Jumaat, 31 Mei 2013

Aura White Beauty Pure L-Glutathione + Hydrolyzed Collagen 900000mg

11:30:00 PTG 35 Comments
Assalamualaikum....

Alhamdulillah sekarang saya nih melangkah setapak lagi untuk terus maju dalam hidup...Sekarang saya cuba belajar setapak demi setapak dalam bidang perniagaan. Saya mula dari bawah. Saya sekarang jadi agen dropship...Agen dropship untuk produk Aura White dan Figure Up....Sebagai permulaan, saya up entry pasal Aura White dulu ye...

Aura White berwajah baru

Dengan Formulasi Lebih Hebat ....
Aura White Produk Anti Penuaan dan Pencerahan Berinovatif

INGIN TAHU RAHSIA KULIT CANTIK SELEBRITI ? 

Dengan Aura White anda boleh membuat transformasi seperti selebriti dan keluar dari keGELAPan !!!

PILIHAN TERBAIK MENGGANTIKAN SUNTIKAN & RAWATAN LASER.

Sains Kecantikan Semulajadi.

UNTUK KULIT KENDUR, KUSAM, KULIT TIDAK SEKATA, TIDAK BERMAYA, JERAWAT, 
MALASMA, PIGMENTASI, PARUT, JERAGAT, KULIT GELAP DAN EKZEMA.


Produk Aura White ini adalah produk minuman inovasi terkini untuk PENCERAHAN KULIT YANG PERTAMA DI MALAYSIA MENGABUNGKAN 5 STEM SEL DARI TOMATO, EPAL, SNOW LOTUS, RASBERRY & ROSELLE BERSAMA GLUTATHIONE DAN TILAPIA KOLAGEN!!!

Minuman Aura White inovasi kecantikan dari teknologi Jepun yang mempunyai campuran bahan sesuai untuk kulit asia 

Minuman ini bukan sahaja memberi kulit kita putih dan gebu malah memberi kesihatan dalaman di dalam badan kita. 

Jika kita hanya mengunakan produk kecantikkan untuk luaran tetapi tidak mengambil minuman kesihatan untuk dalaman tidak ada guna, mungkin disebabkan keletihan juga merupakan salah satu punca yang menyebabkan kulit muka dan badan kusam, berjeragat dan tidak bermaya disamping faktor kekurangan collagen.

Kepada yang mempunyai masalah keguguran rambut atau kerosakkan rambut, di syorkan ambil minuman AURA WHITE L-GLUTATHION + TILAPIA COLLAGEN+VITAMIN C+HYALURONIC ACID+TRIPLE STEMCELL PHYTOCELLTEC . Ia bukan sahaja memberi rambut anda sihat malah kulit akan jadi putih dan gebu. 

Sesetengah orang yang menggunakan produk kecantikan tidak nampak kesan atau bertambah teruk disebabkan masalah dalaman badan kita. Oleh itu saya syorkan anda pengambilan minuman AURA WHITE yang dapat selesaikan masalah anda Insyallah...

Aura White mempunyai kesan yang menakjubkan setelah anda mengamalkan minuman ini kelebihan yang anda akan dapat nanti ialah :-

a) 50% pencerahan ketara dalam masa 1-2 minggu
b) Pemulihan kulit yang rosak & bermasalah spt Jeragat, Jerawat, kulit kusam , kulit kering dan kasar.
c) Rambut lebih sihat ,halus & bersinar
d) Mengurangkan kedutan & garis halus
e) Melambatkan proses penuaan
f) Mengatasi masalah sembelit
g) Mengurangkan sakit sendi
h) Meningkatkan tenaga & lebih aktif
i) Mengurangkan rekahan kaki
j) Menguatkan otot, kuku dan tulang
k) Mengandungi nutrien yang tinggi sesuai bagi ibu mengandung & yang lagi penting meningkatkan penghasilan susu ibu dan kesannya dapat memberi kulit bayi cantik dan sihat
Itu antara kelebihan yang ada didalam Aura White dengan hanya RM150.00 anda akan dapat semua kelebihan seperti dia atas .

Lelaki boleh minum tak? Jawapannya Yes.... boleh sekali !!!

