Selasa, 31 Disember 2013

"Siiiikitttt aje Ummi"

7:06:00 PTG 8 Comments

Malam semalam punya kisah..Masa tuh ai duk lepak tengok instagram. Lepas tuh anak manja ai Auni datang menggesel gesel kat ai...Dia kalau dah start manja manja ala meow meow gediks ruh maknanya nak susu lah tuh..

Siap cakap kat ai "Ummi...nak susu." Bila dia mintak susu otomatik lah kena bubuh milo sekali tapi ai kan jenis tak galakkan anak anak minum milo sangat lah..Bukanlah tak bagi langsung bagi jugaklah tapi tak kerap sangat..Auni nih dia memang tahu ai nih bab bab nih memang tegas sikit...Awal awal dia cakap kat ai apa tau "Nak siiiikiiiittt je Ummi" sambil jari telunjuk dirapatkan dengan ibu jari..Ai tanya apa yang nak sikit..Auni jawab "Milo"..

Ai cakap tak payah lah milo..Pastu dia sambung cakap "Aaaaa.....siiiikiiiittt je Ummi...siiiikiiiittt je" Lahai geram pulak ai dengar suara conek dia merayu tuh...Tergelak terus tengok fiil Auni yang semakin hari semakin bijak..

Lunch @ Mydin Seremban 2

4:08:00 PTG 9 Comments

Hahhhhh mentang2 esok cuti kemain ai berjalan sakan hari nih..hahaha...Sebenarnya hari nih kuar pergi tempah baju korporat untuk kawan kawan ofis yang takde baju korporat lagi..

Lepas tuh singgah Mydin 2 makan tengahari. Ai makan Crispy Chicken Black Pepper Rice..Betul ke tak la nama menu nih hentam ajelah..hahaha..Lepas makan, solat pastu balik ofis. Kang bos carik lak..hehehe

Isnin, 30 Disember 2013

Testimoni Ephyra - Kotak trial

3:17:00 PTG 12 Comments

Assalamualaikum...

Sorry koranggggg lambat up entry pasal testimoni Ephyra yang ai consume baru baru nih..Jom baca testimoni ai yang consume Ephyra selama 8 hari nih...

Pic ai kat bawah nih lepas consume Ephyra 8 hari. Tapi bab kecerahan muka tuh jangan korang fikir saya consume Ephyra 8 hari dah cerah ye...No no no...Muka saya cerah sebab saya consume skincare..Luaran dan dalaman kena jaga kan...


Alhamdulillah selama 8 hari ai amalkan Ephyra kesan yang memang sangat sangat buat ai kagum okey...Sekotak Ephyra trial ada 10 sachet..Pada awalnya ai memang dah plan satu sachet satu hari...Tapi untuk dua hari dalam tempoh ai minum Ephyra tuh ai minum sehari dua sachet pagi dan malam...Gelojoh okey tak sabar nak dapat kesan cepat...Alhamdulillah tak sia sia beli Ephyra. Nak nak rasanya sangattttt seeedapppp macam rasa sugus oren...

Selama 8 hari ai minum Ephyra nih ada tiga kesan positif yang ai dapat rasa tau..Sangat suka dengan perubahan yang ai dapat..Antara kesan yang berlaku selama 8 hari ai consume Ephyra ialah :

a) kulit muka lembab - yang nih memang tak dapat disangkal lagi..Kalau duduk duduk rehat kat rumah tuh tangan mesti gatal mesti nak usap usap pipi banyak kali sebab soft dan lembab aje..Terasa kulit macam baby aje..Tapi ai kategori baby tua..hahaha...

b) pembuangan air besar lawas - ai nih memang jenis buang 2,3 hari tau...Kadang kadang memang kena sembelit..Seksa ooo..Macam macam ai makan dan minum nak bagi lawas. Alhamdulillah lepas consume Ephyra nak buang air besar lawas sangat sangat...Hilang terus takut kat sembelit..

c) rambut kurang gugur - Alhamdulillah nih antara masalah yang saya nak selesaikan. Kurangkan masalah rambut gugur..Bohonglah rambut langsung tak gugurkan..Masih ada tapi kuantiti keguguran rambut kuranglah..Kalau tak naik berbulu aje mata ai nih tengok kat lantai rumah rambut bersepah sepah..

Nih antara kesan positif ai dapat bila consume Ephyra selama 8 hari. Nih baru consume yang hok trial tau belum lagi yang premium..Lepas nih sambung premium pulak..

Yeayyy!! Kasut order dari Zalora Malaysia dah sampai

10:05:00 PG 24 Comments
Assalamualaikum...

Ingat tak kat entry sebelum nih ai share pasal order kasut kat Zalora guna baucer RM50 tuh..Alhamdulillah kasut tuh dah pun selamat sampai kat tangan ai pagi tadi...100% puas hati dengan condition kasut tuh...

Apa yang ai nak puji Zalora nih ialah servisnya yang pantas dan terbaik..Siap sertakan sekali plastik poslaju dan borang poslaju untuk return barang kalau tak puas hati..So far, ai puas hati. Dapat kasut tadi terus ai ngetest pakai..Hahahaha..Daku tinggi persis model..Kemain tinggi. Yang penting kasut tuh ringan dan best dipakai. Tapi nak pakai time jalan dengan incik hubby kirim salam lah kan...Memang tak lah..
Lepas nih boleh shopping lagi kat Zalora Malaysia sebab ada dua baucer disertakan sekali..Satu diskaun 10% satu lagi diskaun RM25.00. Lepas nih nak beli kasut lain pulak..Banyak kasut boleh tukar tukarkan taklah pakai kasut yang sama tiap tiap hari..


Saiz 40 atau 8....Kaki ai memang gabak..miahaha


Pandangan dari sudut tepi...Tinggi tak??

Ahad, 29 Disember 2013

Maixara Slim Look Slimming & Firming Lotion

2:09:00 PTG 11 Comments

Entry promo produk....

