Isnin, 14 Januari 2013

Saya dah check tempat saya kena mengundi....Jauhnya...

Huhuhu....sorry lah kawan kawan, hari nih agak lambat saya terjah rumah kawan kawan. Busy hari nih....Sekarang saya nak balas dendam nak ketuk rumah uols semua....Jangan kunci pintu rumah ye....

Tak lupa jugak kepada kawan kawan yang sudi wish hari lahir kepada saya. Hanya ALLAH saja yang dapat membalas budi baik kawan kawan...

Baru baru nih saya ada check tempat saya kena mengundi. Sebab sebelum nih saya tak pernah ambik tahu pun. Suami saya cakap kalau saya tak pernah mendaftar, secara otomatik nama saya telah didaftarkan bila saya berkahwin dengan tentera. Saya fikir incik hubby main main. Sekali bila check memang betul nama saya ada...Tapi agak pelik kenapa jauh bebenar tempat nak mengundi tuh? Musykil...


Tengok tuh......Tempat mengundi saya dekat Padang tembak...Tapi Parlimen Kluang....Sebab asal usul incik hubby saya kat Kem Batu 3 Kluang. Incik hubby saya 5 RAMD....So, kalau saya tak keluar mengundi pun takpe sebab dah memang undi pos pun.....Confirm sokong BN kan kan kan....

17 ulasan:

  1. he he he...jauhnya... undi pos bagus jugak ...tak yah susah2 gi kan?

    he he he... undi adalah rahsia...

    BalasPadam
  2. Mimie org Kluang ker? Saya pun org Kluang jugak tp mengundi di KL sbb da tukar alamat sejak khwn org KL hehehe... 1st time mengundi ker?

    BalasPadam
  3. hihi..saya pon br daftar..lom penah mengundi nih

    BalasPadam
  4. sy pula mengundi dekat kg..stp kali mengundi kena blik kg

    BalasPadam
  5. Wahh...dah kua senarai.Da dekatla ni ye.Hehe.Selamat mengundi nanti sis.Sha x mendaftar pon.

    BalasPadam
  6. akak mengundi balik Ipoh..
    hehe modal tuh nak balik kampung... hehe

    BalasPadam
  7. Kena amik cuti ni klo nak gi mengundi ☺☺

    BalasPadam
  8. ooo mcm gini ke kalau tentera... br tau.. hihii

    BalasPadam
  9. tempat sama ok la xla jauh mna heheee :D kluang tu hahaaa adoii :p

    BalasPadam
  10. nik yg pasti ngundi kat kelantan. tapi undi adalah rahsia..hehehe

    BalasPadam
  11. undi pos jd gitu ea kak..bru tau..huhuhu

    BalasPadam
  12. UNDI POS JGN PERCAYA SGT TAU SB DH PERNAH TERKENA SUAMI SAYA G OPERASI MASE MNGUNDI...TAU2 DIA PUNYA UNDI PANGKAH PAS..X PASAL2 DIA KENE INTRVW CO

    BalasPadam
  13. Sy kena undi di kahang timur cluang..jauh sgt mcm mals je nak balik sana semata mata nak undi..kalau ada org hantar kan tak apa gak..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.