Bahaya meroyan jika tak dirawat

Nih saya cerita based on my nenek a.k.a mak dan pengalaman saya sendiri yang hampir hampir kena...Menurut mak, lepas bersalin, kalau orang yang dalam pantang tuh tak dijaga betul betul memang akan kena meroyan.

Meroyan nih ada banyak tahap tau...Tahap yang boleh dikawal dan tak boleh dikawal...Yang tak boleh dikawal nih yang bahaya tau boleh sampai tahap nak membunuh....Antara punca meroyan nih disebabkan cara urutan yang tak betul atau ala kadar ,darah meroyan tuh tak keluar habis  ( Menurut mak saya darah meroyan tuh darah beku tuhlah yang akan keluar masa kita tengah pantang tuh lah......) dan disebabkan tekanan hidup yang melampau.

Cerita pertama yang mak saya share dengan saya malam semalam...

Wanita nih kena masa dia tengah mandi. Masa dia mandi tuh, tetiba kepala dia rasa sakit kepala teramat sangat dan dia terus keluar bilik mandi dan baring kat atas katil. Menggigil kesejukan. Bila mak dia tengok, mak dia selimutkan sebab masa tuh fikir dia tak tahan sejuk. Husband dia lak tentera. Mak saya cakap dia tak boleh dengar bunyi trak, tengok tv dan segala bunyilah. Confirm dia akan lari satu rumah. Husband dia terpaksalah skip2 kerja atas faktor kesihatan wife dia...Mak saya cakap memang kesian lah tengok pesakit tuh...Anak dia yang still baby tuh terpaksa dijaga oleh jiran sebelah rumah. Kalau meroyan dia dah sampai, jiran tuh akan call suami dia yang tengah bekerja. So, sepanjang dia meroyan tuh, mak saya urut dia, lepas tuh mak saya bagilah dia minum air halia untuk buang angin dan macam macam rawatan lah mak saya buat. Lebih kurang sebulan jugak lah nak pulihkan pesakit nih. Alhamdulillah, satu hari tuh, mak saya datang rumah pesakit tadi. Apa yang memeranjatkan pesakit tuh sihat semula dan siap berhias cantik. Family dia siapkan ucapkan terima kasih banyak banyak kat mak saya sebab pulihkan dia tapi mak saya cakap dia cuma membantu saja. Tuh semua kuasa Allah SWT.

Cerita kedua pulak

Wanita dah lama kena meroyan since anak sulung. Sampai satu tahap, die ambik pisau nak godok suami die. Nasib baik suami die pandai kawal keadaan. Yang nih berlaku pada jiran sebelah rumah ma saudara saya. Saya tak tahu lah sama die dah buat rawatan ke belum...Punca die kena tekanan sebab kerap ditinggalkan suami yang sibuk dengan kerja.

Macam kes saya pulak

Saya kena masa bersalinkan Auni dulu, masa saya hampir hampir kena tangan saya menggigil dan saya tak suka tengok muka incik hubby. Masa nih, darah meroyan @ darah beku saya tak keluar lagi. Bila saya nak kena tuh, mak suruh saya banyakkan istighfar. Dia cakap tuh semua hsautan syaitan. Alhamdulillah lepas darah meroyan @ darah beku kelaur, saya dah tak kena. Nak nak mak saya yang ururtkan saya.

Menurut mak saya lagi, meroyan nih semua wanita lepas bersalin ADA cuma boleh dikawal dan tak boleh dikawal itu aje.....So, mak saya pesan kena banyakkan istighfar.

Nota kaki* Sebab saya up entry nih ada kena mengena dengan orang yang lepas bersalin datang mengurut dengan mak semalam. Muka masam kelat + mencuka...Bila saya tanya mak kenapa "dia" tuh macam tun mak? Mak cakap "dia" tuh meroyan. So, dah tahu diam diam sudah...

18 comments:

  1. Bahaya jugak ea kalau x jaga pntang betul2 nie . .

    BalasPadam
  2. salah satu tanda meroyan juga ialah tiba tiba menangis tak tentu pasal...

    BalasPadam
  3. saya ingat meroyan tu sebab tekanan semasa dlm pantang.. rupanya ada kaitan dengan darah beku yg keluar selepas bersalin.. bahaya jugak ekk..

    BalasPadam
  4. selalu dengar juga penyakit meroyan ni..
    bahaya juga kan kalau dibiarkan tidak ambil rawatan..
    takut juga baca citer ni

    BalasPadam
  5. adehhh, moga2 xkene la meroyan nie..seram je baca..

    BalasPadam
  6. Itulah bahaya kan...para suami yg bini dia br jak lepas bersalin tu sila ambil perhatian....

    BalasPadam
  7. mmg seram baca pasal meroyan ni kan. alhamdulillah... setakat ni k.izan baik2 aje masa berpantang. darah beku tu pun dpt dikeluarkan masa berurut lagi...

    BalasPadam
  8. Bahaya la kan kak. Ros pernah dengar tapi tak pernah tengok.

    BalasPadam
  9. oo,,,macam tu meroyan,baru nana tau....huhu.....bahaya jugak kan sis

    BalasPadam
  10. betul tue..cara kita kawal meroyan tue penting

    BalasPadam
  11. Tulah kan...takut kalau kena meroyan nie... mtklah d jauhkan...

    BalasPadam
  12. mmg bahaya..takut dgr perkataan meroyan ni..

    BalasPadam
  13. Uii..takut gak kan.. Setakat ni bersalin 3 anal lum rasa yg pelik2 lg tp stress tu ada sbb dok jg diri sendiri je pstu anak2 kecik lg

    BalasPadam
  14. bahayanya....mimie, mak mimie pandai ngurut untuk org try peknen juga ke

    BalasPadam
  15. Salam meroyan nie pnah terjdi dkt sy tp xde lah truk smpai nk bunuh kdg2 kta xsdar mgkn disbbkn tekanan dri suami tp alhamdullih dgn solat n istigfar byk2 sy dpt mengawal nya..so berpantang lah btol2 ya..n jgn byk pkirkn masalah.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.