7 cara kempiskan perut


1. Minum banyak air masak - Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebuh efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan perlahan-lahan - Ketika makan, kita tidak digalakkan makan secara cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus akan membentuk gas yang menggalakan perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga hancur juga tidak dapat dicerna dengan sempurna seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan garam dalam makanan - Terlalu banyak garam ketika proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan proses mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas gas yang terbentuk.

4. Makan makanan penuh serat - serat adalah elemen terpenting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan makan sayur sayuran hijau dan buah buahan seperti epal dan pear dapat membantu.

5. Kesan pengambilan ubat - Ada kajian mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat ubatan menjadi salah satu perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap diambil akan menyebabkan timbul penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit - Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dlam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Kesan daripada penyakit ini, perut akan mengumpul gas gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan, serat adalah digalakkan.

7. Lakukan senaman atau sukan - Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan, selain bagus untuk pembakaran dan memecahkan lemak. Bersukan akan membantu mengaktifkan cairan berlebihan dalam perut kemudian dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Seterusnya mengekalkan bentuk tubuh badan seseorang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Nota kaki* Untuk peringatan diri sendiri jugak. Thanks kawan kawan yang tanya kesihatan saya. Saya masih tak sihat. Batuk, selsema dan demam. Doakan saya cepat sembuh ye...

25 comments:

  1. itulah masalah yg kite tgh hadap skang nie..ehhh, kantoi plak..hehehehe

    BalasPadam
  2. nombor tujuh tu jarang-jarang nak buat...hehehe

    BalasPadam
  3. Selalu mkn cepat lebih2 bila anak kecik meragam...huhu...camna nak kempis perut

    BalasPadam
  4. amboi besar betul gambar tu dear... saya pun masih batuk lagi...anyway, get well soon... take care kay...

    BalasPadam
  5. Tq sharing ya.. Semoga cepat sembuh ya... ubt jgn lupa mkn tau :D

    BalasPadam
  6. bila perut buncit, orang akan brtanya, mengandung ke? itu soalan maut...heeee

    BalasPadam
  7. Perut saya memang dah kempis ☺☺

    Semoga cepat sembuh.

    BalasPadam
  8. ahhaha suke tips nie ..
    kena sgt2 ngan wanita2 yg ter"buncit" ekek ;)

    ps : puas tunggu iklan .. awat x kuar erkk mimie huhuh

    BalasPadam
  9. hehehe..bab nk minum air byk tu yg kdg2 x terminum..

    BalasPadam
  10. alahai..mungkin kah perut cheqkaq akan menjadi sebesar ini nanti?huhu

    BalasPadam
  11. kakak saya rajin makan teh hijau.. lawas sangat katanya..skang tengok da makin slim dia..hihi..

    BalasPadam
  12. tips yang sangat berguna. kena bagitau encik suami ni. hehehe.

    BalasPadam
  13. moga cepat sembuh yea
    byk tips berguna ni. kena amalkan supaya perut tak buncit..hehe

    BalasPadam
  14. selalu makan cepat2 sebab kena layan anak-anak yang bermacam ragam

    BalasPadam
  15. n8ce sharing kak..alhmadulilah perut dq stil maintain..hehee

    BalasPadam
  16. Nak kempiskan macam susah je. Tapi kalau kita displin, Insyaallah berjaya :-)

    BalasPadam
  17. apesal no 7 tu culas sgt ye nk buat...huhuhuhu

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.