Khamis, 14 Februari 2013

Maaf ye kawan kawan

11:54:00 PG 27 Comments
Assalamualaikum....

Sob..sob..sob...Sedihnya saya bila nak taip entry nih...uwaaa.....Terpaksa pinjam lappy officemate nak publish entry nih...

Saya mintak maaf kat kawan kawan kalau saya tak dapat nak balas jejak korang sebab my lappy rosak..Saya sendiri tak pasti bila saya dapat "aktif" semula...Rasa separuh jiwa saya pergi bila tak dapat bukak blog setiap hari dan terjah rumah kawan kawan....Tak lupa jugak saya ucapkan terima kasih kepada kawan kawan yang banyak beri support dan suggestions yang perlu saya buat...InsyaALLAH, kita kan bertemu lagi ye....

Nota kaki* Sedang berusaha kuatkan hati terima kenyataan lappy saya tengah nazak...T_T

Rabu, 13 Februari 2013

Lepas nih jarang saya online nampaknya T_T

1:43:00 PTG 34 Comments
Saya ada berita sedih nih nak bagitahu korang...huhuhu....Tadi masa tengah syok dok layan cerita Suamiku Jururawat tiba tiba skrin laptop jadi gelap..Uwaaa.....Saya nak menangis sudah nih....Saya still boleh online macam biasa tapi gelaplah..Kira macam saya boleh baca blog kawan kawan dan update entry tapi kena tenung betul betul skrin laptop nih...

Meraba raba saya cari mana pergi anak panah nih tau..Jenuh bijik mata nih mencari..Kira macam online di dalam gua sudah...

Cuba korang tengok kat bawah nih saya tengah terjah blog siapa...Agak agak korang namapak tak?Nih pun saya online mengharapkan cahaya dalam office nih....


Skrin laptop pun saya terpaksa buat senget macam nih...Uwaaaaa....Nak nangis lagi. Tanya officemates yang pakar bab bab nih, dia cakap kena hantar kedai sebab berkaitan dengan hardware...Selalunya kena caj dalam RM200-RM350...

Nak nangis lagi...Dah lah tengah bulan nih, laptop pulak buat hal...Mengadu kat incik hubby dia tak reply mesej saya pun...Busy la tuh....Uwaaaa.....Lagi sadis officemate saya cakap compaq memang problem bab bab macam nih....

Sangat sedih tengok laptop nih wei....Rasa mahu saja hantuk hantukkan kepala kat dinding T_T....Meranalah saya macam nih...

Nota kaki* Nih yang buat nak tukar beli Acer @ Lenovo nih....Aishhh

Wah....besarnya!!!

12:21:00 PTG 27 Comments

Nota kaki* Pisang tanduk nih ayah saya tanam...Masa nih adik saya letak kat sebelah Aina nak tengok mana lagi besar..hahaha

Sejuk perut saya (^_^)

12:00:00 PG 17 Comments

Semalam saya bawak Aina dan Auni pergi KL. Saya pergi dengan officemate ada hal kat sana. Pergi naik kereta dia…Masa on the way pergi sana, officemate saya drive slow ajelah kan. Nak dijadikan cerita, masa tengah drive tuh, officemate saya break mengejut. Lepas tuh, dia punya spek terjatuh dari tempat yang digantung depan Auni….Sekali Auni cakap, “Allah.”

Officemate saya dengar bantai tergelak. Dia cakap “ Apa Auni, Allah?” Terus dia ketawa bila dengar Auni sebut Allah. Saya pun ikut tergelak dan terharu sebab Auni pandai sebut Allah. Saya sendiri tak tahu sejak bila Auni pandai sebut Allah. Saya cium dia banyak kali sambil cakap bijaknya anak Ummi…Dia cuma tersenyum aje bila saya cium dia.

Kali kedua pun sama jugak masa dalam kereta, bila kasut yang Auni pegang tuh terjatuh. Auni terus sebut Allah. Officemate saya gelak lagi sebab dia cakap comel aje bila dengar Auni sebab Allah. Dia cakap Auni bijak macam anak saudara dia. Siap puji lagi cakap anak saya bagus kecik kecik dah pandai sebut Allah.

