:: 16 FAKTA MENARIK TENTANG BAYI ::

Mesti seronok kan kalau ada baby....Geram aje tengok telatah diorang....huhuhu...Saya nih tak sabar nak tunggu tahun depan nak pregnant lagi kalau diizinkan....InsyaALLAH mudah mudahan....

Apa kata kita baca fakta menarik tentang bayi yang mungkin kita tahu dan tak tahu.....

 Aina


Auni
Saja tempek gambar budak tecik dua orang nih...

1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.

2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

9. Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

20 comments:

  1. betapa indah dan sempurnanya ciptaan Allah..... kagum :)

    BalasPadam
  2. Yang no 16 tu baru tahu tapi tak tergamak pulak suruh dorang menyelam....huhu

    BalasPadam
  3. ala tomey2...geram pulak aunty tengok... ^_^ thanks for sharing the info and semoga diperkenankan impian untuk dapat baby lagi next year...Amin...

    BalasPadam
  4. kak ina sk baca cite ttg baby camni.. rs mcm sntiasa je nak ada baby... heheh

    BalasPadam
  5. erm.. akak baru tahu bayi mempunyai 300 tulang.. & tidak ada kepala lutut.. besarnya kuasa Allah...

    BalasPadam
  6. geramnya tgk pic diorang... teringat balik masa anak2 br lahir..

    BalasPadam
  7. bila tengok baby camgini .. teringin lak nak baby baru... cewah leh tak gitu.... hahahah.. poyo aje kannnn...

    BalasPadam
  8. nak jugak.. sentiasa berdoa moga ada rezeki.. akak doakan Ros ye :)

    BalasPadam
  9. baca dengan mulut terlopong. Thanks for sharing.

    BalasPadam
  10. fakta yg menarik pasal baby..terasa nk ada baby lg la

    BalasPadam
  11. thank for sharing..
    subhanallah...begitu menarik ciptaan Allah yg berada di dalam perut kite sebenarnya

    BalasPadam
  12. besarnya ciptaan Allah..bayi dalam perut duk dalam air la kan? air ketuban tu kan? kalau kita ajar diaorang berenang dari kecik boleh ke??mcm anak datuk sheikh muzaffar tu

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.