Selasa, 18 Jun 2013

Filem Suami Aku Ustaz


SUAMI AKU USTAZ - Hannah Dhaniyah

Filem ini diterbitkan oleh Karyaseni Production Sdn Bhd ( Dato' Muzri - Producer ) bersama Nur Adp Sdn Bhd ( Adi Putra - Executive Producer ) - Ghaz Abu Bakar ( Director - Ghaz juga merupakan pengarah video klip Anuar Zain ) Pelakon Utama ( Adi Putra, Nora Danish, Izzue Islam )


Sinopsis cerita : (Sinopsis yang tertera kat belakang novel)

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?

“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?


Sinopsis saya :

Alisa seorang gadis lincah dan masih bersekolah di tingkatan 5 akan dinikahkan dengan abang sepupunya merangkap Ustaz yang mengajarnya kerana ibu bapa Alisa nak pergi Mekah. Dek kerana risau dengan sikap Alisa yang dianggap 'nakal' oleh ibu bapa Alisa ingin mengahwinkan Alisa dengan Hafiz supaya Hafiz dapat menjaga Alisa sepanjang ketiadaan diorang.

Majlis pernikahan berjalan dengan sederhana. Pernikahan Alisa dan Hafiz dirahsiakan hanya guru besar dan guru kelas Alisa saja yang tahu. So, sepanjang pernikahan diorang macam macam lah perkara lucu yang jadi....

Sehinggalah Alisa menyambung pelajaran kat universiti, hati Alisa mula berbelah bagi dengan kehadiran seorang lelaki yang mengusik hatinya...

Nak tahu cerita selanjutnya, jangan lupa beli novel nih...Best...hehehehe

12 ulasan:

  1. suka sangat ngan cte novel ni. tak sabar nak tunggu dia keluar :)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak mie, bestnyaaa. nanti sheila nak beli novel ni. heeee

    BalasPadam
  3. adi putra dan nora danish sgt sesuai digandingkan bersama :)

    BalasPadam
  4. mcm best je ni. novel mmg tak mmbaca saya ni.dah lama tinggal

    BalasPadam
  5. Citer berlakon kt skola cousin sy, di kata slalu jumpa nora danish..

    BalasPadam
  6. musim copy dr novel... melariskan kedua-dua belah pihak... :)

    BalasPadam
  7. tak baca pun novel tp nk tgk citer ni. hehe..

    BalasPadam
  8. mak aihhh
    sinopsis bikin remang bulu roma .. konpermm kena tgk
    nak2 adi putra kannnn
    adehh x menahan nak tgk dia dan nora sekali lagi !
    yehaaaaa upssss

    BalasPadam
  9. nmpk best cite nih.mmm trigin juga nk tgk.

    BalasPadam
  10. Guana letak nama kawe dato muzri watak utama. Hahaha. SlumDunk rude_kids a.k.a

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.