Lunch @ Ice Room

Tengahari tadi saya bawak anak anak keluar kejap. Nak singgah bank, withdraw duit yang incik hubby bank in kan nak beli pampers anak anak. Lepas tuh, terus pergi bandar PD nak hantar buku bank kat adik sepupu saya, Fatin.

Lepas serah buku bank tuh, saya ada jugak ajak Fatin join saya makan tapi dia cakap dia dah rehat pukul 12 tengahari tadi. Oklah kalau dah cakap camtu, takde rezeki dia.


So, saya bawak anak anak makan di Ice Room. Sebenarnya sebelum nih ada jugak Ice Room tapi dekat bangunan lama. Ice Room yang baru nih terletak betul betul tepi pantai. Tempat nih di namakan PD Walk. Tapi sayang sangat sangat sebab Ice Room yang baru nih takde makanan yang berat berat. Totally servis Ice Room yang baru nih jauh beza dengan Ice Room kat tempat lama. Mungkin Ice Room yang baru nih baru beroperasi, takde banyak sangat menu yang ada.



Peanut Snow Ice...Saja nak try sebab tak pernah makan yang nih. Beli 1 nak share 3 orang tapi xdapek nak share. Sekali Auni menangis nak kan eskrem nih...Mengalah dengan anak, saya bagi dia makan eskrem nih...

Lepas tuh, Aina pulak menangis nak jugak. Tak pasal pasal berebut dua beradik nih. Malas nak bising bising, saya pun order lagi satu.


Blueberry Snow Ice untuk Aina....Dapat jugak saya rasa eskrem nih kan....Kalau kawan kawan perasan eskrem nih die bubuh dalam mangkuk polisterin. Sebelum nih dalam mangkuk hijau...Dua dua eskrem yang saya beli nih saiz kecik yang berharga RM 5.00. Kslau besar RM 7.90....


French fries untuk anak anak dah bertukar tangan dengan ummi....Dulu bubuh dalam pinggan sekarang dalam paper bag aje...

Nota kaki* Semalam KFC, hari nih Ice Room...Esok??? Ada sesiapa nak belanja saya makan? hahaha

11 comments:

  1. ice room!slalu kat tmpt remy je nmpk..ni tmpt kak mimie plak.. ^^

    BalasPadam
  2. Ooo..dah pindah ekk? Deret Maybank tu ker atau PD Walk yang kat The Store tu? Akak tak perasan langsung. Nanti next time mesti Pizza Hut pun pindah kan...

    Akak pun selalu ada kat PD. Mimi duduk kat mana? Senang2 nanti boleh lepak sama2 kan.

    BalasPadam
  3. x pernah pegi pon.. sbb kat cni mmg xde pom

    BalasPadam
  4. Pernah pegi sekali...makan aiskrim je...tp puas hatilah...

    BalasPadam
  5. erk.lunch?ta sejuk ke perut...huhuhu

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.