Dengan Formulasi Lebih Hebat ....
Aura White Produk Anti Penuaan dan Pencerahan Berinovatif

KEBAIKAN AURA WHITE: 

1) Sesuai untuk lelaki dan perempuan
2) Anda dapat merasai kesan dalam 10 hari
3) Menggunakan gabungan antioksidan terhebat di dunia
4) Merawat serta mencegah jerawat
5) Wajah cerah berseri tanpa perlu SUNTIK
6) Mengecilkan liang roma
7) Merawat Enzema dan Prorisis
8) Mencegah kedutan dan kekenduran pada kulit
9) ALTERNATIF kepada SUNTIKAN VITAMIN C dan GLUTATHIONE
10) Menghilangkan Tompok Hitam dan Parut 
11) Kesan Pencerahan Yang Menakjubkan
12) Meningkatkan fungsi setiap sel dan melambatkan proses penuaan
13) Mencegah kerosakan KOLAGEN
14) Meningkatkan daya ketahanan badan 
15) Rambut dan kuku menjadi lebih sihat
16) Melindungi daripada sinaran UA-B
17) Menyembuhkan luka dan mencegah parut
18) Badan menjadi lebih sihat dan bertenaga
19) Membantu Menyahtoksik dan pencemaran di dalam tubuh 
dan menghasilkan kulit lebih cerah

Antara beberapa testimoni yang mengamalkan Aura White....






Ada sesiapa yang berminat nak cuba Aura White? Bukan setakat cantik luaran tau tapi cantik dalaman jugak...Kalau badan yang tak banyak toksin insyaAllah kesan memang cepat tapi kalau badan banyak toksin makan masa sikit lah...Aura White nih mula mula akan DETOX kan badan korang...Keluarkan semua toksin yang degil sangat dalam badan korang tuh...huhuhu

Berminat boleh pm/wassup saya di 013-6739484 atau email saya di mimiazirah84@gmail.com....

Harga : RM 150.00 (Sem) / RM 160.00 (Sabah dan Sarawak)

UPDATE 23/09/2013 : FREE POSTAGE + FREE GIFT


           

Selasa, 28 Mei 2013

Puding Roti

8:48:00 PG 11 Comments

Assalamualaikum....

Malam tadi sempat juga saya buat puding roti...Tapi saiz kecik saya buat.. Cukup untuk saya dan anak anak...Kali nih resipi puding roti lain sikit daripada puding roti yang saya buat.

Cara cara nak buat phn senang. Mula mula sapu mentega atau marjerin kat loyang. Pastu sapukan marjerin atau mentega kat roti...Koyak koyakkan roti dan susun dalam loyang. Pastu taburkan kismis dan gula perang. Kemudian dalam bekas lain gaulkan susu cair+1 biji telur+1 sdb tepung jagung. Kacau rata dan tuang dalam loyang. Bakar dalam suhu 180°c selama 30 minit.

Sedap tau makan time panas panas...Sedap aje nak nak bila puding roti tuh garing...Selamat mencuba...Kita bertemu lagi dalam rancangan kedegang kedegung periuk Pink Ummi...hahahahaha

Isnin, 27 Mei 2013

Jom shopping di KZNabihah

9:03:00 PTG 2 Comments

Petang tadi saya ada pos entry pasal kami tiga beradik...Saya terima komen daripada blogger Coklateyes....Dia suka kaler baju yang saya pakai. Dia tanya saya beli atau buat?

So saya jawab kat entry nih...Untuk pengetahuan Innanie, baju yang pakai tuh akak beli thru online...Setakat nih akak dah ada tiga koleksi dress yang akak beli dari blogshop yang sama. Material kain yang digunakan sangat best dan design pun memang puas hati....Harga memang berpatutan...

Rasanya ramai dah tahu pasal blogshop nih...Kalau nak beli baju raya ke baju buat pegi kenduri ke korang boleh lah shopping kat KZNabihah.

P/S* Innanie leh tengok entry pasal majlis perkahwinan adik akak bulan Mac..Kat entry tuh akak pakai dress dan skirt dari KZNabihah jugak.

