Khamis, 3 Januari 2013

10 sebab yang merosakkan otak

1. Tidak mengambil sarapan

Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan

Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental.

3. Penghisap rokok

Asap rokok akan mengakibatkan sel sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Pencemaran Udara

Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan loksigen ke otak dan keaktifan otak.

5. Pengambilan gula yang berlebihan

Pengambilan gula secara berlebihan akan menganggu proses penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

6. Terlebih tidur

Tidue adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel sel otak kita mati.

7. Menutup muka semasa tidur

Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak menerima karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita kurang sihat

Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel sel otak.

9. Kurang berimaginasi

Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurang berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir

Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak.

10 ulasan:

  1. aiii kena byk berimaginasi la lps ni hihi

    BalasPadam
  2. imaginasi ..nak imagin la pas ni...hehehe...nak imagin makanan best2...fuh sedap

    BalasPadam
  3. takut lak baca. banyak jgk yg cikna suka buat ni.

    BalasPadam
  4. oh..jrg berfkir pun boleh merosakkan otak ka hehe

    BalasPadam
  5. ooo..elok rupanya berimaginasi..tapi yg elok sajalah kan..

    BalasPadam
  6. sarapan...? erm..kena pbaiki lg lpsa nih ^_^ thanks kak mimi info menarik ni..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.