YES sempena Tahun Baru 2014.. Meh meh kawan kawan meh rapat rspat..Ai nak promote satu produk Maixara nih iaitu Slimming & Firming Lotion...

Ada masalah selulit, senggugut atau lemak lemak degil berlebihan? Mai lah cuba produk nih yang ternyata berkesan..Banyak testimoni yang berjaya tapi ai tak masukkan testimoni sebab nanti kena saman testimoni orang..hahaha...

Korang jangan salah faham pikir ai yang jual tau..Tak tak sebenarnya kawan ai yang jual..Ai tolong promote kan aje.(ai tokei bedak sejuk Azza Elite ajo)Untuk pengetahuan korang harga pasaran RM89.00 tapi kawan ai bagi harga kasih sayang cinta abadi tau..Dia jual RM60.00 saja free postage..hahaha murah tak murah tak...

Kalau korang berminat boleh wassup ai...In shaa Allah jawapan yang sepantas kilat ai bagi kat korang..No telefon ai tertera di sebelah side bar...

Okbai..

Sabtu, 28 Disember 2013

Bila dibolehkan membuka aurat

9:05:00 PTG 6 Comments

Soalan : Syaikh Muhammad bin Ibrahim ditanya : Bila aurat dibolehkan untuk dibuka?

Jawapan : Aurat hanya boleh dibuka kerana adanya penyakit yang membahayakan.

Adapun ungkapan,"Boleh membuka aurat untuk pengubatan" ertinya boleh hingga aurat yang berat tetapi aurat yang berat ini hanya dibolehkan untuk dibuka dengan sebab suatu penyakit yang sangat berbahaya dan ditakutkan boleh menyebabkan meninggal atau semakin parahnya penyakit tersebut. Adapun sakit yang ringan tidak termasuk dalam ungkapan tersebut. Yang dimaksudkan di sini adalah aurat wanita dan lelaki dengan catatan bahawa yang dibolehkan melihat aurat wanita hanyalah kaum wanita sendiri.

Memang pada dasarnya aurat wanita tetap dianggap sebagai aurat di hadapan wanita lain akan tetapi lebih ringan dibandingkan dengan di hadapan lelaki kerana penyebab timbulnya fitnah, tidak ada dalam diri wanita apabila melihat pada aurat wanita lain. Maksud dari segi pengubatan di sini adalah pengubatan dari suatu penyakit. Sedangkan untuk tujuan menambah kekuatan dan masalah ini banyak orang dilalaikan, maka misalnya seorang lelaki membuka peha lelaki lain kerana sakit yang ringan atau tujuan untuk menambah kekuatan merupakan suatu kerosakan dan kejahatan yang besar. Ini telah menjadi perkara yang biasa dilakukan manusia tetapi ini adalah kebiasaan yang dilarang oleh syarak, meski banyak dilakukan manusi.

Sumber : 1001 Soal Jawab Agama Umat Bertanya Ulama Menjawab

Shopping at Zalora Malaysia

9:41:00 PG 11 Comments

Assalamualaikum...

Selamat bersaturday tau korang..Cuti nih pergi mana? Ai duduk rumah aje macam biasa jalankan tanggungjawab sebagai partime housewife hahahaha...Hari lain ai bekerja..Kuang hajo statement cakap diri sendiri partime housewife...

Okey back to the main point..Semalam dah dapat email dari Zalora. Item yang ai order dah pun shipping out. Maybe Isnin sampai lah sebab ai guna alamat pejabat...Tak sabar nak dapat kasut baru..mihmihmih...Beli guna baucer RM50 yang ai dapat dari Zalora. Baucer RM100 baru baru nih still tak dapat lagi. Dah email diorang hopefully will hear from them soon!!

Nanti ai update kasut apa ai beli ye..Wedges ok...Sesekali nak merasa pakai kasut tinggi sebab ai tak tinggi mana pun kan..163cm je kot...Teringin nak tinggi macam model..Nak beli kasut mahal mahal tak mampu..Bila dapat baucer free gunakan sebaik mungkin...Lepas tolak amaun baucer just tambah RM10 je..RM5 baki harga kasut + RM5 shipping cost..Servis Zalora memang cepat..Congratulations Zalora.

Jumaat, 27 Disember 2013

Khamis, 26 Disember 2013

Tebaloi import khas dari Sarawak

3:46:00 PTG 16 Comments

Alhamdulillah...

Tebaloi dah selamat sampai kat tangan ai...Terima kasih Niesa sebab sudi bagi tebaloi kat akak..Ai dapat 4 bungkus tebaloi, 1 kaler putih, 1 kaler hijau dan 2 kaler kuning. Dah selamat masuk perut pun..Dah share share dengan officemates. Sedap tau rasa tebaloi nih..Macam sagun tau rasa dia..Bezanya tebaloi nih bentuk segi empat dan makan macam keropok..

Lepas nih nak order tebaloi lagi nak letak dalam goodies bag untuk bezday Aina bulan satu nanti..

Album kahwin adik saya dah siap

12:07:00 PTG 10 Comments

Assalamualaikum...

Setelah berbulan bulan lamanya menunggu akhirnya siap juagk album gambar adik ai..Ada masalah yang timbul tak dapat dielakkan..Walaupun macam macam yang jadi siap jugak..Sangat puas hati..Kulit album kaca tuh..Ai tengok sangat jealous sebab album kahwin ai biasa je...Asalkan ada kan..

Chef Aina in the house

9:18:00 PG 12 Comments

Bukan main seronok lagi Aina dapat mainan baru..Bukan main lagi gaya dia tengah memotong...Laju aje...Macam gaya chef popular...Geram pulak saya tengok gaya dia memotong..Dah siap potong konon kononnya masuk dalam kuali siap kacau lagi..hahaha..Macam macam perangai anak anak nih...Terhibur aje tengok.

