Amalan Murah Rezeki

Semoga pengisian berguna ini kita boleh amalkan sama sama ye :)..Saya nak share dengan kawan kawan 10 amalan murah rezeki...

1. Beribadah

Allah tidak akan sia siakan pengabdian diri hambaNya

2. Banyakkan beristghfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hambaNya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan hambaNya.

3. Berbakti kepada kedua ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambah rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibubapanya dan menyambung tali kekeluargaan.

4. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan sahaja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki.

5.  Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri.

6. Berpagi pagi

Menurut Rasulullah SAW, berpagi pagi (memulakan aktiviti harian sebaik baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

7. Menjalin silaturahim

Nabi SAW bersabda: "Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya, maka hendaklah dia menghubungi sanak saudaranya." (Riwayat Bukhari)

8. Amal kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu murahkan rezeki oleh Allah. Baginda SAW bersabda: "Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki."(Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

Post a Comment

29 Comments

  1. salam tahun baru ummi tuu yee.. eHHHee

    ReplyDelete
  2. thanx kak,,in shaa Allah, akan diamalkan bsame

    ReplyDelete
  3. Tq kerana post sesuatu yg bermanfaat. Sebenarnya kalau nak ikutkan ada banyak lagi. Pendekata, kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua, kan?

    ReplyDelete
  4. TQ sharing dik ..
    insyaallahhh ;)

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah akan amalkan.. tq kak!

    ReplyDelete
  6. bila baca rasa mcm senang jer nak buat..tapiiiiii...hehe

    ReplyDelete
  7. Salam ummi..thanks 4 sharing. insyaallah akan menjadi amalan seharian ♥

    ReplyDelete
  8. Sama2 kita amalkan, insyaAllah murah rezeki :D

    ReplyDelete
  9. Sama2 kita amalkan, insyaAllah murah rezeki :D

    ReplyDelete
  10. In Sha Allah. Semoga saya tidak leka dengan duniawi semata-mata.

    ReplyDelete
  11. Insyaallah... kita amalkan sama2

    ReplyDelete
  12. terima kasih share benda2 bagus macam ni:)

    ReplyDelete
  13. terima kasih utk perkongsian ni ye mimie.

    ReplyDelete
  14. ilmu utk hari ni..tq sharing ;-)

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah..TQ for sharing di hari Jumaat yg mulia ni..:)

    ReplyDelete
  16. sama2 kita amalkan,...insyaallah

    ReplyDelete
  17. jom same2x kita amalkan... :)

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com