tengok rancangan nih sebab kesedihan dan kegembiraan menyambut kelahiran anak tuh tak dapat digambarkan dengan kata kata...Betapa besarnya rahmat yang Allah berikan kepada kita kan....Bila tengok rancangan nih terimbau kenangan melahirkan Aina dan Auni..

Nota kaki* Tetiba macam nak mengandung lagi...huhuhu

5 ulasan:

  1. mengandung lah lagi..hehehe aktiviti baik ..tgk tv di rumah..diluar jerubu

    BalasPadam
  2. Ada jugak rupanya rancangan macam nie

    BalasPadam
  3. ena pun suka tgk
    suka tgk gelahat bakal bapa yg bakal jd bapa nie

    BalasPadam
  4. jom la preggy lg...kalau msh muda apa salahnya kan..kan..hehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.