Rabu, 25 Disember 2013

Tips bahagia rumah tangga

11:25:00 PTG 5 Comments

Jom baca tips bahagia dalam rumah tangga. Siapa tak nak bahagaiakan..Semua nak bahagia..Jom jom baca tips bahagia nih.

a) Bahagiakan diri dahulu
- Apa yang ai faham dari pembacaan, kita kena bahagiakan diri sendiri. Caranya kena cari ketenangan supaya kita boleh bagi yang terbaik dalam setiap segi dalam rumah tangga. Kena take time untuk muhasabah diri dan control fikiran dan perbuatan untuk hal yang baik aje. Sebabnya senang aje. Minda bawah sedar yang positif akan lahirkan aura yang positif. Yang paaalingg penting hubungan dengan Allah kena jaga.

b) Hormat
- Hormatlah pasangan korang dan hargai setiap apa yang dilakukan. Ucap kata kata yang sopan dan penuh kasih bila berkomunikasi dengan pasangan. Elak dari merungut, mengeluh dan memperkecilkan kewibawaan pasangan. Elak dari menuturkan kata kata kesat ketika bertengkar.

c) Memberi
- "Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima"..Pernah dengarkan peribahasa nih..So, start dari sekarang tumpukan kepada apa yang orang nak daripada kita. Bukannya apa yang kita nak daripada orang. Jangan letakkan syarat bila pasangan beri hadiah baru kita bahagia. Kebahagiaan akan dirasai apabila kita memberi bukan menerima. Memberi bukan kebendaan semata tapi ucapan terima kasih, pujian atau bantu ringankan beban mengurus kerja kerja rumah.

d) Fokus kebaikan
- Syarat penting nak beroleh bahagia sila abaikan kata kata negatif orang lain terhadap rumah tangga kita..Pedulikan apa yang diorang cakapkan...Yang penting kita tahu siapa pasangan kita. Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan masing masing. Terima seadanya in shaa Allah korang akan feeling bahagia punya..Persetankan apa orang lain kata sebab diorang tak ada kat tempat kita...

e) Positif
- Sentiasa beri kata kata positif dan dorongan kepada pasangan. Sokong pasangan dalam apa jua bidang yang diceburi.

f) Berkorban
- Korbankan ego dalam rumah tangga. Belajar merendah diri dengan pasangan, bertolak ansur dan sentiasa bersifat empati. Kalau bertengkar atau berselisih faham beri pasangan peluang untuk menang dan berdiam serta bersabar.

g) Doa
- Jaga hubungan dengan Allah dan buat segala suruhanNya. Doakan kebahagiaan pasangan dan keluarga korang. Doa mampu mengikat kasih sayang secara kerohanian antara kita dan pasangan.

h) Ikhlas
- Tanya diri sendiri apa tujuan berkahwin? Jika selain dari mencari keredhaan Allah perbetulkan niat dalam rumah tangga. Lakukan setiap perkara dengan ikhlas kepadaNya in shaa Allah dipermudahkan.

Isnin, 23 Disember 2013

Cheese Cake Leleh Blueberry yang melting dan super sedap

4:39:00 PTG 17 Comments
Ahad semalam ai pergi Mydin Seremban 2..Tujuan utama nak pergi sana sebab nak cod bedak sejuk dekat customer dan masa yang sama nak ambik cheese cake leleh kat dia..Customer ain nih buat bisnes kek dari rumah tau..

Serius ai tak pernah pun makan cheese kek leleh nih sebab macam rasa muak je kan banyak cheese bagai. Tapi dah nama pun hantu cheese kan ai redah aje hokey..Yang bestnye ai beli satu tapi akak nih bagi free satu..Alhamdulillah murah rezeki kak Atiq..

Balik rumah terus ngap..Tak sabar punya pasal tapi ai tak makan habis pun...Yang habiskan Aina dan Auni...Diorang nih memang hantu kek..hahaha..Memang sedap tau korang..Sesiapa nak order boleh terjah kat instagram kak Atiq @suteraqaseh1310...Macam macam kek dia buat tau..Yang bestnya kak Atiq nih peramah tau..Lepas nih boleh order kek kat dia lagi..Walaupun ai tahu buat kek tapi kalau dah dasar pemalas tuh order jela kan senang..


Nampak tak siap ambik angle yang dekat lagi nak bagi korang nampak cheese tuh..hehehe


Budak kecik dua orang nih sampai jilat sudu...Kemain sedap gamaknya...


Nih lah customer ai merangkap tuan yang jual kek tuh...Ntah apa ke pelik pic nih sebab mata kiri ai macam mata hantu..hahaha...

Ahad, 22 Disember 2013

CPUV/BE INTI Cycle 1 Degree Exten...

10:55:00 PG 12 Comments

Alhamdulillah masih ada rezeki..Terima kasih Nuffnang sudi beri CPUV/BE INTI Cyle 1 Degree Exten... untuk blog ai..Ingatkan dah takde cpuv/be baru lepas dah cashout..Rupa rupanya ada lagi...Syukur...

CPUV/BE Q3 Roaming tuh pulak ingatkan dah kaku macam tuh je tapi Alhamdulillah amountnya meningkat jugak..Sikit atau banyak tetap rezeki kan...Rezeki lebih mengetahui "siapa" tuannya kan...

WHOHAA.COM - Kumpul points dan redeem barang

8:41:00 PG 10 Comments

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu korang..Apa plan korang hari nih..Hari nih ai kena singgah Mydin Seremban 2 nak cod bedak sejuk dan ambik cheese cake meleleh yang ai order..Lepas tuh rushing balik PD jap nak hantar barang pakcik ai..Sebelum pergi harus kemas rumah apa yang patutkan...

Ok stop merepek..Hari nih ai nak kenalkan korang satu laman web yang super awesome lagi gempakkk..Rasanya ramai masih tak tahu pasal web nih..Ada yang dah tahu bagus..Ai berani katakan yang korang sukakan kumpul points pastu redeem barang yang korang suka..Siapa tak suka kan..Kerja senang aje kot..Jawab soalan dapat points pastu kumpul sampai korang dapat redeem barang yang korang nak..

