Sabtu, 19 Januari 2013

Tips cara nak dapat CPUV/BE campaign


Kali nih saya nak share tips yang saya lakukan untuk dapatkan CPUV ataupun yang lebih dikenali BE di kalangan blogger. Sebenarnya masa mula mula berblog dulu hanya sekadar mengisi masa lapang saya untuk berkongsi cerita dengan kawan kawan maya yang lain. Saya mula jatuh cinta nak buat blog bila saya selalu baca blog kawan sekolah saya.

So, dari situ saya mula berjinak jinak buat blog. Lepas tuh, saya senyap dari dunia blog. Sehinggalah saya mula nak berblog semula masa pantangkan Auni. Dari situ saya mula melangkah setapak demi setapak untuk terus maju dalam blog. Pada permulaan, saya mula melibatkan diri join CGL. Dari situ jugak lah (Berapa banyak dari situ daaaa), saya mula berkenalan dengan blogger blogger yang otai seperti Abg Ben, Fatin Liyana, Cik Epal, dan sebagainya. Dan saya juga mula kenal blogger blogger mummy yang lain seperti Kak Ina, Kak Fieda, QueenPink, Cute Mum dan ramai lagi. Dan dari situlah saya mula tahu apa itu Nuffnang, apa itu CPC campaign, CPUV campaign, UV, BE, ME dan sebagainya.

So, banyak sebenarnya yang saya belajar dari dunia blog nih. Di samping dapat berkenalan dengan rakan baru, kita boleh berkongsi cerita dan menambah duit poket sendiri. Walau bagaimanapun tujuan asal berblogging bukanlah nak kejar duit semata mata. Namun tak salah kalau kita nak cari peluang tambah income, right?

Antara yang saya lakukan supaya advertiser dan pihak Nuffnang nampak kewujudan blog saya sekaligus hadiahkan CPUV campaign kat blog ialah :

Merajinkan diri update entry setiap hari. Takpelah, kalau sehari satu entry. Sebagai contoh yang saya tengok blogger blogger otai nih kan, diorang jarang update entry setiap hari. Majority akan update entry seminggu sekali kecuali Abg Ben lah kan kan kan….(Sebab dia punya caa tersendiri)Macam saya, saya akan update tak kira lah berapa banyak saya nak update. Kalau idea banyak, memang berlambak lambak lah entry kalau tak, kosong…kosong..kosong…

Bila dah update entry, makesure korang update akaun Nuffnang supaya pihak Nuffnang dan advertisers menyedari kehadiran blog korang. Rajin rajinlah update survey kat akaun kawan kawan. Macam saya, boleh dikatakan setiap hari saya akan update survey. Kalau tak berkesempatan, saya akan update 2 hari sekali.

Kekalkan UV blog. Saya akui mungkin dulu blog saya tak terpilih untuk terima CPUV campaign nih disebabkan UV saya yang tak stabil dan tak maintain. Alhamdulillah, sekarang UV saya semakin meningkat naik dan maintain. Kawan kawan jangan fikir bila follower dah beriban riban maka UV pun akan naik mencanak canak. No….u are wrong!!!Sebenarnya, untuk kekal UV korang, korang kena lah rajin blogwalking (BW) ke blog yang korang follow dan tinggal jejak korang supaya senang tuan tanah blog tuh balas jejak korang. So, dari situ membantu menaikkan trafik blog korang kan kan kan….

Rajin rajinkan diri hantar tiket kepada pihak Nuffnang. InsyaALLAH, diorang akan balas pertanyaan korang walaupun korang tanya diorang dalam BM ye…Cubalah tanya cara untuk dapatkan CPUV ke? Apa itu Buffered Earning Metered Earning ke…Apa apa ajelah korang nak tanya asalkan korang hantar tiket ke Nuffnang…

Pastikan korang letakkan iklan Nuffnang di tempat yang sepatutnya. Cara nak letakkan iklan ada ditunjukkan daalam akaun Nuffnang akaun korang takpun paling mudah korang tengok contoh blogger blogger lain letakkan iklan Nuffnang. Cara nih merupakan salah satu cara blog korang terpilih untuk terima CPUV campaign.


Nih lah tips yang saya buat untuk dapatkan CPUV campaign. Saya tak pasti kawan kawan yang pernah dapat CPUV buat benda yang sama atau lain daripada saya buat. Kalau ada cara lain mohon lah share dekat sini. Boleh kita sama sama buat side income kan? 

16 ulasan:

  1. saya pon buat macam tu jugak.
    Alhamdulillah, ada hasilnya :)

    BalasPadam
  2. tenkiu tenkiu tenkiu....cikgu dah lama berblog,tu pun kejap ada kejap tak der,hujung thn lepas baru rasa nak serius skit so tempek la nuffnang.kesannya terlebih2 plak daku rajin update blog. saja nak lepas gian sbb pas ni mgkin dah slow skit kot.cuma nak tanya la, apa maksud tiket tu?pastu nak maintain uv tu berapa byk sehari?300 ke atas?

    BalasPadam
  3. Cheqkaq antara yg baru dlm dunia blog..blog pertama dh masuk 2 tahun kot,tp yg second ni baru aktif balik dua bulan lepas Dan sedang berusaha memajukan diri..hehe..Mekasih Mimi sbb bg tip yg bagus..

    BalasPadam
  4. owh, baru tahu hihihi.. tq berkongsi.. i'll try my best follow ur tips <3

    BalasPadam
  5. kite even dah dapat beberapa kali cek dari nuffnang..still tak faham cpuv bagai..hehe..letak je iklan dkt blog tu..tips akk boleh ikut ni :)

    BalasPadam
  6. nak tanya la, hantar tiket tu apa maksudnya?

    BalasPadam
  7. great info kak..sy pon maseh brusaha nk dapat be nih..tp lum ada rezeki lg..hihii

    BalasPadam
  8. sha pun da lama bblog xda pun BE yg singgah :(

    BalasPadam
  9. hantar tiket? first time dengar ni hahahah

    BalasPadam
  10. seronok berguru dengan awak... dah faham sikit2 dah hihi.. thanks ye :)

    BalasPadam
  11. nak tnya la, apa yg mimi update survey kt nuffnang tu sampai 2 kali sehari? haha..ja nk update pun xtau nak tulis pa...

    BalasPadam
  12. thanks for sharing this sis :) nice info :)

    BalasPadam
  13. sis, nak tanya, kalau kita da update survey, kita kena letak semula code nuffnang tu ke?

    BalasPadam
  14. Nice tips ^.^ tq.. bru nk fhm sket2 cmne nk buat..

    My Blog
    ASDY Dimension.blogspot.com

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.