Apa itu tiket Nuffnang dan cara nak hantar...

Assalamualaikum....

Kalau kawan kawan perasan saya ada up entry tentang tips untuk dapatkan CPUV/BE dari Nuffnang sebelum nih. Alhamdulillah entry sangat berguna untuk blogger blogger yang baru belajar tentang Nuffnang nih..(termasuklah saya masih lagi nak belajar dengan mendalam tentang Nuffnang nih)

Banyak jugak komen yang saya terima dan banyak banyak komen yang saya terima tuh, blogger CeqGu ada tanya saya apa itu hantar tiket? Ok, untuk pengetahuan CeqGu dan kawan kawan yang masih lagi nak belajar tentang Nuffnang nih, senang cerita saya terangkan dengan cara saya sendiri. Mudah difahami kan...Maksud hantar tiket tuh lebih kurang macam kita nak tanya pelbagai soalan ataupun kita nak menghubungi pihak Nuffnang. Sebagai contoh lah ye, macam kita lah kan kalau nak contact seseorang tuh mesti kita call, sms atau hantar email kan? So, hantar tiket nih lebih kurang kita tanya soalan melalui email kepada Nuffnang tapi perantaranya ialah tiket nih.

Bila banyak soalan yang korang nak tanya dekat Nuffnang, korang hantar aje tiket dekat diorang. InsyaALLAH diorang akan balas tapi dalam BI ye (Walaupun soklan korang dalam BM..huhuhu)

Cara nak hantar tiket

1. Korang bukak akaun Nuffnang korang di bahagian Home.
2. Scroll samapai kat bawah page Home tuh korang akan jumpa Contact Us.
3. Pastu akan kelaur macam dekat bawah nih.

4. Klik pada Blogger Enquiries/Suggestions.
5. Pastu, klik Next di bawah sekali. (Sorry saya tercrop plak huhuhu)
6. Pastu, akan keluar seperti gambar di bawah.

7. Lepas tuh, korang check lah nama dan email korang. Dah betul, proceed step seterusnya.
8. Korang masukkan Subject dan di kotak Message tuh korang taiplah apa apa soklan yang korang nak tanya. Then, bahagian priority tuh korang pilih lah nak LOW, MEDIUM atau HIGH.
9. Kemudian, korang masukkan word verification seperti yang diminta.
10. Akhir sekali, korang klik Submit yang tertera di bahagian bawah. (Saya tak boleh print screen sebab tak cukup ruang)

Nanti, lepas dah submit tiket tuh korang akan diberi nombor tiket untuk rujukan saja. Pihak Nuffnang akan terima tiket korang dan tiket korang tuh akan dijawab bila bila masa saja. So, rajin rajinlah semak email korang tuh ye...

Hope entry saya nih dapat membantu kawan kawan yang tak tahu especially CeqGu yang bertanyakan soklan tuh kepada saya. Thanks ye sudi tanya saya. Apa yang saya rasa saya boleh jawab, saya jawab ye...

21 comments:

  1. nice...utk mereka yg masih tak tahu lg kan..

    BalasPadam
  2. faham cikgu... ^_^ thanks for the tutorial... nice and good sharing... ^_^

    BalasPadam
  3. ha mana tahu bila antar tiket , mr nuff paham dan bermurah hati nak bagi BE kan ;)

    eh eh x cek lagi nuff diumah akak ;)

    BalasPadam
  4. info sgt berguna nieh...sbb kite pun xbrape nak paham ngan nuffnang..hehe

    BalasPadam
  5. tiket2x...hihihi..hantar jgn tak hantar..huhu

    BalasPadam
  6. dulu-dulu saya pon tak tau apa benda alah tiket ni. lepas baca dari blog2 otai nuffnang baru tau. huhuhu. sadis.

    BalasPadam
  7. bagus. untuk mereka yg tak tahu, mmg sgt membantu ni

    BalasPadam
  8. oryte dah biasa buat ttg nih..hihii great info.

    BalasPadam
  9. baru2 hantar tiket sbb cek nuff tak sampai2... huhu..

    BalasPadam
  10. dah antor dah.
    dah berbalas.sabaq je la..

    ke nak kena cash out dulu baru dorang nak bg BE/ CPUV ni?

    BalasPadam
  11. hehehe berguna jugak tanya soalan ni....thanks yer wakil nuffnang

    BalasPadam
  12. saya baru je nak terlibat dengan nuffnang ni.. pastu terbaca pasal hantar tiket..dalam kepala pk ape benda alah la tu.. so trus tanya uncle google n gladly found u..tq u so much for ur sharing!

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.