Pernah dengar WHOHAA.COM? Laman web nih merupakan web yang mengumpulkan pelbagai iklan tentang produk kecantikan, pelancongan, automotif, agensi agensi kerajaan, perbankan, kraf dan banyakkkk lagi lah..Semuaaaa ada kat sini...Korang just klik je iklan yang korang nak jawab survey tuh..Tengok dengan teliti, jawab dan korang dah dapat points..

Bila dah dapat points korang tengok barang barang kat bahagian redeem tuh..Let say korang nak redeem Samsung Galaxy Camera tuh..Korang klik aje..If points korang dah cecah 190000 baru boleh redeem..Tak cecah 190000 jangan nak mengada pergi redeem..hahaha..Selain tuh korang boleh redeem baucer dari Jusco, KFC dan macam macam lagi lah..Sekarang punya masa kan semua barang naik kan..Hah nih lah satu cara korang boleh dapatkan baucer free dan boleh save kan duit korang kan...

Hahhh..mesti dah suka lah tuh..Tak sabar nak register la tuh..huhuhu...Ok kalau korang suka dan nak join korang klik nih ---> REGISTER

Ai berani jaminlah korang mesti meroyan punya...Hari hari mesti nak bukak sebab nak jawab survey dan kumpul points..Kat mana mana saja korang boleh jawab tau..Tak kira masa tak kira tempat..Hah apa tunggu lagi meh register cepat..Free je pun nak register...Rugi tau kalau tak register...

FREE REGISTER WHOHAA.COM

Sabtu, 21 Disember 2013

Produk yang saya guna untuk muka dan badan

9:28:00 PG 5 Comments

Nak share ler kan produk yang ai guna untuk muka dan badan kan..Macam yang korang tahu sebelum nih kan ai jadi raksasa jadian kan..Chicken pox yang super scary tuh...Memang scary muka ai kalau tengok time tuh..Kalau Hantu Kak Limah tengok muka ai time tuh kompom dia lari tak pandang kiri kanan atas bawah dah..Nampak nampak nampak tak? Ai cuba terangkan kat korang tahap keterukan muka ai time tuh..

So, macam macam cara ai guna tau...Antaranya petua orang orang tua gunakan daun cermai di blend dengan beras..Buat bedak sejuk sapu dekat bekas bekas chicken pox...Yang penting rajin amalkan in shaa Allah hilang bekas tuh..Tapiiii dah nama pun dak mimi besau pemalasnya kan pakai bedak sejuk cermai separuh jalan ajelah..Lepas tuh mula memekak muka dah tak natural beauty..Sendiri malas lepas tuh nak bising..Tak semenggah perangai..

Sampailah ai jumpa satu produk bedak sejuk magik yang dah siap bancuh bagai..Just tepek tepek kat muka..Apa lagi kan kalau bukan bedak sejuk Kak Azza Elite...Bukan setakat hilangkan minyak kat muka, jerawat, resdung semua..Elok jugak hilangkan bekas parut dan luka..Bedak sejuk nih selalunya pakai time malam sebab siang ai bekerja kan..Siapa nak try boleh wassup saya..Nombor ada kat sidebar tuh..Sempat promote bisnes hahaha..Ok enough mengarut sengal ai nih...Selain bedak sejuk tuh, ai guna skincare Dnars..Keluaran bumiputera dan yang penting ada kelulusan kkm...

Untuk badan pulak ai pakai sabun susu beras kolagen keluaran K Brothers. Alhamdulillah walaupun sabun nih murah tapi serasi dengan ai okey..Jangan tak tahu kawan kawan ai ramai guna sabun nih..Memang elok tau..Beli sedozen tau..Dah kotak kelima pun ai guna dan alhamdulillah bekas bekas chicken pox semakin pudar dan kulit ada cerah sikit..Walaupun beri kesan yang lambat tapi ai like okey!!!

So, nih lah produk yang ai guna untuk luaran ai..Dalaman ai pulak, before this ada jugak makan beberapa supplemen tapi takde keserasian so decide nak try satu produk nih. Apalagi kalau bukan Ephyra kan..So, tak boleh nak bagi komen secara details sebab baru nak try..Nanti ai update later la ye...

Bubur ikan bilis yang simple dan sedap

9:27:00 PG 10 Comments

Nak share dengan korang resipi bubur yang simple ciptaan ai yang bajet terhangat di pasaran...mihmihmih

Macam biasalah kan saya jenis masak nih tengok bahan bahan apa yang ada kat dapur...Asal ada janji halalan toyiban kan..

Bahan bahan

Beras
Ikan bilis yang ditumbuk
3 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
Lobak dipotong dadu
Kacang buncis potong kecik kecik
Minyak
Air
Sedikit garam dan perasa
Telur

Mula mula tumis bawang merah, putih dan ikan bilis yang ditumbuk..Tumis hingga garing..Masuk lobak, kacang buncis.Gaul gaul pastu masukkan air..Kacau sebati masukkan beras yang dah dibasuh...Biar sampai masak...Last seekaliii baru masuk sedikit garam dan serbuk perasa..Jangan bubuh banyak kang masin lak sebab ikan bilis kan dah ada rasa masin masin kann.Pastu telur tuh korang masak ikut taste anak tekak ye..Nak buat telur rebus?Telur hancur?ikut lerr kan...Macam ai suka telur goyang a.k.a putih goreng yang kuningnya still cair...Perghhh terbaik...

Memang sedap tau korang makan time panas panas..Melepur mulut mengelupur cari air sebab panas..hahaha

Jumaat, 20 Disember 2013

Ephyra - Percubaan kotak pertama

5:08:00 PTG 6 Comments

Alhamdulillah ai dah selamat terima Ephyra yang ai order daripada kak ina a.k.a blogger IntaNBerliaN...Untuk pertama kali nih ai order trial set dulu..Walaupun kelebihan Ephyra nih tak dapat disangkal lagi tapi ai tetap nak beli trial jugak...Lain orang lain hasilnya kan..

Sebelum nih ada jugak amalkan supplemen nih tapi dah stop since puasa lepas..Nak sambung balik bapak pemalas ai nih..So, nak try pulak Ephyra nih sebab banyak kelebihannya kannnn..Malam.nih bermulalah cabran 10 ari bersama Ephyra..Satu paket satu hari..No carbonate drinks, no caffeine and yes to sky juice...hehehe..

