Buah Koko


Tadi sempat jugak say baca komen daripada kak Intanberlian…Dia tanya saya apa buha koko tuh…
Saya suka kak Intan nih banyak soklan dan bikin saya punya idea untuk buat entry…Untuk kak Intan shayang kat bawah nih la buah koko….


Yang bawah nih lak isi buah koko…

carian auncle google..

Untuk pengetahuan kak Intan, dulu ayah saya navy, so, saya berpeluang mengembara ikut ayah pindah sana sini lah kan..Antaranya ialah Sitiawan. Kitorang duduk di kuarters navy, kat sebelah kuarters nih ada kebun buah koko….So, hari hari menghadap buah koko tak makan pun tengok aje lah…lalalalala

Bila, dah duduk N9 nih agak payah sikit nak jumpa pokok buah koko nih. Saya rasa Perak still berlambak lambak kan pokok buah koko nih…Rasa buah koko nih sedap tau kak Intan…Bijik buah koko nih lah boleh buat macam macam…..Macam coklat, air koko, serbuk koko dan macam macam lagi…Kat bawah nih saya tempek kebaikan koko yang saya peroleh dari Laman Web Koko Malaysia….

Kebaikan Khasiat Koko

Setelah kita mengetahui sedikit aspek mengenai makanan bolehlah kita mempertimbangkan pula mengenai koko dan coklat. Mungkin benar apabila dikatakan bahawa koko dan coklat dimakan untuk suka-suka sahaja dan bukan kerana khasiatnya. Walau bagaimanapun, ia menyumbang kepada pemakanan yang seimbang. Kandungan lemak dalam koko bererti minuman koko dapat menyumbang lebih tenaga berbanding dengan minuman kopi atau teh.

Koko apabila dicampurkan dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat dan theobromine dan kafein (masing-masing lebih kurang 2 peratus dan 0.1 peratus dalam serbuk koko) pula bertindak sebagai perangsang selain sebagai minuman panas. Pernah dinyatakan bahawa penghadaman susu bertambah baik dengan adanya koko yang bertindak membantu mengubah pembentukan susu beku di dalam perut.

Walau pun telah dinyatakan bahawa coklat dimakan untuk suka-suka sahaja dan bukan kerana khasiatnya, tetapi sebenarnya ia mengandungi 'milk soilids' antaranya 'butter fat', protein susu, kalsium dan lain-lain 'minerals' dan vitamin-vitamin.
*Untuk keterangan selanjutnya sila rujuk artikel berkaitan khasiat koko dan nilai zat pada coklat, lemak koko dan serbuk koko.

Kesan antioksida poliphenol dalam koko :
Khasiat biji koko terhadap kesihatan adalah diperolehi daripada kandungan polyphenols yang tinggi seperti flavanoids. Kandungan yang paling penting didapati dari koko adalah flavan-3-ols atau lebih dikenali sebagai catechin. Flavanoids adalah merupakan kumpulan kandungan kimia yang memberikan tindakan antioksida yang kuat.

Coklat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular :
Kajian melaporkan bahawa kuantiti antioksida yang diserap dari koko dan coklat adalah lebih tinggi berbanding wain, teh dan sayur. Pengambilan koko sebagai makanan yang kaya dengan antioksida flavanoids dapat mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung.

Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan :
Daripada kajian terhadap tikus, menunjukkan bahawa antioksida yang mengalir semasa dalam keadaan tertekan dan senaman mempunyai kesan yang baik terhadap stamina. Kajian di Jepun menunjukkan bahawa poliphenol dapat menghalang perubahan sikap emosi dibawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.

Koko melambatkan proses penuaan :
Penuaan adalah salah satu proses ynag mengakibatkan kerosakan radikal. Sehubungan itu, pemakanan yang kaya dengan antioksida memainkan peranan dalam melambatkan proses penuaan. Kajian mengenai proses penuaan telah dijalankan secara meluas dimana jangkamasa hayat bagi manusia yang sihat boleh dilanjutkan selama 5 hingga 10 tahun dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan antioksida. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Epidemiotologi dari Harvard School of Public Health di Boston U.S.A mendapati bahawa penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat. Ini menunjukkan wujudnya polyphenol sebagai antioksida dalam coklat.

Coklat sebagai makanan berkhasiat :
Coklat adalah produk koko yang mempunyai khasiat sebenar dan kandungan nutrien dalam coklat merupakan makanan yang seimbang.


Coklat kosong
Coklat susu
Tenaga
511 kcal
514 kcal
Lemak
32.3 g
29.0 g
Protein
4.1 g
8.1 g
Karbohidrat
51.9 g
56.1 g
Zat Besi
2.3 mg
0.8 mg
Kalsium
29.0 mg
233.0 mg
Tiamin
0.04 mg
0.09 mg
Riboflavin
0.02 mg
0.3 mg
Niasin
0.4 mg
0.4 mg
Vitamin A
22.0 mg
84.0


18 comments:

  1. dulu kite suke makan koko sbb time tuh dok kat tepen mcm senang nk crk..sama la kite ikut sama posting ke sana ke mari ..sbb ayah kite ashkar..hehehe..

    BalasPadam
  2. Sedap ni makan isinya tu...rasa dia masam masam manis...selalu makan masa budak2 dulu sebab banyak tumbuh depan rumah..skg susah benar cari pokoknya...

    BalasPadam
  3. kecik-kecik dulu suka makan koko, siap ambik atas pokok lagi :)

    BalasPadam
  4. dulu² blik skolah suka singgah umah atuk ni, mintak buah koko dia.. sedap!!! so, pasni blh la mkn cekelat byk²..

    BalasPadam
  5. Dekat N9 ada 1 kampung tu ada kebun koko....
    Tapi AJ tak ingat kawasan mana...
    Dia dekat2 dengan jeram toi kalau tak salah....
    Koko memang susah sangat nak jumpa.....

    BalasPadam
  6. Teringat dulu masa kecik2 selalu jerk mkn buah koko nie.. tp sayang sekarang ank2 akak x berpeluang nak tgk pokok tu sbb da xde lagi kat kampung.

    BalasPadam
  7. cemana la rasa buah koko ni....rasa cam coklat ke?

    BalasPadam
  8. buah koko nie dulu masa selalu balik kampung abah..mesti ambil bwk balik..skrg dh jrg balik sana sbb dh xde sap2..suka mkn ne bila masak..sedap

    BalasPadam
  9. intan mmg suka bertanya ye..tak per lagi byk ilmu yg dia dapat...kak fieda sekali jer baru pernah merasa buah ni..

    BalasPadam
  10. penah try makan masa kat kg abi...mula2 jakun jgak sbb tak penah tengok..hehehe..

    BalasPadam
  11. kampung mak akak kat perak, area beruas.. banyak pokok koko. selalu nampak org2 kampung jemur biji koko..

    BalasPadam
  12. tak tau pulak buah koko ni boleh makan. ingatkan buat coklat je.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.