Auni demam dan infection mata

4:00:00 PTG 2 Comments

Hari nih saya EL. Bukan sebab saya tak sihat tapi Auni yang tak sihat. Since semalam badan dia dah panas..Tapi kali nih dia demam lain sikit. Mata dia kena infection. So, mata dia semendang aje keluar taik mata. Risau lah saya sebab tak pernah jadi macam nih kat Aina atau Auni. Puas jugak duk fikir jangkit daripada siapa kan...Ke sebab musim sekarang nih...Panas...

Pagi tadi saya siap pakai baju nak pergi kerja pun. Pastu siap siap buatkan susu Aina Auni sebelum hantar diorang kat taska. Sekali saya tengok Auni...Ya Allah tak sampai hati nak hantar dia ke taska. Mata dia tak boleh bukak sebab taik mata dia dah kering dan penuh kat mata. Gambar kat bawah nih pun saya ambik lepas saya dah bersihkan sikit..Kang tempek gambar mata Auni yang penuh taik loya pulak tekak korang kan...

Malam tadi bawak pergi klinik doktor cakap pun Auni kena infection dan boleh berjangkit sebab mata dia merah sikit...Haa...tuh yang buat hati ummi risau....

Ummi doakan Auni cepat sembuh ye sayang. Sian anak ummi..Kalau lah sakit tuh boleh dipindahkan, biarlah ummi yang tanggung sakit tuh..Betapa tak selesanya dan seksanya bila kena infection mata nih kan....Ya Allah, Kau sembuhkanlah penyakit anakku....

Khamis, 23 Mei 2013

Promosi Set Kombo : Aura White + Aura Slim

12:29:00 PTG 2 Comments
Assalamualaikum.....

Sebelum nih saya ada buat entry tentang promosi set kombo Aura White dan Aura Slim kan....So,promosi yang lama tak digunapakai lagi ye....

Untuk promosi yang baru nih, harga Aura White +  Aura Slim macam kat bawah.....Promosi nih tamat AHAD (26.05.2013) nih ye...



Set Kombo Aura White + Aura Slim = RM 260

PROMOSI SAH 

SEHINGGA 26.05.2013
CEPAT!!!DAPATKAN HARGA PROMOSI SEKARANG!!

Promosi ini hanya SAH untuk set kombo SAHAJA ya!!! Yang berminat nak dapatkan Aura White atau Aura Slim secara berasingan harga seperti biasa ye...Harga macam kat bawah nih :

1 jar Aura White = RM 150
1 jar Aura Slim = RM 150

Berminat sila sms/wassup saya di talian 0136739484 atau email ke mimiazirah84@gmail.com

Rabu, 15 Mei 2013

Tips dan soalan temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27

10:22:00 PG 29 Comments
Assalamualaikum...

Alhamdulillah...Selesai sudah part interview saya pagi tadi....InsyaAllah ada rezeki tak ke mana....Yang penting saya dah lepas intervew.....Syukur alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya....

Okeylah, dengan baik hatinya saya nak share tips dan pengalaman saya ditemuduga....Saya ditemuduga oleh pegawai awam dari SPRM dan Belia dan Sukan....No speaking london session...Semua dalam BM ye....

Sebelum nak kena interview tuh korang selawat banyak banyak dan baca surah Al-Fil...Untuk hilangkan gemuruh korang tuh...InsyaAllah korang akan rasa tenang...

Tips nak temuduga nih yang pertama kalau ada kot pakailah kot bagi yang dah bekerja dengan kerajaan....Kalau takde pun takpe....Yang penting nama tag kena ada dan dipakai di sebelah kiri dada. Yang perempuan seelok2nya pakai kasut hitam bertutup dan pakai tudung bawal jangan lah pakai tudung berlayer layer tuh...Yangpenting korang bersederhana tau...Lelaki pun sama...Pakai baju long sleeve dan bertali leher..Kasut hitam...

Pastu, pastikan semua dokumen asal dan salinan ada dan di susun ikut turutan seperti dalam surat panggilan temuduga....Contoh kad pengenalan, surat beranak,sijil SPM, Diploma/Ijazah dan sewaktu dengannya, transkrip dan sijil sijil berkaitan.....(nih semua asal tau)...Yang salinan korang kepilkan sekali dan masuk dalam sampul surat....

Antara soalan yang ditanya ialah.......Kebanyakan soalan yang ditanya berkaitan dengan tugas yang saya lakukan sekarang nih....PT Kewangan....