Chaiyok chaiyok chaiyok....

Khamis, 19 Disember 2013

9 amalan trimester pertama

10:21:00 PTG 8 Comments

Buat ibu ibu mengandung dan tak lupa juga mummy to be..Hope info yang ai share nih berguna buat korang hasil pembacaan ai dari Majalah Pa&Ma..

1. Cari maklumat - Dapatkan formasi sebanyak mungkin mengenai apa yang akan korang hadapi dari trimester pertama sampai trimester akhir kehamilan..Boleh dapatkan dari surat khabar, televisyen, majalah, internet dan sebagainya. Sambil korang ngadap blog korang ringan ringankan jari cari kat tok google pasal kehamilan. Rasanya banyak kot blog yang share pengalaman masa mengandung kan dari duk tengok youtube atok atok yang tak semenggah tuh...Eeeuuuwww efek kat baby nanti..Menyampah ai tau so annoying betul!!!

2. Jaga dehidrasi - Banyakkan minum air suam, susu atau jus buah segar memandangkan kebanyakan ibu hamil akan sering mual dan muntah pada trimester pertama yang menyebabkan dehidrasi. Selain daripada tuh kalau korang minum air secukupnya dapat mengelakkan korang dari sembelit. Jangan nak menggatal minum air berkarbonat cth F&N yang banyak perisa tuh..Alasan yang tak boleh terima kan bila orang jawab ala air nih buah gak bezanya air nih air gas jer..Jer ko cakap? Nak jer aku sungkit hidung ko Jenab!!

3. Makan secara sihat - Tak perlu makan untuk 2 orang!! Hahh yang nih kerap ai dengar ibu ibu mengandung makan banyak sebab makan untuk 2 orang..Banyaklah ko makan untuk 2 orang padahal dah ko memang jenis kuat makan, ko babitkan anak ko yang tak tahu apa apa...Mohon jangan terasa pulak ye..Ai bukan tuju kat awak, kamu, ko, kau, mu ye..Nih secara general..Kalau tak boleh terima sila klik X ye. Untuk pengetahuan korang keperluan tenaga tak berubah dalam tempoh 6 bulan pertama korang mengandung. Hanya akan meningkat sedikit dalam tempoh 3 bulan terakhir iaitu 200 kalori sehari. Korang kena make sure diet korang ada banyak buah buahan, sayur sayuran sekurang kurangnya 5 hidangan sehari. Sarapan berasaskan karbohidrat macam roti, pasta dan nasi. Protein macam daging, ikan, telur, susu dan produk tenusu setiap hari jangan pulak korang buat derk plak..Kena ambik jugak ye ibu ibu Yong semua.

4. Elak penyebab muntah - Hah korang yang mengandung tuh mesti ada rasa nak muntah semendang aje kan. Korang disyorkan jauhkan diri dari bau busuk bancin a.k.a yang memang tak boleh diterima lubang hidung korang tuh. Jangan lupa biasakan diri berus gigi lepas makan. Selain daripada tuh cara korang nak elak mual bangun perlahan lahan daripada keadaan baring dan jangan nak gatal lakukan secara spontan. Selain tuh makan sekerap mungkin tapi dalam kuantiti yang sikit. Jangan pulak korang bantai melantak penuh sepinggan pastu kerap pulak..10 minit sekali korang melantak memang jadi bear lah jawabnya.

5. Pemeriksaan antenatal - Rasanya semua ibu ibu mengandung tahu kesihatan korang dan anak yang korang kandungkan tuh sangatttttt penting dan kena utamakan. Pedulikan hal lain dulu..Kalau korang ada check up dan dalam masa yang sama ada program yang penting kat office korang utamakan check up tuh dulu..Pedulikan hal kat office..Korang fahamkan betapa pentingnya pemeriksaan antenatal nih. So kena rajin rajinkan diri ikut rutin pemeriksaan sebelum minggu ke 12 untuk senangkan doktor pantau korang dan perkembangan baby.

6. Makan ikan - Beberapa kajian menunjukkan minyak ikan yang mengandungi Omega 3 mempunyai kesan baik terhadap praeklampsia, bearat kelahiran baby dan perkembangan otak baby di peringkat akhir hamil. Korang tahu tak ikan berminyak mengandungi protein, mineral, vit D & asid lemak omega 3. Banyak banyakkan lah makan ikan tenggiri, salmon atau sardin 2 kali seminggu. Boleh jer kalau nak makan ikan lain banyak mana pun. Ikut korang punya tekaklah kan nak makan banyak mana.

7. Bersenam - Hahaha...bab nih ada yang suka dan rajin buat ada jugak yang culas kan..Siapa culas nak bersenam baik mengaku..Jangan nak tipu takmo takmo takmo..Ai tahu okey..hahaha..Semua ko tahu..ppiiirahhhhh..Senaman boleh menceriakan korang dan mengelakkan korang dari kemurungan. Jenis senaman yang sesuai ialah berjalan, berenang dan aerobik air..

8. - Senaman lantai pelvis - Awal kehamilan adalah digalakkan korang amalkan senaman lantai pelvis yang sangat membantu ketika proses bersalin dan baik untuk korang selepas bersalin.Buat 3 kali sehari okey.

9. Kurangkan kafein - Penyelidik berpendapat korang yang ambik kafein terlalu banyak semasa mengandung akan menyebabkan babh berat badan lahir rendah atau meningkat risiko keguguran. Kalau nak minum jugak boleh jer tapi minum 2 cawan kopi atau 4 cawan teh sehari untuk elak baby terjejas dengan kesannya..Bagi ai lah kan tak payah minum lagi elok kot. Sebab kalau minum teh bukan elok sangat pun sebab confirm kena kencing kotor..Tak caya korang try minum bercawan cawan teh pastu check air kencing kat klinik confirm "kotor"..Masa tuh tadah telinga dengar misi membebel...Seeloknya korang minum kopi tanpa kafein atau jus buah buahan segar. Alternatif lain minum segelas air kosong dengan perahan lemon atau limau..