Kembang semangkuk jugak bila officemate puji Auni. Sejuk perut saya mengandungkan dia. Tak sia sia saya mengandungkan dia lebih seminggu dari due date..Walaupun saya bertarung nyawa dan agak payah nak melahirkan dia sebab makan masa 19 minit jugak nak keluarkan dia (teran banyak kali tapi tak jugak keluar) tapi Allah berikan saya amanah yang sangat bijak dan cerdik. Syukur padaMu Ya Allah. Akan aku jagai dan didik amanahMu ini sebaik yang mungkin. InsyaAllah.

Nota kaki* Kawan kawan janganlah anggap entry saya nih seolah olah bangga sangat ada anak yang bijak. Saya  cuma nak share aje cerita pasal Auni dengan korang. Setiap anakkan ada kebijaksanaan masing masing kan? Saya pun kadang kadang suka baca cerita anak anak korang yang mencuit hati dan bijak tuh..

Selasa, 12 Februari 2013

Aina memang anak yang bijak (^_^)

11:23:00 PTG 17 Comments

Sebelum nih saya ada cakap Aina nih jenis yang kalau cakap suka sebut yang hujung hujung aje kan…Saya tahu, walaupun Aina lambat cakap dia memang seorang anak yang bijak. Tapi bijak Aina tuh tak terjangkau dek fikiran saya…

Contohnya macam semalam. Time tuh aina dan Auni dah merengek nak susu + serbuk koko. Macam biasalah kan saya sukat susu banyak mana. Pastu saya nak bubuh lah serbuk koko. Tapi saya tak boleh ambik serbuk koko tuh sebab kena bukak penutup tin tuh. Saya punya meraban cara something yang boleh bukak penutup tin tuh.  Masa tuh saya nampak Aina pergi dapur, saya suruh dia keluar jangan mengocah kat dapur. Sekali Aina keluar bawak sudu. Pastu dia hulurkan kat saya. Rupa rupanya dia suruh saya bukak penutup tin tuh guna sudu. Alahai bijaknya kamu hai anak…Tapi time tuh, saya dah pun bukak penutup tin tuh guna hujung senduk nasi yang ada atas meja. Saya tetap jugak ucapkan terima kasih dan puji Aina budak yang pandai. Suka tengok dia tersenyum bila kena puji…

Lepas tuh, bila dah masukkan serbuk koko tuh, saya tengok Aina capai botol susu dia pergi kat bekas yang berisi air suam..Ala bekas tuh kalau ada apa apa majlis ke mesti kita akan guna bubuh air pastu tekan punat tuh terus keluar air..Saya tak tahu nak panggil apa tuh…Saya fikirkan Aina tak tahu nak tekan punat tuh, rupanya dia memang dah tahu dan boleh agak berapa banyak sukatan air tuh. Sekali lagi saya puji Aina.

Saya tak pernah pun ajar Aina semua tuh tapi saya agak dia belajar dari pemerhatian. Setiap kali apa yang saya atau sesiapa lakukan, Aina akan tengok, belajar dan simpan dalam otak dia. Walaupun Aina masih tidak berapa fasih bercakap (masih ambik hujung hujung perkataan) tapi saya bangga punya anak yang bijak seperti dia. Walaupun dia kurang dari segi percakapan tapi dia ada kelebihan dari segi perbuatan.
Alhamdulillah, sekurang kurangnya saya tahu kelebihan yang ada pada Aina. Saya akan berusaha ajar Aina sehingga dia petah bercakap.

Nota kaki* Entry nih bukannya nak menunjuk nunjuk ye.

Isnin, 11 Februari 2013

Kulit muka sudah cacat meh!!

7:00:00 PG 9 Comments

Assalamualaikum…

Sejak seminggu yang lepas kulit muka saya mengelupas tapi tak teruk lah…Kalau tengok dari dekat memang nampak…Kawan saya siap cakap saya baby tua sebab kulit mengelupas…Ada jugak cakap bagus sebab buang sel kulit mati…

Sekarang kulit muka dah kurang pengelupasan tapi muka saya dah cacat sikit kat bahagian tepi dagu saya. Gara gara geram tengok muka mengelupas, saya gosok gosok kulit yang mengelupas tuh….

Tak sangka pulak bila dah mengelupas jadi macam nih….Tak pasal pasal ada bekas macam terbakar dekat kulit muka….Nak menyesal tak guna kan. Siapa suruh tangan tuh menggatal tenyeh muka tuh kan? Padan dengan muko den…koh..koh..koh..