1) Latar belakang
2) Tugas yang dilakukan sekarang
3) Tugas-tugas Penolong Pegawai Tadbir
4) Jika dapat N27 sanggup ke tidak bertugas di luar kawasan sekarang
5) Dokumen yang diperlukan semasa buat tuntutan.
6) Apa itu tanggung kerja?
7) Apa itu kenaikan pangkat?
8) Kew PA ada berapa jenis...
9) Apa itu Kew PA 7?
10) Kerusi dan meja kategori aset apa?
11) Pekeliling berkaitan perolehan harta kerajaan?
12) Apa itu Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja?
13) Apa yang dimaksudkan dengan perolehan...

So, nih la soalan soalan yang diorang tanya dekat saya....Dan satu saya nak ingatkan kepada calon calon yang bakal ditemuduga nanti, korang kena alert bab pekeliling, fail meja  manual prosedur kerja dan tugas tugas EO...Lain orang lain soalan dia kena tanya kan...Apa apa pun korang buat preparation....Saya dengar kawan kawan yang dah kena interview ada yang kena speaking ada yang tak kena..Ada yang kena tanya soalan tentang ISO, KIK, Fail Meja....Saya sendiri tak pasti korang kena tanya soalan apa tapi apa apa pun good luck ye kepada yang bakal di interview nanti...

Isnin, 13 Mei 2013

Set Kombo : Aura White + Aura Slim Shake

4:37:00 PTG 3 Comments
Assalamualaikum.....


Set Combo!!
AURA SLIM  & AURA WHITE 900000MG

BEST BUY RM250 (SM) RM260 (SS)


Free :
Free Postage
Free Sabun Susu Beras
Free BB Cream Skin 79
Free 1 Mascara Maybelline / 1 Eyeliner Kajal
Free 1 Gold Mask Powder 24K
Free Shiseido Mask
Free Eye Mask
Free 2 shaker
Free 2 Mask 3D


Berminat? boleh sms/wassup saya di talian 0136739484 atau email saya di mimiazirah84@gmail.com....Cepat cepat grab tau....Offer sehingga hari Rabu nih....

Testimoni Aura White Beauty Pure L Glutathione + Hydrolyzed Collagen [Part 1]

10:56:00 PG 12 Comments

Assalamualaikum...

Hari nih saya nak sharing dengan kawan kawan testimoni saya sendiri pasal produk yang sekarang tengah meletup letup di pasaran online iaitu Aura White. Entry nih agak panjang, kalau rasa malas nak baca boleh terus klik X ye. TIADAAAA paksaan pun baca blog nih kan...Saya suka nak share dengan sayang sayang semua pasal supplemen supplemen yang saya amalkan....Mana tahu ada yang berminat kan kan....Sharing is caring kan..

Untuk pengetahuan sayang sayang semua, dulu saya takde kesedaran pun nak jaga kesihatan dan kecantikan dalaman nih. Bagi saya kalau dah sakit nak buat macam mana kan...Tapiiii...Bila satu hari tuh saya diuji dengan tahap kesihatan yang merundum dan sekaligus bagi kesan pada penampilan saya, baru terhegeh hegeh nak sedar kan...

Kesedaran yang timbul since last year....So, bila keluar produk Aura White nih saya terus nak cuba selepas tengok testimoni pengguna pengguna yang lain. Tujuan utama saya guna bukan sebab nak putih tau...Bukan...Tujuan utama saya guna sebab saya ada masalah muka nampak kusam, tona kulit tak sekata, mudah letih, resdung, sembelit, selulit kat paha (terbongkar rahsia saya sudah bha), jeragat 2, 3 ketui kat muka, bekas jerawat, eyebag yang sangat teruk okeh (macam sun*** bol***), rambut gugur dan sewaktu dengannyaaaa. Dan yang paling penting saya tak nak pakai mekap lagi lah. Tempek patplohlima inci bedak kat muka sebab nak tutup cela cela kat muka saya nih. Rimas tau sebenarnya bila muka bertempek mekap nih. Sumpah demi Allah saya tak suka bermekap sebenarnya. Lebih selesa dengan natural beauty...