Hamekkk..Sekali panjang lebar ai punya entry..Hope imfo info yang ai share nih berguna untuk korang yang sedang memgandung dan bakal mengandung..Ai tak palsa baca sampai habis..Baca setengah pun boleh pastu sambung baca esok pun boleh..Risau pulak korang muntah pink baca entry nih banyak nau nak baca (^_^)..

Enjoy you reading!!! Ok bye..

Wacana Isu Isu Munakahat " Kecurangan dalam rumahtangga"

4:20:00 PTG 4 Comments

Assalamualaikum...

Sorry ye kawan kawan sebab hari nih lambat bersiaran sebab ai menghadiri wacana yang boleh dikatakan best la di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi.

Bab bab rumahtangga ai memang suka. Sebab apa? Sebab boleh tambah ilmu dan pengetahuan rumahtangga kan..Perbaiki mana yang kurang..Serius ai katakan walaupun dah berkahwin 5 tahun 9 bulan tapi masih banyak yang perlu diperbaiki. Jangan rasa kita sebagai isteri atau suami sudah terlalu perfect dan menjalani tanggungjawab dan peranan masing masing dengan sempurna. Sebenarnya kan perkara yang kecil dan remeh tuh kita tak sedar punca berlakunya kecurangan dan konflik dalam rumahtangga tau.

Nanti ai update entry pasal wacana nih..Bagi kumpul semua nota nota dan maklumat dan bagi masa fikir nak susun ayat supaya korang senang dan mudah faham. Kang ai kemain taip berjela jela korang tak paham tak ke haru..Jari jari dah naik lenguh taip panjang korang tak paham...Tunggu tau..

Ok bye...

Rabu, 18 Disember 2013

Nak bancuh susu sendiri

7:36:00 PTG 4 Comments

Adehhhh anak dara ai sorang cerdik pandai nih...Tak menyempat nyempat nak susu..Nak dijadikan cerita semalam Aina dan Auni nak susu..So, capai botol susu dan basuh..Bila dah basuh botol susu, letak kat atas meja dulu. Nak basuh pinggan dulu. Tak banyak pun.

Dari sinki nampak Auni bukak tin milo askar tuh..Ai jerit jerit manja ye..Bagi warning jangan ratah. Tangan cuci pinggan, mulut membebel, mata memerhatikan Auni. Memang superwomen betul..hahaha..

Dah settle basuh pinggan terus pergi kat Auni nak bancuh susu. Sekali tengok dua dua botol dah berisi milo askar tuh..Ai pandang Auni dia boleh tersengih macam kerang busuk sambil tunjuk milo dia isi dalam botol..Lepas tuh bajet terror dia rampas bekas susu nak bubuh sendiri dalam botol. Eh eh budak bertuah nih banyak pulak ragam dia bikin ummi dia makin geram. Rasa nak picit picit muka dia yang comel tuh..Bijak mengalahkan orang tua...Sabar ajelah kan...Anak ooo anak..

Apply Kad Mesra pulak

8:01:00 PG 11 Comments

Assalamualaikum...

Semalam ai up entry kad Smiles yang baru kan..Hari nih nak up entry pasal kad Mesra Petronas pulak..Kalau korang perasan kat entry ai semalam ai ada bagitahu kat kawasan perumahan ai takde stesen Petron@Mobil@Esso..Ada stesen minyak yang lain..Stesen Petronas.Disebabkan selalu isi minyak kereta kat stesen minyak tuh dengan rela hati ai apply kad Mesra..Lagipun fungsi kad Mesra nih lebih kurang dengan kad Smiles yang baru kan...Bezanya kad Smiles hanya boleh digunakan untuk isi minyak aje..Tapi kad Mesra bukan setakat guna time nak isi minyak time beli barang barang lain pun boleh guna. Cuma kad Mesra tak boleh digunakan untuk satu perkara nih je. Withdraw duit kat atm. (*_^)

Sekarang nih memang meroyan sikit nak kumpul banyak banyak boleh redeem nanti kan..I like redeem redeem nih hahaha..

Selasa, 17 Disember 2013

Kad Smiles yang baru

4:40:00 PTG 7 Comments

Asyik lupa aje nak update entry pasal kad baru Smiles nih...Bukan entry nih aje lupa nak up...Banyak lagi yang duk bersapau..Lebih lebih lagi entry amal kat rumah anak yatim...Sorry Nadia dah nak masuk tahun baru akak tak up entry...Nampak tak tahap dewa punya malas..Bila mood I lap u u lap me datang memang sehari boleh cecah 4, 5 entry ai up..

Nak share ngan korang pasal kad baru Smiles nih..Siapa setia dengan Esso atau Mobil? Ai salah seorang pengunjung setia tau..Dari dulu memang selesa dengan Mobil..Sekarang dah tukar Petron..So, last week dapat satu sampul kaler biru...Tengok isi dalam ada kad...Ok fine kad Smiles baru..Lagi up to date..hahaha...Point dah banyak riban riban tapi kedek nak guna simpan nak buat harta..hahaha...

So far suka suka suka kad yang baru banding kad yang lama....Tapi sayang area rumah saya takde stesen Petron..So, kena isi guna petrol lain...Tak dapat nak collect point banyak banyak..Tapi ai is tamak okey...Disebabkan kerap sangat guna petrol baru so ai apply jugak kad..Nak kutip point jugak..Tunggu next next entry baru up date.

Testimoni Ephyra - Dah mula tergoda

12:14:00 PTG 6 Comments

Hari nih masa diisi dengan search dan baca testimoni kelebihan dan kebaikan Ephyra produk yang menjadi sebutan masa sekarang nih..

Tipulah kalau cakap ai tak tergoda kan...Opkos tergoda macam disua sua sebijik cheese cake..Melting kot ai baca testimoni pengguna pengguna Ephyra..

