Jenis permainan yang boleh merangsang minda anak anak (Part 1)


Permainan warna hitam dan putih – tahap penglihatan bayi baru lahir terhad iaitu kurang 6 inci dari mukanya. Pilih permainan yang mempunyai warna kontras iaitu hitam dan putih sebagai permulaan.

Permainan kain lembut – Kulit bayai amat sensitive. Jadi bayi memerlukan kain lembut yang tidak mencederakan kulitnya.

Gerakan fizikal – Bayi yang masih kecil belum mengalami perkembangan deria genggam dengan baik. Jadi sebagai ibu bapa kita perlu perkenalkan permainan yang merangsang perkembangan fizikalnya.

Mainan gantung – Mainan berwarna cerah dan mengeluarkan bunyi bunyian mampu menarik perhatian si kecil. Ia boleh merangsang penglihatan dan pendengaran si manja. Mainan ini selalunya digantung di katil atau buai.

Blok warna – warni – Melibatkan kanak kanak menyusun kepingan kepingan atau bongkah bongkah yang dipisahkan menjadi satu model yang lengkap sebagai contoh seperti kapal terbang, kereta, bangunan dan sebagainya.

22 comments:

  1. Utk kakak semua dah berlalu lama Mimie..

    BalasPadam
  2. blok warna warni ngn lego aiyan selalu kalu dia main akan duk merata rumah, bkn dia nk susun pun.... bile mengemas, kt dpr ada, kt dlm blik air ada, bilik stor ada, blik mama ada blik makngah ada bwh sopa ada.... merata2...

    BalasPadam
  3. ooo..baru tau..anak saya suka sgt main kain..pantang dia klu jmpa kain..hehehhe

    bagus info ni..tq

    BalasPadam
  4. yes dik
    akak setuju ..
    macam zahrien sampai skrg kalau beli mainan kereta @ lain suke warna hitam .. .

    ps : dik ada email baru tau , akk fwd kat email mimie ..

    BalasPadam
  5. playgym tu banyak membantu firas belajar pusing2kan badan.dia agak lambat la meniarap,ala2 kurang keyakinan diri gitu. tapi sejak ada playgym, dia jadi lebih bermotivasi

    BalasPadam
  6. haaaa info yang baik ni.. boleh akak buat persediaan ni.. (^_~)

    BalasPadam
  7. skrg klu tgk ank sdra ayut suka wane2x terang..mgkn sbb menarik perhatian kot....

    BalasPadam
  8. Tapi selalu kalo beli mainan utk dia, dia tak nak main..yang nak main yang bukan mainan dia..periuk, lesung batu, bawang..haiiissshhh

    BalasPadam
  9. kalau anak kak fieda paling suka dgn blok warna..

    BalasPadam
  10. a'aa betoi tu mimie... kak ina pun mmg guna cara ni dr alisha kecik lg

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.