Korang perasan tak bila mekap, kompom kat bahagian tepi tudung tuh melekat bedak kan...kotor tudung.tuh yang saya tak suka...Tapi since guna Aura White nih saya dah tak payah nak tempek bedak ke mekap ke kat muka nak bagi nampak cantik. Alhamdulillah, officemates dah tegur perubahan pada saya...Muka nampak cerah, muka tak kusam lagi. Yang paling best hari hari saya mesti nak membuang sisa kumbahan...kohkohkoh...

Dulu, saya takut nak membuang sebab masalah sembelit yang saya alami. Bayangkan kalau tak buang 2, 3 hari kompom la...Paham paham sendiri...Tak sanggup nak bayangkan memek muka yang macam macam menahan sakit dan seksa membuang...Sekarang semua tuh dah takde. Relaks je bila membuang...hahahaha...Saya suka saya suka....

Pastu kan masalah selulit kat kedua dua peha saya dah hilang. Punyalah mandi hari hari duk sental badan boleh daku tak perasan selulit kat peha dah hilang. Sengal tak sengal kan....Bila one day tuh saya mandi, saya baru terperasan. Apa lagi suka lah kan...terkinja kinja sebab happy. Nampak tak keseronokkan saya kat situ....Dan yang best rambut pun dah kurang gugur tau...kalau dulu bersepah rambut kat lantai...eeeuuuwwww....Sekarang dah kurang. InsyaAllah after this takde lagi...hehehe...

Jeragat dan bekas jerawat semakin kurang...dan yang penting eyebag dah kurang tau tau...kohkohkoh (*____^).Badan pun dah tak letih tau..bersemangat nak buat kerja tau. Berapa banyak tau daaaa...hehehe.. Resdung lagilah dah takde...Dulu pagi pagi lepas bersin kompom akan keluar lelehan kat hidung (betapa seriusnya resdung dahku ketika itu).. sekarang kalau bersin pun tak keluar dah lelehan atau sinus kat hidunggg..Saya sukeeee..ngeeee....

Haa...nih lah serba sedikit testimoni saya tentang produk Aura White...Penat dah menaip panjang panjang.. Takut korang bosan nak baca...Bukan nak bodek ke kipas ke apa ke tapi this is te truth....Saya sendiri yang guna saya sendiri dapat rasa kesannya... hajat saya guna produk nih sebab nak atasi masalah yang saya hadapi selama nih. Bila masalah masalah tuh semakin berkurang, memang happy sangat sangat. Gila ngko tak suka dengan perubahan positif nih....hahahaha...Bila kulit semakin cerah tuh kira satu bonus lah kan walaupun bukan keutamaan sebab dahku pun memang dah cerah tapi taklah secerah Adira Af tuh hah...Cerah sawo matang jer....

Cara pengambilan pun minum sehari dua kali di minum sebanyak 120ml. Minum seelok eloknya masa perut tengah kosong. Minum sebelum sarapan dan selepas makan malam. Yang paling penting banyakkan minum air suam...3 liter hingga 5 liter....

So, ada sesiapa yang berminat nak dapatkan Aura White nih...Boleh sms/wassup/call saya di 0136739484 atau email jer kat mimiazirah84@gmail.com.....

Tunggu next entry saya testimoni pasal supplemen El Marino Blanc pulak....Tunggu tauuu..Next next entry saya tempek gambar testimoni jer...Tungguuuuu....

Rabu, 8 Mei 2013

Temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27

8:17:00 PG 42 Comments
Assalamualaikum....

Syukur padaMU Ya Allah.....

Walaupun saya terpaksa tolak dua kursus yang datang sekaligus kerana tarikh yang sama namun saya anggap tuh semua bukan rezeki saya. Mungkin rezeki saya kat tempat lain. Saya dapat dua kursus minggu depan iaitu Kursus Microsoft Publisher (14-16 Mei) dan Kursus Gaji, Elaun dan Kemudahan(13-16 Mei)....Dan dua dua kursus nih terpaksa saya tolak sebab pada 15 Mei saya ada temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27.....So,banyak persediaan saya kena buat...Saya akan buat yang terbaik...Kawan kawan tolong doakan saya ye..

Kawan kawan yang ada buat permohonan jawatan nih bolehlah check kat laman web SPA...Korang boleh klik kat SINI.

Nota kaki* Saya berdebar debar nih.....Takut ada, cuak pun ada, gemuruh pun ada...