Sabtu, 19 Januari 2013

Keputusan Juara Maharaja Lawak Mega 2012


Assalamualaikum….


Akhirnya keputusan juara Maharaja Lawak Mega 2012 telah pun kita ketahui. Yang paling happy sekali bila jangkaan saya tepat. Saya jangka Jozan akan merangkul gelaran juara dan Jambu pulak naib juara. Dan yang paling best, nenek a.k.a mak saya terkejut bila saya cakap SayWho nno.5, Boboi no.4 dan Shiro no.3…Bila Dato’ AC umum aje nama pemenang, mak terkejut sebab tekaan saya tepat. Siap dia tanya lagi siapa juara. Dengan yakinnya saya jawab Jozan. Mak cakap Jambu yang juara. Bila keputusan diumumkan ternyata tekaan saya tepat.

Bagi saya masing masing ada kekuatan dan kelebihan tersendiri. Masing masing punya aura tersendiri. Terus terang saya katakan walaupun juara telah pun kita ketahui, bagi saya kesemua finalis adalah juara kerana Berjaya melayakkan diri ke final Maharaja Lawak 2012.

Tahniah diucapkan kepada JOZAN kerana telah menjadi JUARA Maharaja Lawak Mega 2012…Hadiah wang tunai yang dimenangi diorang gila lumayan. Kemunculan Johan nyata memberi kejutan kepada penonton. Saya pun terkejut bila Johan muncul tiba tiba…..Semangat Johan memang kuat. Sanggup beraksi di pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2012 walaupun keadaan kesihatan dia yang belum pulih sepenuhnya…


Sememangnya JOZAN adalah juara antara juara di pentas Maharaja Lawak Mega 2012 malam nih..
Keputusan pemenang Maharaja Lawak Mega 2012 dan hadiah yang dimenangi pemenang ialah :

Juara : RM 500,000 + trofi (Jozan)
Naib juara : RM 250,000 + trofi (Jambu)
Ketiga : RM 150,000 + trofi (Shiro)
Keempat : RM 50,000 + trofi (Boboi)
Kelima : RM 15,000 + trofi (SayWho)

Nota kaki* Saya mula tak sedap badan...nak demam agaknya....

4 ulasan:

Terima kasih sudi tinggalkan komen.