See, kesian kan saya sebab muka dah cacat…Takde kerja, cari kerja..Tak pasal pasal muka ada tanda…Confirm incik huby balik nanti tanya muka tuh kenapa…

Nota kaki* Silap sendiri kan...T_T

Ahad, 10 Februari 2013

Officemate belanja makan KFC

10:00:00 PG 10 Comments
Hari Jumaat lepas time rehat , officemate saya merangkap my EO ajak pergi KFC, dia nak belanja saya dan officemate lagi sorang makan...Kitorang pergi KFC yang berdekatan dengan office jela...


Selalu saya kalau pergi KFC makan Zinger burger tapi kali nih nak tukar selera pulak makan Snack Plate...Bila orang belanja makan, tekak semendang rasa sedapkan...hahaha....

Thank you EO belanja saya makan...Lain kali belanja makan lagi..

Sabtu, 9 Februari 2013

Sabah mari!

10:00:00 PG 14 Comments


Dua kerongsang yang saya beli daripada  officemate...Saya memang pengumpul kerongsang....Kerongsang mari dari Sabah bah!

Bakal terbit Mac 2013....tak sabar nak grab!!

8:00:00 PG 11 Comments

SINOPSIS :

Berkawan sejak kecil, Adrian dan Puteri Sara Ibrani berkongsi segala suka dan duka. Puteri Sara, gadis yang kuat merajuk namun Adrian ada cara terbaik untuk memujuk. Hadiahkan bunga tulip… seluruh hati Puteri Sara cepat saja cair!

Mereka hanya saying-menyayangi. Istilah cinta tidak terpahat dalam sanubari. 
Namun bohonglah kalau tidak ada sekelumit cinta!

Dalam geram menunggu luahan Adrian, Puteri Sara ingin mencapai satu impian. Dia ingin pulang ke Malaysia, merungkai rahsia yang dipendam oleh papanya selama 21 tahun. Dia perlukan pertolongan Adrian untuk meyakinkan papanya yang dia sudah cukup dewasa untuk pulang ke kampung halaman.

Adrian resah. Perlukah dia melepaskan gadis yang dicintai itu pergi meninggalkannya?
Sudah cukup kuatkah dia untuk berhadapan dengan papa Puteri Sara agar melepaskan anak gadisnya pulang ke Malaysia? Dia juga punya nekad. Dia mesti sampaikan kata-kata ini kepada Puteri Sara:

Ich Liebe Dich…! (Aku Cinta Kamu...!)

Nih yang tak sabar nak beli nih.....Tapak tangan nih dah gatal nak kuar duit beli novel baru..hehehe

Jumaat, 8 Februari 2013

Kisah 50 sen

1:44:00 PTG 14 Comments
ringggg.. Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar utk rehat.
Awak tak rehat ke Alif? Ujar sy kpd pelajar ni. Tak cikgu. Jawab alif ringkas.

Kenapa alif tak rehat? Jawab alif "Mak sy beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dpt beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang2 dpt beli nugget je. Jadi sy kumpul duit hari ini utk makan hari esok. Jadi sy dpt la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Sy kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " alif tertunduk malu

Perasaan sy mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yg membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yg kecil sedangkan bg pelajar ini 50 sen sgt besar ertinya.

Saya tanya lg, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?
Owh hari jumaat duit 50 sen ni sy sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab alif dgn bersahaja. Mak sy kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah..
Mata saya dah berkaca...Sy terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bg keluarga pelajarku ini..luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.

Huh macam terpukul sungguh sy, bayangkan duit 50 sen yg diberi utk makan, dia infakkan 50 sen utk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.
Mungkin kisah ini nampak simple tp bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan sy dgh pelajar ini supaya lebihkan sedekah. berinfak.

Bagaimana pula dgn kita? Mampukah kita istiqomah bersedekah setiap hari jumaat?

Hari ini hari Jumaat. Ayuh kita berazam utk lebihkan sedekah pd hari jumaat yg mulia ini. Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran kpd anda semua.