Hahaha...Orang lain dah berkotak kotak minum Ephyra...ai? Haremmmmm...In shaa Allah bulan nih baru nak try tuh pun nak try trial punya dulu...Orang lain dah sihat gebus gebas terbabas ai baru terhegeh hegeh nak try..Spesis siput. T_T

Nak tahu sebab apa ai boleh terpengaruh nak try Ephyra nih? Faktor utama ai terpengaruh ialah terbaca testimoni kak ina a.k.a blogger IntaNBerliaN. Kak ina terima kasih sebab berjaya pengaruh saya..tsskkk..Nih faktor utama tau...Highlightkan faktor utama tuh..Hahahaha..

Antara sebab lain ai melonjak lonjak tergedik gedik nak try Ephyra :

a) Sistem penghadaman - ramai cakap nak membuang memang lawas...Okey..Nak try sebab perut ai nih jenis stok sengal..Ada masa hari hari membuang, ada masa dua hari sekali membuang, kadang kadang kena sembelit...Memang sengal tahap gaban..

b) Masalah kulit - Muka memang dah tak kusam lah tapi still ingat muka bajet cun macam retis..Heii tak payah nak perasan ye Mimi..Muka ai jenis yang cepat berpeluh okey...Nak nak T-Zone..Tuh kalau tadah baldi kat muka kompom penuh..Okey tipu! Serius muka cepat berpeluh..Lepas tuh kan pori kat pipi memang jenis terbuka..

c) Rambut - Rasanya bukan ai sorang kot ada masalah rambut gugur nih..Ramaikan..Menyampah betulkan tengok rambut bersepah sepah kat lantai...Stress...

d) Tenaga - Sebagai wanita bekerjaya memang ai perlukan tenaga zahir dan batin..hahaha..Sengall..Bila kerja balik rumah dah penat kan..Mana nak masak, kemas rumah dan layan anak anak..So, memang wajiblah kena makan Ephyra nih..

Sooo, nihlah sebab munasabab ai nak kena amal Ephyra jugak..Eh orang lain nak cantik takkan ai duduk melopong mulut tengok orang lain cantik...Memang taklah...

(Tetiba macam best pulak guna ai ai nih...Nampak kesengalan kat situ? Hahaha)

Ephyra mu tunggu aku beli!

Ganti puasa dan sakit perut

8:52:00 PG 8 Comments

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari nih dah dua hari saya puasa ganti plus sunat..Target saya nak ganti puasa sebelum masuk tahun baru nih...Malas nak tangguh ganti puasa nanti nak masuk bulan Ramadhan yang baru baru terhegeh hegeh nak ganti...Suka sangat ganti last minute saya nih...

Ujian saya berpuasa hari nih...Boleh pulak sakit perut..Pagi tadi masa tengah bersiap siap boleh pulak sakit perut...Adoiii...Dah lepas hajat sampai office sakit lagi..Agaknya mungkin makan sahur tadi saya makan sambal sardin pedas..Mungkin sebab tuh kot saya sakit perut..

Nota kaki* Nanti saya terjah rumah kawan kawan perlahan lahan ye..

Isnin, 16 Disember 2013

Dah cash out earning Nuffnang

1:16:00 PTG 19 Comments

Alhamdulillah...

Saya dah selamat cash out pun duit Nuffnang...So, tinggal satu aje BE yang tinggal...Saya ingat amount tuh statik aje tak gerak gerak..Alhamdulillah bergerak jugak kan..so, earning saya dah jadi zero...

Dapat lambat pun tak kisah sebab dah tau t & c Nuffnang kan..Duit tuh saya nak simpan dalam akaun Muamalat...Buat simpanan tak nak usik langsung..huhuhu...

Istimewa untuk pembaca blog saya (^_^) - Online Shopping yang sangat best

8:00:00 PG 8 Comments
Ho ho ho! Christmas is just around the corner ladies! How’s your Christmas preparation? Looking for the perfect dresses and shoes or maybe gift for your loved ones? It is time to fulfill their wishes and for you who wish to make an entrance on this holiday season with our head-to-toe dazzling collection! 

Tick tock tick tock! The clock is ticking and you still got no time to shop? – “Alamak, I kerja la on weekdays. Weekend pulak mesti ramai orang” , “Malas lah nak bersesak. Traffic mesti teruk”, “Nak shopping tapi ada baby. Leceh la” No worries ladies. It happened all the time and we have a solution for you. So, have you ever experienced online shopping? Or do you familiar with online shopping sites? Here is a quick introduction.

Online Shopping: Basically similar with virtual shopping but all the processes and transactions are through online

So if you still wondering – “What are the benefits?”, “Selamat ke?”, “Barang sampai lambat tak?”.. Well, you can save more with online shopping – petrol, time and satisfaction guaranteed J

This is the perfect time to make a shout out for all women out there! Lai! Lai! Browse our page for online shopping Malaysia – The biggest online fashion store, and enjoy special deals from us now! 
So what are you waiting for ladies? All are in one-store and at a good price. Shop now while stock lasts and enjoys free shipping with us. C.O.D is available for certain areas and all items are returnable within 30 days for free of charge. Have a joyful Christmas! XOXO

Sabtu, 14 Disember 2013

Belajar nak pakai pampers sendiri

11:33:00 PTG 9 Comments

Nih bukan entry lucah ye...hehehe...Saya nak tunjuk kat kawan kawan perangai anak dara saya Auni..Saya nak pakaikan pampers dia jual mahal...Rupa rupanya nak pakai sendiri..Tengoklah cara dia nak pakai pampers tuh...Adoiii anak..Macam macam fiil dia buat tau...Geram aje tengok...Suka sangat buat ummi dia ketawa dengan fiil dia yang mencuit hati..

Tips untuk kurangkan laga gigi waktu tidur

8:36:00 PTG 5 Comments

Sejak akhir akhir nih kan Aina suka sangat mengigau bila waktu tidur...Dengan mata terpejam tuh dia boleh bebel bebel..Apa butir dia cakap saya tak paham...

