Isnin, 7 Januari 2013

Cerita di sebalik AJL 27

1. Faizal Tahir muncul dalam persembahan pembukaan dengan imej baru yang fresh. Tampil bersama band beliau yang menggelarkan diri mereka Royal FT Force, band ini juga khabarnya akan menyertai rancangan realiti terhangat TV9, Versus bagi musim kedua!

2. Edisi AJL kali ini turut menyaksikan penampilan ramai komposer lagu bertanding untuk turut serta beraksi di pentas. Ajai muncul sewaktu Ku Akui, Edry Abdul Halim menerusi "Andaiku Bercinta Lagi" dan Taja mengiringi Stacy.

3. Kalau nak ikutkan giliran asal persembahan, lagu "Ombak Rindu" akan melakukan persembahan keenam. Namun dek kerana mengambil masa yang lama untuk menyiapkan props bagi lagu tersebut, giliran persembahan Hafiz dan Adira telah diawalkan kepada persembahan pertama. Mujur pihak produksi melakukan sesi raptai penuh malam sebelumnya, jadi kesulitan ini dapat diatasi dengan segera!

4. Rupa-rupanya, bukan Aaron Aziz sahaja yang mengalirkan air mata sewaktu klip gimik persembahan Ombak Rindu. Beberapa penonton di stadium juga turut sama mengesat pipi mereka. Memang feeling habis!

5. Pemain gitar wanita yang mengiringi persembahan Azlan & The Typewriter merupakan ahli band Couple iaitu Ariana. Beliau yang biasa melakukan persembahan di pentas Indie teruja beraksi pertama kali di anugerah besar sebegini. Menariknya, ini juga kali pertama beliau menyarungkan dress ketika membuat persembahan! Kalau tidak jeans dan t-shirt sahaja yang jadi pilihan!

6. Kelab peminat Shila Amzah yang menggelarkan diri mereka 'Shilalas' antara yang setia menemani ke mana sahaja penyanyi ini membuat persembahan. Sambil Shila membuat persembahan, mereka menyalakan lampu sambil melambai mengikuti rentak lagu "Patah Seribu".

7. Sekali lagi, Anugerah Juara Lagu berjaya menjadi perbualan hangat di laman sesawang Twitter. Trending di laman sosial tersebut bermula sehari sebelum AJL berlangsung, ia sekaligus menambah kemeriahan penganjuran anugerah ini!

8. Faizal Ismail yang tersasul menyebut "menyusul" kepada "menyesal" bergegas berlari ke belakang pentas sebaik sahaja iklan bermula. Semua penonton menjerit melihat gelagat Faizal yang memang sempoi. Itulah namanya professional!

9. Sewaktu iklan, penonton di stadium dihiburkan dengan klip video Tiru Gaya Artis AJL. Antara klip yang mencuri tumpuan adalah lagu "Menaruh Harapan", Juara Lagu 1987. Aksi peserta yang cukup kelakar memang boleh buat orang gelak!

10. Teka-teki siapakah pemilik suara soprano dalam lagu "Andaiku Bercinta Lagi" nyanyian Mojo terjawab apabila Marsha tampil mengiringi persembahan Aweera.

11. Acara karpet ungu yang bermula seawal jam 7:45 malam memerlukan artis tempatan menggayakan busana mengikut tema. Hasil tinjauan GUA, kebanyakan dari mereka menggayakan koleksi sendiri dan tak ramai yang mendapatkan khidmat pereka tempatan. Mungkin ingin memberi ekspresi seni tersendiri, maka gaya pun pilihan sendiri!

12. Segmen Interlude melibatkan barisan rockers tanahair cukup memberikan impak di hati penonton. Sambil melambaikan light stick yang diberikan pihak produksi, penonton turut sama menyanyi dan bangun memberikan standing ovation terutamanya ketika persembahan papa rock kita, Ramli Sarip.

13. Bukan sahaja di Malaysia, laman Twitter juga dihujani dengan komen dari mereka yang menonton live streaming AJL 27 serata dunia. Ada di antaranya pelajar kita yang menuntut di Scotland, United Kingdom dan Australia. Kredit patut diberikan kepada team online streaming kerana berjaya melancarkan AJL 27!

14. Seperti tahun-tahun sudah, klon 'Ziana Zain' yang seringkali hadir memeriahkan acara TV3 tidak melepaskan peluang memeriahkan AJL 27. Mengenakan baju serba merah jambu, beliau dilihat tiba di perkarangan Stadium Putra Bukit Jalil sejak jam 2 petang lagi bagi menyatakan sokongan kepada penyanyi kesayangannya.

15. Salah seorang juri, Hetty Koes Endang bangun memberikan standing ovation selepas sahaja Hafiz selesai melakukan persembahan bagi lagu "Ku Akui". Begitu besar impak persembahan vokal Hafiz maka tak hairanlah Hafiz menang kategori Vokal Terbaik buat ketiga kalinya.

Sumber : Gua.com.my

27 ulasan:

  1. Kakcik menonton depan kaca tv sambil gosok pakaian bertimbun...

    BalasPadam
  2. memang minat hafiz gila2. dia tu dah lah vokal power, humble pulak tu. selalu jumpa dia kat the curve and ikea... tak sombong. sangat bagus!!!

    BalasPadam
  3. no 10 tu barulah tahu semalam..ingatkan siapa punaya suara rupanya Marsha pula

    BalasPadam
  4. mmg menarik AJL malam tu.. pembuka tirai mmg gempak..

    BalasPadam
  5. paling suke persembahan terakhir oleh lagend rock negara...caya lah Ramli Sirap...eh Ramli Sarip...hehe

    BalasPadam
  6. tak berapa layan sebab nympah lakonan terlalu byk..sdgkn ini Anugerah Jura Lagu..yg penting lagu itu sedap dan best..bukan lakonan

    BalasPadam
  7. tergelak tgk gelagat faizal ismail yg malu sebab tersasul... hehehehe

    BalasPadam
  8. haha..ok, baru tau pnonton mnangis tyme aeron aziz 2...haha

    BalasPadam
  9. nak tambah lagi..hehehe..6 artis adalah pertama kali bertanding & 6 penyanyi menyanyikan lagu merteka sendiri

    BalasPadam
  10. HAFIZ MMG BEST..TP BLACK PUN BEST..HIKSSS

    BalasPadam
  11. tak tengokkkk.. rugi gak sbb tak tgk aizat.. ishhkk

    BalasPadam
  12. Myra layan AJL sambil layan blog..hehee ;)

    So tak berapa perasan la corat coret ni :D

    BalasPadam
  13. pasal Hafiz, tu dah memang agak dah.. feel habis.. hihi

    BalasPadam
  14. hafiz nyer vokal mantap..cuma kecewa dengan vokal shila amzah..cam tak kena ja...lain masa dia bertanding di China..tatau kenapa..husband akak pon cakap sama..dia pelik sora shila x segah mcm di china..hehe

    BalasPadam
  15. shida tgk time pgumuman pmnang jer..dasat kan..sebab shida keluar dgn family smbut befday ^_^

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.