Bodoh vs Pandai...Mana satu pilihan korang?

Usia semakin lanjut tetapi semakin bodoh?

****************

Situasi 1:

Murid-murid darjah 1 kelihatan biasa apabila tidak mampu membaca dengan baik.

Situasi 2: 
Pelajar-pelajar tingkatan 1 kelihatan bodoh apabila tidak mampu membaca dengan baik.

****************

Berdasarkan situasi di atas, pelajar tingkatan 1 dikatakan bodoh kerana tidak mampu membaca dengan baik.

Mengapa?

Peningkatan usia sepatutnya seiring dengan peningkatan ilmu pengetahuan.

Formula penilaian masyarakat kita,

=> Seorang kanak-kanak mampu menyelesaikan masalah matematik universiti - GENIUS (Contoh Adi Putra)
=> Seorang pelajar sekolah menengah mampu menyelesaikan masalah matematik universiti - PANDAI
=> Seoran profesor univerisiti menyelesaikan masalah matematik universiti - BIASA

****************

Usia semakin lanjut bukan PILIHAN kerana setiap manusia pasti menjadi tua tetapi menjadi cerdik atau bodoh adalah PILIHAN kita ditangan kita.

Jangan berasa selesa dengan ilmu yang ada di dada, tuntutlah ilmu sebanyak mungkin dengan menghadiri kuliah-kuliah agama atau apa sahaja program ilmu. Bila semakin meningkat usia biar seiring denga peningkatan ilmu. Baru OK!

Jangan jadi seperti ini, seorang kanak-kanak tanya pada seorang pak cik tua satu soalan mudah.

Kanak-kanak > Salam pak cik, nak tanya boleh?
Pak Cik > Boleh..
Kanak-kanak > Nama bulan ke-9 dalam kalendar Islam apa?
Pak Cik > Err..Muharram kot..hhmm..Zulhijjah kot.

Ingat, ilmu Allah itu seluas lautan dan Ilmu yang ada pada manusia ini hanyalah setitis dari ilmu Allah. Maka tuntutlah sebanyak mungkin walaupun sudah mempunyai pHD, ijazah, dan diploma

ALlah berfirman dalam surah Yusuf ayat 76 : (Dengan ilmu pengetahuan), Kami tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki dan tiap-tiap orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi diatasnya yang lebih mengetahui."

**Sekali lagi usia lanjut bukan pilihan tetapi menjadi PANDAI atau BODOH adalah pilihan.

12 comments:

  1. bodoh boleh diajar...pandai ni kebanyakannya x boleh diajar dah sebab diaorang rasa diri diaorang dah perfect... hu hu hu...

    BalasPadam
  2. Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad... :-)

    BalasPadam
  3. Kena put effort kalau nak pandai, not easy. Tapi ada jugak yg belajar memang pandai tapi EQ tak seimbang. Everyday we learn something new kan.

    BalasPadam
  4. tq for sharin..betulla..kt byk mgejar pgetahun /ilmu didunia... smpai mjadi cerdik pndai.. tp kt terlupa y ilmu agama jauh tertinggal k belakang

    BalasPadam
  5. betul jgak tu...
    maknanya ilmu tu takde sempadan,,
    semakin meningkat usia, semakain byk ilmu yg perlu dikuasai kan...hurmm

    BalasPadam
  6. ilmu banyak.selagi mmapu kena la blaja kan.lagi2 ilmua agama.

    BalasPadam
  7. betul2 mendalam maksud entry nih.. harus berusaha untuk menjadi pandai dlm keagamaan..

    BalasPadam
  8. setuju tu... semua atas usaha kita... nak seribu daya...

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.