Cara solat untuk wanita sarat mengandung

Solat fardhu merupakan perkara WAJIB yang perlu dilaksanakan oleh seseorang yang bergelar muslim yang telah cukup syarat. Walaupun dimana kita berada samada di bawah tanah, di angkasa lepas, di dalam dewan bedah, walau apapun yang sedang kita lakukan, walau apa sahaja yang berlaku kecuali pengsan, gila, haid dan nifas, kita WAJIB menunaikan solat fardhu.

Di antara kesukaran tersebut ialah melaksanakan solat ketika sedang hamil. Orang yang hamil meghadapi kadar kesukaran yang berbeza-beza. Bagi sebahagian orang mereka tetap dapat melaksanakan solat seperti biasa sehinggalah ke saat bersalin. Sebahagian lagi menghadapi kesukaran, khasnya apabila memasuki trimester ketiga. Maka bagi kes ini, dibolehkan baginya untuk solat secara duduk.

Cara solat duduk ialah duduk secara bersila di atas lantai dengan menghadap kiblat. [Shahih Sunan al-Nasa'e,no:1660]. Rukuk dengan membongkokkan badan dengan kedua-dua tangan memegang lutut. Sujud adalah seperti biasa, namun jika mengalami kesukaran maka bongkokkanlah badan lebih rendah berbanding rukuk dengan kedua-dua tangan menyentuh lantai.

Jika sukar untuk duduk bersila, pilihan lain ialah duduk sepertimana duduk di antara dua sujud. Jika masih sukar pilihan lain ialah duduk di atas kerusi. Pergerakan untuk rukuk dan sujud adalah sepertimana penjelasan di atas (duduk bersila).

InsyaAllah. Semoga kandungan bayi yang anda lahirkan sempurna dan bakal menjadi seorang khalifah yang menegakkan agama, bangsa dan negara satu hari nanti.

Post a Comment

14 Comments

  1. betul..sy dh rasa skrg, agak susah nak solat berdiri..rasa sakit dkt perut bila nak bgn dr sujud ke berdiri tegak..bila nak solat duduk, ada pulak org yg xfhm, bukan kita sengaja..tp sbb xmampu nak berdiri.. payah btl rasa bila org sekeliling terlalu menyibuk...

    ReplyDelete
  2. byk cara boleh solat kan.islam tu mudah

    ReplyDelete
  3. Tq atas info ni...tp kalau ada gambar lg jelas kan

    ReplyDelete
  4. mimi cayang..tq informasi yg bagus

    ReplyDelete
  5. kdg2 mcm kesian je tengok org2 sarat mengandung solat. huhu..

    ReplyDelete
  6. thanx sharing.. memang amat berguna..

    ReplyDelete
  7. mudah2an jijah di permudahkan bersolat bila dah sarat kelak..

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah... setiap kali mengandung tak alami kesukaran utk solat.

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah juga kerana tidak ada kesukaran untuk solat semasa mengandung..

    ReplyDelete
  10. itulah cara yang saya buat masa pregnant dulu. alhamdulillah. moga dipermudahkan semuanya...

    ReplyDelete
  11. ms 2nd baby dulu pun terpakse solat duduk sbb sakit lutut...

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com