Aina memang anak yang bijak (^_^)


Sebelum nih saya ada cakap Aina nih jenis yang kalau cakap suka sebut yang hujung hujung aje kan…Saya tahu, walaupun Aina lambat cakap dia memang seorang anak yang bijak. Tapi bijak Aina tuh tak terjangkau dek fikiran saya…

Contohnya macam semalam. Time tuh aina dan Auni dah merengek nak susu + serbuk koko. Macam biasalah kan saya sukat susu banyak mana. Pastu saya nak bubuh lah serbuk koko. Tapi saya tak boleh ambik serbuk koko tuh sebab kena bukak penutup tin tuh. Saya punya meraban cara something yang boleh bukak penutup tin tuh.  Masa tuh saya nampak Aina pergi dapur, saya suruh dia keluar jangan mengocah kat dapur. Sekali Aina keluar bawak sudu. Pastu dia hulurkan kat saya. Rupa rupanya dia suruh saya bukak penutup tin tuh guna sudu. Alahai bijaknya kamu hai anak…Tapi time tuh, saya dah pun bukak penutup tin tuh guna hujung senduk nasi yang ada atas meja. Saya tetap jugak ucapkan terima kasih dan puji Aina budak yang pandai. Suka tengok dia tersenyum bila kena puji…

Lepas tuh, bila dah masukkan serbuk koko tuh, saya tengok Aina capai botol susu dia pergi kat bekas yang berisi air suam..Ala bekas tuh kalau ada apa apa majlis ke mesti kita akan guna bubuh air pastu tekan punat tuh terus keluar air..Saya tak tahu nak panggil apa tuh…Saya fikirkan Aina tak tahu nak tekan punat tuh, rupanya dia memang dah tahu dan boleh agak berapa banyak sukatan air tuh. Sekali lagi saya puji Aina.

Saya tak pernah pun ajar Aina semua tuh tapi saya agak dia belajar dari pemerhatian. Setiap kali apa yang saya atau sesiapa lakukan, Aina akan tengok, belajar dan simpan dalam otak dia. Walaupun Aina masih tidak berapa fasih bercakap (masih ambik hujung hujung perkataan) tapi saya bangga punya anak yang bijak seperti dia. Walaupun dia kurang dari segi percakapan tapi dia ada kelebihan dari segi perbuatan.
Alhamdulillah, sekurang kurangnya saya tahu kelebihan yang ada pada Aina. Saya akan berusaha ajar Aina sehingga dia petah bercakap.

Nota kaki* Entry nih bukannya nak menunjuk nunjuk ye.

17 comments:

  1. pcl sampai di sini, assalamualakum Ummi

    BalasPadam
  2. BUdak2 ni sometimes surpris us kan, dorang cepat sangat belajar.
    Menunjuk ker? I hari2 citer pasal anak hihihihi.

    BalasPadam
  3. dear...mender alah tu namanya kita panggil water dispenser... ^_^

    bijak dia... suka aunty baca entry pasal mereka...

    BalasPadam
  4. mesti aina ni suka memerhati & dalam diam dia belajar.

    BalasPadam
  5. amin ta tumpang gembira.tsenyum mbaca entry sis

    BalasPadam
  6. bijak..anak2 memang belajar melalui pemerhatiannya..kdg2 terkejut juga kan bila lihat anak2 pandai melakukan sesuatu yg tak pernah kita ajar..

    BalasPadam
  7. Sememangnya anak2 belajar lebih cepat dari yang kita jangka. :)

    BalasPadam
  8. aina budak bijak!!... yap, ank2 mmg belajar dr pemerhatian kan :)

    BalasPadam
  9. msti dia belajar melalui apa yg dia tengok...

    BalasPadam
  10. anak2 akan cepat belajar dengan cara mmerhati keadaan sekeliling

    BalasPadam
  11. anak-anak memang suke perhati dan tiru apa yang kita buat..

    BalasPadam
  12. pndai dia hehee :)
    budak kalo kita ajar baik..baiklah dia nnt :)

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.