Sihat dan Cantik Cara Rasulullah


Sihat dan cantik sememangnya tidak boleh dipisahkan. Secara fizikalnya kita boleh sihat dan cantik dengan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat, namun jika kita teliti cara Rasulullah, ia sepatutnya diteladani.

SIHAT CARA RASULULLAH

1.      Madu merupakan pilihan terbaik bagi Rasulullah SAW. Baginda mengamalkan madu pada waktu pagi sebelum sarapan. Madu dicampurkan dengan air sejuk sebelum diminum. Ia bertujuan mencairkan lender dan membersihkan system pencernaan.

2.      Rasulullah SAW tidak makan dan minum secara berlebih lebihan. Amalan pemakanan ini amat bertepatan dengan ayat al Quran yang bermaksud “…makan dan minumlah, dan janganlah berlabih-lebihan…” (Surah al-A’raf ayat 31)

3.      Kawal pemakanan seawall usia remaja. Bukan setelah jatuh sakit, barulah kita hendak mengamalkan pemakanan sihat dan mengambil ubat ubatan.

4.      Rasulullah SAW ada mengatakan dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata:”Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tiada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”  * Talbinah adalah sejenis makanan masyarakat Arab yang seakan akan bubur atau susu. Ia lembut dan mudah dihadamkan. Jika kita di sini, mungkin boleh dicampurkan oat dengan susu sebagai makanan yang lembut dan mudah dicernakan.

5.      Rasulullah SAW ada menyebut bahawa ‘perut adalah tempat bermulanya penyakit’. Oleh itu, kita perlu mengambil kia kuantiti dan isi padu setiap makanan yang di ambil. Baginda lebih mengutamakan makanan yang lembut kerana ia memudahkan penghadaman. Makanan lembut amat sesuai di ambil jika baru pulih atau sembuh daripada penyakit.

CANTIK CARA RASULULLAH

1.      Dalam tubuh manusia, ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara,sepertiga untuk air dan sepertiga untuk makanan. Rasulullah SAW mengamalkan berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis untuk menyimbangkan badan.

2.      Rasulullah SAW gemar berjalan kaki. Baginda berjalan kaki ke masjid,pasar,medan jihad dan berkunjung ke rumah para sahabatnya. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir,liang roma akan terbuka dan peredaran darah akan berjalan dengan lancar.

3.      Fizikal Rasulullah SAW adalah tegap,sederhana,kuat dan sihat. Baginda tidak gemuk,tidak buncit perutnya dan raut wajahnya sangat bersih,cantik dan penuh bercahaya.

4.      Dari Aisyah r.a, katanya: Rasulullah SAW bersabda: ”Sepuluh perkara  dari (peraturan-peraturan kebersihan) yang dituntut oleh agama,iaitu: menggunting misai, membiarkan janggut (tumbuh panjang serta mengemaskannya), bersugi (membersihkan gigi), menyedut air (membersihkan hidung), memotong kuku, membasuh buku buku jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari ari dan beristinjak.” Kata Mas’ab (salah seorang rawi hadis ini) ”dan aku lupa akan perkara kesepuluh, aku fikir perkara itu tidak lain dari berkumur kumur...”

5.       Rasulullah SAW sentiasa bersih dan rapi. Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi pada setiap hari Khamis atau Jumaat. “Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai haruman.”(Hadis riwayat Muslim}

6.      Rasulullah SAW selalu bangun sebelum subuh. Hikmahnya adalah mendapat pahala yang melimpah ruah, udara segar pada subuh dingin yang ternyata dapat merawat penyakit tibi serta menguatkan akal fikiran.
7.       Jika mahu kekal cantik, Rasulullah SAW mengankurkam kepada umatnya agar tidak marah. Nasihat Rasulullah agar ‘jangan marah’ diulang sehingga tiga kali. Ini menunjukkan bahawa kesihatan dan kecantikan bukan pada luaran, malah lebih kepada dalaman iaitu kebersihan jiwa. Tip untuk menahan marah : Ubah posisi ketika marah. Apabila berdiri, maka hendaklah kita duduk. Apabila duduk, maka hendaklah kita berbaring. Kemudian, bacalah ta’awwudz keranan marah itu adalah sikap daripada syaitan. Segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat untuk menghilangkan kegusaran dan mendapatkan ketenangan di hati.

8.      Jadilah seorang yang pemaaf untuk kekal cantik. Sifat pemaaf dituntut untuk mententeramkan jiwa. Jika kita memaafkan, pasti badan kita akan sihat dan wajah akan memancarkan sinar yang bercahaya kerana hati kita bersih daripada dendam. “Tetapi barang siapa yang bersabar dan memaafkan, sungguh demikian itu termasuk perbuatan yang mulia.”



SUMBER : Dara.com

12 comments:

  1. Amalan yg cukup bagus tp tk semua kita mampu lakukan walaupun cukup mudah..Contoh mcm AK sendiri kalau jupa makanan sedap mmg betul-betul makan punya..huishh..tkpe kita cuba ubah!

    BalasPadam
  2. Salam pagi Isnin buat Mimie tersayang…Rasulullah contoh ikutan terbaik….Kita cuba buat untuk mengikut apa yg Nabi Muhammad lakukan…In Shaa Allah…terima kasih mimie info bagus n

    BalasPadam
  3. as salam.. saya nak share ye.. bleh ke?? tq

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.