8 panduan mudah kenali tanda bersalin


Sakit belakang – merupakan masalah utama wanita yang hamil dan masa yang sama merupakan salah satu petanda awal kelahiran. Sakit ini semakin lama semakin kerap dan kuat. Ia akan jadi teruk pada bahagian bawah belakang. Keadaan ini berlaku kerana bayi dalam kandungan beralih kedudukan dan menekan tulang belakang. Bagi mengurangkan rasa sakit, posisikan diri seperti merangkak kemudian angkat atau tinggikan badan ke atas. Lakukan sehingga kiraan lima. Ulangki langkah yang sama beberapa kali. Selain daripada itu, rasa kesakitan ini boleh dikurangkan dengan banyak berjalan. Malah membantu mempercepatkan proses kelahiran. Jika sukar berjalan, minta suami urut bahagian belaka semasa berbaring secara mengiring.

Kontraksi rahim – Merupakan tanda awal dan isyarat paling penting yang menunjukkan sudah tiba masa bersalin. Kontraksi adalah rasa tegang pada perut dan kadang kadang akan berasa sakit di bahagian tengah perut sehingga ke bahagian ari ari. Jika sudah mengalami kontraksi, cuba perhatikan dan catatkan jarak masa di antaranya. Kontraksi sebenar berlaku secara teratur pada jarak yang konsisten. Jika kontraksi yang dialami berlaku setiap 5 minit dan perut mengeras dalam masa 20 hingga 45 saat setiap kali, secara teratur dan kerap segera bergegas ke hospital dan boleh mendapatkan pemantauan daripada doctor yang memeriksa.

Bloody show – Segelintir wanita mengalami tanda berupa lender pekat bercampur darah yang keluar daripada faraj. Lendir ini merupakan pluk mucus seperti gam lekang yang kelaur dari laluan pintu rahim apabila serviks mula menipis. Apabila lender ini keluar, bererti bayi sudah bersedia untuk bergerak ke saluran peranakan. Lendir yang terhasil dapat menghalang sebarang kemasukan benda asing ke dalam serviks dan juga dapat menghalang kuman yang mungkin ada daripada mengenai bayi. Jika mengalami tanda sebegini. Tidak perlu tergesa gesa ke hospital kerana tanda ini mengambil masa tertentu sebelum melalui proses kelahiran. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin.

Pecah ketuban – Berlaku apabila ada lelehan air yang keluar daripada faraj dalam jumlah yang banyak. Air yang keluar itu seharusnya jernih dan tidak berwarna. Sebaliknya jika air berwarna hijau, menandakan bayi sudah membuang air besar ketika masih dalam kandungan. Ramai wanita yang keliru antara air ketuban dan air kencing. Air ketuban keluar tanpa mengalami rasa ingin membunag air kecil. Air ini berwarna jernih dan tidak berbau manakala air kencing berwarna kuning dan berbau hancing. Apabila mengalami tanda seperti ini, sebaik baiknya segera ke hospital. Jika dibiarkan terlalu lama boleh mneyebabkan jangkitan kuman. Menurut kajian, kebanyakan wanita tidak pecah air ketuban sehingga saat saat akhir dan apa yang kerap berlaku ialah doctor akan memecahkan air ketuban.

Serviks terbuka – Sebaik kontraksi berlaku, pangkal rahim akan jadi lembut dan lebih nipis. Walau bagaimanapun, hanya doctor yang berupaya mengetahui perubahan serviks semasa pemeriksaan faraj dilakukan. Pembukaan di bahagian pangkal rahim dapat dikesan dengan skala 1cm hingga 10cm.
Perut memulas – Disebabkan bayi sudah mula berherak ke saluran peranakan, ia akan memberi tekanan kepada saluran yang dikhususkan untuk membuang air besar, Sesetengah wanita akan mengalami keadaan di mana kerap ke tandas kerana terasa ingin mebuang air besar. Adalah dinasihatkan agar berhati hati dan prihatin dengan tanda tanda ini kerana dikhuatiri timbul kejadian tidak diingini seperti bersalin di dalam tandas dan seumpamanya.

Perut “turun” – Perut akan kelihatan membuncit di bahagian bawah manakala bahagian atas terasa ringan atau kosong. Keadaan ini menunjukkan bayi sudah mula turun ke bawah dan memasuki saluran peranakan. Biasanya berlaku di sekitar dua minggu sebelum kelahiran.

Kerap membuang air kecil – Apabila bayi mula bergerak ke bawah, sudah pasti akan memberi tekanan pada pundi kuncing. Sebab itulah, kekerapan hendak membuang air kecil akan mula dirasai.


*Amalan sepanjang menunggu bersalin

Mengamalkan surah Maryam, surah Al-Anbiya’ ayat 87, surah Al-Baqarah ayat 255, surah Al-A’raf ayat 54, surah Al-Falaq dan surah An-Nas.

Mengamalkan zikir Asmaul Husna : Ya Dzal Jalaali Wal Ikram yang bermaksud Yang MAha Memiliki Keagungan dan Kemuliaan.

14 comments:

  1. sy bru ade tanda sikit2..hihihihi...kames ni nak blik johor, semoga sempat :)

    BalasPadam
  2. info yang sangat berguna Mimie... thanks for sharing...boleh ingat dan semat dalam hati ni... supaya nanti x der la jakun sangat... he he he...

    BalasPadam
  3. saya dulu perut sakit mcm senggugut tapi tak tau pon itu tanda2 nak bersalin. huhu. nasib baik semua selamat.

    BalasPadam
  4. Share yg bagus Untuk ibu2 yg sedang menunggu hari..teringat lak time cheqkaq dulu..berdebar2 sentiasa walaupun anak kedua..hehe

    BalasPadam
  5. tanda awal sy bersalin ialah keluar lendir bercampur darah dan pecah ketuban..

    BalasPadam
  6. good info...nak mintak izin share kat blog bleh tak....nak simpan utk panduan esok2 kalau pregnant lagi hehehe...harap2 adala rezki firas dapat adik

    BalasPadam
  7. Wish I got this info masa nak bersalin dulu. Punya haru takder experience.

    BalasPadam
  8. teringat pula saat melahirkan baca entry akak ni

    BalasPadam
  9. sekarang ni tengah tunggu hari je nak bersalin..... due date 4/4... sekarang ni rasa tak selesa... pangkal peha sakit je... pinggang toksa cakap, duduk n baring memang tsk selesa...

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.