Sihat dan cantik sememangnya tidak boleh dipisahkan. Secara
fizikalnya kita boleh sihat dan cantik dengan mengamalkan pemakanan yang
berkhasiat, namun jika kita teliti cara Rasulullah, ia sepatutnya diteladani.
SIHAT CARA RASULULLAH
1. Madu merupakan pilihan terbaik bagi Rasulullah
SAW. Baginda mengamalkan madu pada waktu pagi sebelum sarapan. Madu dicampurkan
dengan air sejuk sebelum diminum. Ia bertujuan mencairkan lender dan
membersihkan system pencernaan.
2. Rasulullah SAW tidak makan dan minum secara
berlebih lebihan. Amalan pemakanan ini amat bertepatan dengan ayat al Quran
yang bermaksud “…makan dan minumlah, dan janganlah berlabih-lebihan…” (Surah al-A’raf ayat 31)
3. Kawal pemakanan seawall usia remaja. Bukan
setelah jatuh sakit, barulah kita hendak mengamalkan pemakanan sihat dan
mengambil ubat ubatan.
4. Rasulullah
SAW ada mengatakan dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau
berkata:”Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tiada nafsu makan,
baginda bersabda: Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi
Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada
kotoran!” * Talbinah adalah sejenis makanan masyarakat Arab yang seakan akan
bubur atau susu. Ia lembut dan mudah dihadamkan. Jika kita di sini, mungkin
boleh dicampurkan oat dengan susu sebagai makanan yang lembut dan mudah
dicernakan.
5. Rasulullah SAW ada menyebut bahawa ‘perut adalah tempat bermulanya penyakit’.
Oleh itu, kita perlu mengambil kia kuantiti dan isi padu setiap makanan yang di
ambil. Baginda lebih mengutamakan makanan yang lembut kerana ia memudahkan
penghadaman. Makanan lembut amat sesuai di ambil jika baru pulih atau sembuh
daripada penyakit.
CANTIK CARA RASULULLAH
1. Dalam tubuh manusia, ada tiga ruang untuk tiga
benda: Sepertiga untuk udara,sepertiga
untuk air dan sepertiga untuk makanan. Rasulullah SAW mengamalkan
berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis untuk menyimbangkan badan.
2. Rasulullah SAW gemar berjalan kaki. Baginda
berjalan kaki ke masjid,pasar,medan jihad dan berkunjung ke rumah para
sahabatnya. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir,liang roma akan terbuka
dan peredaran darah akan berjalan dengan lancar.
3. Fizikal Rasulullah SAW adalah
tegap,sederhana,kuat dan sihat. Baginda tidak gemuk,tidak buncit perutnya dan
raut wajahnya sangat bersih,cantik dan penuh bercahaya.
4. Dari Aisyah r.a, katanya: Rasulullah SAW
bersabda: ”Sepuluh perkara dari (peraturan-peraturan kebersihan) yang
dituntut oleh agama,iaitu: menggunting misai, membiarkan janggut (tumbuh
panjang serta mengemaskannya), bersugi (membersihkan gigi), menyedut air
(membersihkan hidung), memotong kuku, membasuh buku buku jari, mencabut bulu
ketiak, mencukur bulu ari ari dan beristinjak.” Kata Mas’ab (salah seorang
rawi hadis ini) ”dan aku lupa akan
perkara kesepuluh, aku fikir perkara itu tidak lain dari berkumur kumur...”
5.
Rasulullah SAW sentiasa bersih dan rapi. Baginda
mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak
wangi pada setiap hari Khamis atau Jumaat. “Mandi
pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula
menggosok gigi dan memakai haruman.”(Hadis riwayat Muslim}
6. Rasulullah SAW selalu bangun sebelum subuh.
Hikmahnya adalah mendapat pahala yang melimpah ruah, udara segar pada subuh
dingin yang ternyata dapat merawat penyakit tibi serta menguatkan akal fikiran.
7.
Jika mahu kekal cantik, Rasulullah SAW
mengankurkam kepada umatnya agar tidak marah. Nasihat Rasulullah agar ‘jangan
marah’ diulang sehingga tiga kali. Ini menunjukkan bahawa kesihatan dan
kecantikan bukan pada luaran, malah lebih kepada dalaman iaitu kebersihan jiwa.
Tip untuk menahan marah : Ubah posisi ketika marah.
Apabila berdiri, maka hendaklah kita duduk. Apabila duduk, maka hendaklah kita
berbaring. Kemudian, bacalah ta’awwudz keranan marah itu adalah sikap daripada
syaitan. Segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat untuk menghilangkan
kegusaran dan mendapatkan ketenangan di hati.
8. Jadilah
seorang yang pemaaf untuk kekal cantik. Sifat pemaaf dituntut untuk mententeramkan
jiwa. Jika kita memaafkan, pasti badan kita akan sihat dan wajah akan
memancarkan sinar yang bercahaya kerana hati kita bersih daripada dendam. “Tetapi barang siapa yang bersabar dan
memaafkan, sungguh demikian itu termasuk perbuatan yang mulia.”
SUMBER : Dara.com
12 Comments
insyaaallah
ReplyDeleteAmalan yg cukup bagus tp tk semua kita mampu lakukan walaupun cukup mudah..Contoh mcm AK sendiri kalau jupa makanan sedap mmg betul-betul makan punya..huishh..tkpe kita cuba ubah!
ReplyDeleteterima kasih shre kak..
ReplyDeletetq for sharing...
ReplyDeletenice sharing kak
ReplyDeleteSalam pagi Isnin buat Mimie tersayang…Rasulullah contoh ikutan terbaik….Kita cuba buat untuk mengikut apa yg Nabi Muhammad lakukan…In Shaa Allah…terima kasih mimie info bagus n
ReplyDeletesuka info nie..tq for sharing..
ReplyDeleteperkongsian yang menarik.
ReplyDeletegood info sis. ;)
ReplyDeleteperkongsian yg bagus..
ReplyDeletenice info kak..tengs sharing
ReplyDeleteas salam.. saya nak share ye.. bleh ke?? tq
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com