Jumaat, 11 Januari 2013

Siapa yang duduk kat tepi katil tuh?

Malam semalam saya post entry pasal Auni diganggu "sesuatu"Masa tuh, memang saya risau sangat sangat sebab Auni memang mudah kena dan nampak. Saya akui, walaupun Aina nampak agak lembut dan Auni nampak kasar dan lasak tetapi Auni mudah diganggu kalau nak dibandingkan dengan Aina....Bila kena tuh confirm menangis dan demam....

Berbalik pada cerita malam semalam saya janji dengan kawan kawan nak cerita tentang cerita misteri yang berkaitan dengan kes Auni diganggu....Nak dijadikan cerita, time kejadian berlaku saya duduk lepak dekat hall rumah mak dengan pakcik, makcik dan adik adik sepupu yang lain. Masing masing sibuk mengadap fb memasing. Saya pulak sibuk mengacau diorang yang layan fb tuh...

Time tuh, Aina pun dah tidur. Dia tengok adik dia tidur dia pun nak tidur. Lampu bilik mak suruh bukak aje bagi bilik terang dan pintu bilik terbukak. Langsir pintu saya sangkut dekat pintu supaya senang saya nak jenguk Aina dan Auni. Nak dijadikan cerita, salah seorang adik sepupu saya, Fatin masuk dalam rumah.
Sebelum nak ke dapur dia akan lalu kat bilik Aina dan Auni tidur....

Lebih kurang beberapa minit kemudian, dia keluar. Lepas tuh dia saya sesuatu yang buat saya terkejut...

Fatin : Kak Mimi, siapa yang duduk dekat katil? Dia tengok Aina dan Auni...
Saya : Siapa pulak? Mana ada orang dalam rumah semua kat luar nih...
Fatin : yelah, orang nampak ada orang duduk kat tepi katil tapi dia mengadap tingkap...
Saya : Kau nih biar betul Fatin. Mana ada orang lah...
Fatin : Manalah kita tahu...Kita ingatkan dak Nadia....
Saya : Adik kau tuh kat rumah ibu kau mana ada dia kat sini....(Terus saya bangun pergi kat bilik sebab tak puas hati)

Saya tengok Aina dan Auni tidur lena aje....Tapi sebenarnya saya seram jugak bila Fatin cakap macam tuh sebab masa kejadian tuh semua orang duduk kat hall cuma dia seorang aje yang masuk kejap tadi...Lepas tuh, dia cakap dia nampak ada orang duduk kat tepi katil..Lagilah saya seram tapi demi anak anak saya beranikan diri jugak....Lepas tuh...................

Saya : Kalau betul "kau" ada dalam bilik nih, aku mintak "kau" keluar sekarang!!!Jangan nak kacau anak anak aku. Kalau "kau" kacau siap "kau". Aku tumbuk muka kau nanti!( Masa saya cakap nak tumbuk muka nih saya cakap loghat Sabah)

Bila saya dah cakap tuh, saya perhatikan anak anak saya. Bila tengok diorang tidur lena, say terus keluar kat hall. Lepas tuh makcik saya cakap apa tau....

Makcik : Kau cakap camtu sekali "benda" tuh jawab balik aku nak tumbuk muka kau jugak baru tahu..hehehe
Saya : Kalau dia jawab orang larilah...hahaha

Dalam takut takut tuh sempat lagi kitorang bergurau....Memang saya takut bab bab nih tapi ada masa saya akan jadi berani....

Nota kaki* Saya memang penakut kalau bab bab cerita "benda2" nih tapi kalau melibatkan anak anak otomatik saya jadi berani...

26 ulasan:

  1. Haiii mmg seram......dah la semalam baca entry tu pukul 1 pg huhu

    BalasPadam
  2. uihhh..seram la baca..meremang tau baca...
    cuba la cari ustaz minta dia tgk2 benda2 mcm ni...

    BalasPadam
  3. Mimie, kak intan yg baca ni tegak bulu roma…fatin lak leh Nampak….dia x nampak muka org tu ke? Pompuan ke laki?

    BalasPadam
  4. aduhai kak..kalau saya pun naik seram.. dah terdiam seribu bhsa dah.. orang tnya pun tak terjawab.. tapi akk kena letak yassin ke bawah bantal dorang tu..

    BalasPadam
  5. moga takde lg jelmaan gtu kak..hope bygn anak2 akk..

    BalasPadam
  6. Anda memang seorang ibu yang hebat... ececeh....

    OKje pun seram jugak kalau cam tu...
    banyakkan baca quraanlah mimi

    BalasPadam
  7. berdiri bulu roma kak..itu kerja syaitan nak menakut2kan manusia..
    moga2 itulah yg 1st dan terakhir..

    BalasPadam
  8. mohon dijauhkan dari gangguan makhluk Allah yang menakutkan ni.. moga aina dan auni dilindungi.

    BalasPadam
  9. alamak seramnya....anak2 saya yg kecik tu pernah juga...dia ketawa dgn sesorang di dapur padahal mana orang kat dapur masa tu....

    BalasPadam
  10. alahai mimie.. akak yang baca ni pun meremang bulu roma..

    >> akak pun penakut jugak hehe

    BalasPadam
  11. KAK ina yang baca pun rasa seram.. sapa pulak tu...

    BalasPadam
  12. allahuakbar, moga tiada apa berlaku n dijauhkan dari sesuatu yang tidak elok yerk...

    BalasPadam
  13. Eh... sermkan Mimie. Tak cuba panggil ustaz ke? Tak boleh biar lama. Harap anak-anak tak ada apa-apalah.

    BalasPadam
  14. eeeee...misteri betul kan..seriau laa..tebayang muke kak limah kat jendela pon ade ni..

    BalasPadam
  15. emmm..tak suka entry ni! huhu.. serammmmm..

    BalasPadam
  16. Ya Allah moga anak2 Mimie dilindungi Allah..memang betoi, kita sbg ibu ni walaupun penakut, tapi kl dah melibatkan anak mesti jadi berani kan

    BalasPadam
  17. seram tapi bak kata husben, dia makhluk Allah jugak. nak takut sesama makhluk pun buat apa? adehhh...

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.