Sebelum nih saya ada cakap Aina nih jenis yang kalau cakap
suka sebut yang hujung hujung aje kan…Saya tahu, walaupun Aina lambat cakap dia
memang seorang anak yang bijak. Tapi bijak Aina tuh tak terjangkau dek fikiran
saya…
Contohnya macam semalam. Time tuh aina dan Auni dah merengek
nak susu + serbuk koko. Macam biasalah kan saya sukat susu banyak mana. Pastu
saya nak bubuh lah serbuk koko. Tapi saya tak boleh ambik serbuk koko tuh sebab
kena bukak penutup tin tuh. Saya punya meraban cara something yang boleh bukak
penutup tin tuh. Masa tuh saya nampak
Aina pergi dapur, saya suruh dia keluar jangan mengocah kat dapur. Sekali Aina
keluar bawak sudu. Pastu dia hulurkan kat saya. Rupa rupanya dia suruh saya
bukak penutup tin tuh guna sudu. Alahai bijaknya kamu hai anak…Tapi time tuh,
saya dah pun bukak penutup tin tuh guna hujung senduk nasi yang ada atas meja.
Saya tetap jugak ucapkan terima kasih dan puji Aina budak yang pandai. Suka
tengok dia tersenyum bila kena puji…
Lepas tuh, bila dah masukkan serbuk koko tuh, saya tengok
Aina capai botol susu dia pergi kat bekas yang berisi air suam..Ala bekas tuh
kalau ada apa apa majlis ke mesti kita akan guna bubuh air pastu tekan punat
tuh terus keluar air..Saya tak tahu nak panggil apa tuh…Saya fikirkan Aina tak
tahu nak tekan punat tuh, rupanya dia memang dah tahu dan boleh agak berapa
banyak sukatan air tuh. Sekali lagi saya puji Aina.
Saya tak pernah pun ajar Aina semua tuh tapi saya agak dia
belajar dari pemerhatian. Setiap kali
apa yang saya atau sesiapa lakukan, Aina akan tengok, belajar dan simpan dalam
otak dia. Walaupun Aina masih tidak berapa fasih bercakap (masih ambik hujung hujung perkataan) tapi saya bangga punya anak yang
bijak seperti dia. Walaupun dia kurang dari segi percakapan tapi dia ada
kelebihan dari segi perbuatan.
Alhamdulillah, sekurang kurangnya saya tahu kelebihan yang
ada pada Aina. Saya akan berusaha ajar Aina sehingga dia petah bercakap.
Nota kaki* Entry nih
bukannya nak menunjuk nunjuk ye.
17 Comments
pcl sampai di sini, assalamualakum Ummi
ReplyDeleteBUdak2 ni sometimes surpris us kan, dorang cepat sangat belajar.
ReplyDeleteMenunjuk ker? I hari2 citer pasal anak hihihihi.
bagusnya dia..hehhe
ReplyDeletedear...mender alah tu namanya kita panggil water dispenser... ^_^
ReplyDeletebijak dia... suka aunty baca entry pasal mereka...
mesti aina ni suka memerhati & dalam diam dia belajar.
ReplyDeletealahai.....sweet je aina :)
ReplyDeleteamin ta tumpang gembira.tsenyum mbaca entry sis
ReplyDeletebijak..anak2 memang belajar melalui pemerhatiannya..kdg2 terkejut juga kan bila lihat anak2 pandai melakukan sesuatu yg tak pernah kita ajar..
ReplyDeleteSememangnya anak2 belajar lebih cepat dari yang kita jangka. :)
ReplyDeletechayok Aina !!
ReplyDeletealhamdulillah pintar dua beradik ni
ReplyDeleteaina budak bijak!!... yap, ank2 mmg belajar dr pemerhatian kan :)
ReplyDeletemsti dia belajar melalui apa yg dia tengok...
ReplyDeletemmg budak2 belajar dr pemerhatian kan kak :-)
ReplyDeleteanak2 akan cepat belajar dengan cara mmerhati keadaan sekeliling
ReplyDeleteanak-anak memang suke perhati dan tiru apa yang kita buat..
ReplyDeletepndai dia hehee :)
ReplyDeletebudak kalo kita ajar baik..baiklah dia nnt :)
❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com