Sifat sifat wanita yang dibenci LELAKI

ENTRY AUTO PUBLISH

Assalamualaikum.....

Saya nak share antara sifat buruk wanita yang menjadi kebencian lelaki....

1. Tidak puas

Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan dalam apa apa jua aspek. Mereka tidak pernah puas dengan apa apa sahaja termasuklah layanan di bilik tidur. Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna. Sikap sebegini amat memuakkan lelaki kerana kebanyakkan lelaki sukakan wanita yang sentiasa menghargai dan berterima kasih dengan apa apa sahaja pemberian.

2. Mata duitan

Kebanyakkan wanita sangat tertarik dengan wang. Lelaki akan tertarik dengan wanita disebabkan oleh tarikan seks manakala wanita tertarik dengan lelaki disebabkan oleh dorongan wang dan kemewahan. Wanita yang mempunyai sikap mata duitan keterlaluan, kebanyakkannya sukar untuk mendapatkan cinta sejati.

3. Suka mengatur

Tidak dimafikan semua wanita di dunia ini mengharapkan "Prince Charming" di dalam hidup mereka. Namun bukan semua wanita berpeluang untuk memilikinya. Oleh sebab itu, ramai wanita yang mula mengatur teman lelaki mereka agar menjadi seperti lelaki idaman yang mereka mahukan. Mereka tidak sedar sikap sebegitu bukan dapat menambah baik hubungan yang terjalin, sebaliknya hanya akan membinasakan. Kerana lelaki lebih gemar jika diri mereka diterima seadanya.

4. Cemburu buta

Ada orang berpendapat cemburu tandanya sayang. Namun sikap cemburu yang keterlaluan hanya akan membuatkan lelaki berasa terkongkong dan tidak dipercayai. Hal ini kerana ramai wanita yang cemburu berlebih lebihan semata mata untuk mendapatkan perhatian daripada insan tersayang. Apatah lagi jika teman lelakinya boleh dikategorikan sebagai kacak dan mempunyai yang teguh.

5. Emosional

Wanita sering menjadikan air mata sebagai senjata untuk melembutkan hati lelaki. Malah ketika berdepan dengan sebarang masalah, wanita sering emosional tanpa memikirkan sesuatu secara logik. Apabila ditegur, mudah melenting dan sukar untuk menerima sebarang pandangan yang diutarakan oleh orang lain. Wanita juga selalu tersinggung dan terasa untuk perkara yang tidak perlu. Sikap wanita sebegini hanya merimaskan lelaki dan akhirnya menjauhkan diri daripada mereka.

Post a Comment

9 Comments

  1. Moga dijauhkan daripada sifat2 di atas......good sharing

    ReplyDelete
  2. Hi Mimi, betul 100% what you posted....
    Terok juga tu, ha ha.
    But apa la nak buat, kan? We are all human with weaknesses.
    Main thing is to have fun, hurt no one....

    Have a great new year....and simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
  3. cemburu buta sampai buat pasangan tidak selesa..mahu kemana pun kena bagi tau..

    cemburu perlu ada tapi jangan samapi keterlaluan..memang lelaki jadi benci

    ReplyDelete
  4. kena hati2 la ni. sy ni cepat tersentuh. dah tu cemana. hehe..

    ReplyDelete
  5. emo tu biasa kot. tp menangis je tak ada la. pening kalau asyik nangis je.

    ReplyDelete
  6. 4 dan 5 tu sukar nk elak..hmm...

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com