Isnin, 4 Februari 2013

Cara solat untuk wanita sarat mengandung

5:02:00 PTG 14 Comments
Solat fardhu merupakan perkara WAJIB yang perlu dilaksanakan oleh seseorang yang bergelar muslim yang telah cukup syarat. Walaupun dimana kita berada samada di bawah tanah, di angkasa lepas, di dalam dewan bedah, walau apapun yang sedang kita lakukan, walau apa sahaja yang berlaku kecuali pengsan, gila, haid dan nifas, kita WAJIB menunaikan solat fardhu.

Di antara kesukaran tersebut ialah melaksanakan solat ketika sedang hamil. Orang yang hamil meghadapi kadar kesukaran yang berbeza-beza. Bagi sebahagian orang mereka tetap dapat melaksanakan solat seperti biasa sehinggalah ke saat bersalin. Sebahagian lagi menghadapi kesukaran, khasnya apabila memasuki trimester ketiga. Maka bagi kes ini, dibolehkan baginya untuk solat secara duduk.

Cara solat duduk ialah duduk secara bersila di atas lantai dengan menghadap kiblat. [Shahih Sunan al-Nasa'e,no:1660]. Rukuk dengan membongkokkan badan dengan kedua-dua tangan memegang lutut. Sujud adalah seperti biasa, namun jika mengalami kesukaran maka bongkokkanlah badan lebih rendah berbanding rukuk dengan kedua-dua tangan menyentuh lantai.

Jika sukar untuk duduk bersila, pilihan lain ialah duduk sepertimana duduk di antara dua sujud. Jika masih sukar pilihan lain ialah duduk di atas kerusi. Pergerakan untuk rukuk dan sujud adalah sepertimana penjelasan di atas (duduk bersila).

InsyaAllah. Semoga kandungan bayi yang anda lahirkan sempurna dan bakal menjadi seorang khalifah yang menegakkan agama, bangsa dan negara satu hari nanti.

Sabtu, 2 Februari 2013

7 benda ajaib di dunia

1:57:00 PG 14 Comments
Cikgu : Murid2.. Sape yg tahu apakah 7 bende ajaib dalam dunia?

Boon Kok Keong : Piramid cikgu..

Cikgu : Bagus...lagi siapa yg tau..sila bangun..!!!

Gopal : Taj Mahal..cikgu..

cikgu : Bagus...lagi....!!!

Husin : HATI..cikgu..!!!

Cikgu : Aik..kenapa pulak hati ???boleh kamu terangkan pada kelas..???

Husin : Sbb hati manusia ni.. Orang x nampak. Tapi boleh rasa.. Kalau hati menangis.. Xde sape buleh dengar. Dalam hati ada macam2 rasa..marah, geram, kecewa, gembira dan macam² lagi. Tuhan ciptakan hati manusia ni sama tp tak serupa. Bende² yg manusia cipta tu bukannya ajaib cikgu.. Itu cuma tinggalan sejarah lama. Sbb manusia hari ni.. Boleh buat bende² yg serupa dengan bende² tu semua.tapi xde sape yg buleh cipta hati manusia..cikgu...!!!

Cikgu : (tersenyum)

Gurau sendaa suami isteri

1:51:00 PG 11 Comments
"Isteri : papa2 berat badan mama dah naik..
Suami : knp? mama tak jaga mkan la tu..*nada gurau*
Isteri : Ehh!! mne ada larhh..
Suami : Habis tu..
Isteri : papa dah duduk dlm hati mama , mana tak berat nye.. grrr wat tak taw pulak..
Suami : Nakal nyerr *cubit pipi*

Jumaat, 1 Februari 2013

Rahsia tarikh lahir : Suka suka

9:32:00 PTG 8 Comments
Saja buat kira kira dan tengok rahsia tarikh lahir saya...tak tahu nak buat apa malam nih tuh yang duk melayan benda benda nih..Betul atau tak, tak pasti pulak..Kalau betul mungkin secara kebetulan kan....

Kalau kawan kawan nak tengok boleh KLIK SINI

Nombor lahir saya ialah :

13 Januari 1984

1+3+1+1+9+8+4 = 27
2+7 = 9
(Nombor lahir saya ialah 9)

Keterangan nombor lahir :

9. Pelakon 
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mereka sangat penyayang dan pemurah. Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang. 

Nota kaki* Saja suka suka...Bukan percaya sangat pun