Lepas dia bebel bebel tuh kan dia main laga laga gigi..Kuat tau bunyi laga gigi tuh..Kadang kadang saya sampai fikir tak patah ke gigi dia sebab bunyi laga gigi tuh terlalu kuat..Pernah sekali secara spontan saya tepuk manja mulut Aina kot kot lah dia stop buatkan tapi makin kuat pulak..Risau tau saya korang..

Kawan kawan tau tak tips nak elakkan laga gigi tuh waktu tidur..Memang tindakan spontan Aina tanpa dia sedar atau memang dia sengaja buat? Saya risau tau sebab dah dua minggu masalah nih jadi tak tahu nak buat apa dah...

Alhamdulillah hadiah payung eksklusif Ephyra dah sampai

2:14:00 PTG 8 Comments

Assalamualaikum...

Alhamdulillah perang Khamis lepas saya dah pun terima payung eksklusif Ephyra yang saya menang hasil join GA di IG Ephyra..Sebenarnya hadiah payung nih saya kena ambik kat HQ Ephyra tapi memandangkan HQ Ephyra jauh so saya pun wassup no yang Ephyra bagi tuh..Saya bagitaulah saya duduk jauh.So, Alhamdulillah pihak Ephyra sudi poskan hadiah tuh..Tengok betapa prihatinnya mereka...Ada sesetengah penganjur memang takkan layan kan..

Petang Khamis tuh jugak saya rasmikan payung Ephyra tuh sebab hujan lebat time tuh..Payung yang saya selalu standby dalam kereta takde plak..So dengan rasa bangganya saya rasmikan payung Ephyra..Bergaya u..hahaha..Thanks Ephyra for da special gift...

Lepas nih ada rezeki lebih nak try Ephyra pulak..Sebab tengok banyak testimoni cakap Ephyra nih bagus..In shaa Allah nak try trial punye...

Jumaat, 13 Disember 2013

Gunting rambut sendiri

5:43:00 PTG 8 Comments

Ya Allah Ya Tuhanku..Tak tahu nak cakap apa dah..Korang tengoklah apa Auni ank buat dengan rambut dia..Bila masa dia jalankan operasi menarah rambut dia saya pun tak tahu..Kan saya bawak Aina dan Auni datang office...Faham faham ajelah kan dalam office macam macam ada..

Masa nih Aina dah tidur sebab tak sihat kan..Auni pulak asyik nak main..Lari sana sini..Masa tengah ngadap laptop saya terperasan ada banyak rambut bersepah atas lantai office..Duk fikir jugak rambut siapakan..Sekali saya siasat Allahu Rabbi anak sendiri punya rambut..Bukan sikit sikit dia gunting..Adehhh..Nih lah anak bijak pandai saya si Auni...Sabar ajelah..

Aina demam

10:24:00 PG 13 Comments

Assalamualaikum...

Hari nih saya bawak Aina dan Auni datang office..Dah dua hari Aina demam..Bila siang badan dia kurang panas bila malam badan panas..suhu naik mendadak..Malam tadi saya bukak semua baju Aina tinggalkan seluar kecik dia aje...Tekap badan dan kepala dia dengan tuala basah bagi kurang sikit panas dia..Makan ubat pun tak kebah..Risau jugak bila makan ubat tak kebah kebah kan..Hari nih datang office pun lewat sebab nak siapkan apa yang patutkan..Nak siapkan susu diorang lagi baju dan drypers Auni..

Doakan ye Aina cepat sembuh...Risau pulak tengok dia..Malam aje badan panas...Takut jadi apa-apa..Nasib baik incik hubby balik malam tadi..Dapat jugak dia tolong jaga Aina sama..

Khamis, 12 Disember 2013

Tarikh 11.12.13.....Tahniah buat mereka

10:24:00 PG 12 Comments

Alhamdulillah hari nih hari istimewa sebab tarikhnya yang unik 11.12.13..Menjadi pilihan ramai untuk mengabadikan tarikh unik nih untuk majlis pernikahan, perkahwinan, pertunangan..Ada jugak yang sambut hari lahir hari nih...Untunglah..hehehe

Hari nih ada peristiwa menarik berlaku di kalangan artis kita iaitu :
a) Majlis Pernikahan dan Perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin...
b) Majlis Pernikahan dan Perkahwinan Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri (kakak Dafi Af)
c) Majlis Pertunangan Leez Af dan Aepul Drama

Semoga hubungan mereka kekal hingga Jannah...Pandai pilih tarikh yang unik untuk diabadikan..Senang nak ingat kan..

Favòurite Aina dan Auni

8:59:00 PG 12 Comments

Anak anak saya yang kembar tapi tak kembar nih memang favourite diorang makan aiskrim tau korang..Kadang kadang balik kerja dah sampai umah diorang boleh request nak aiskrim.. Kalau lah saya nih surirumah sepenuh masa hari hari saya buatkan anak anak aiskrim tapi faham faham ajelah kan bila dah bekerja nih nak buat tuh memanglah boleh tapi bila bahan takde memang malas nak keluar semula..Sebolehnya saya tak nak anak anak makan aiskrim yang dijual kat luar tuh..Saya nak anak anak makan dari hasil tangan saya..Tapi apakan dayakan..Kadang kadang terpaksa jugak beli kat luar sebab permintaan diorang datang tiba tiba...Aiskrim dan anak anak saya memang tak boleh dipisahkan...hehehe

Rabu, 11 Disember 2013

CD Ustaz Kazim dan Ustaz Dato' Najmuddin

12:10:00 PTG 6 Comments

Saya beli dua cd nih lepas forum selesai semalam..Untuk tambah ilmu agama..Saya bukanlah terbaik dalam bab agama tapi sedang berusaha untuk perbaiki diri yang mana kurang..In shaa Allah nih salah satu cara saya tambah ilmu agama...

Forum Kesedaran Jenayah ' Jenayah Dunia Menggugat Akhirat'

8:37:00 PG 6 Comments

Assalamualaikum...

Semalam saya di Dewan Serbaguna MPS Seremban...Ada forum berkaitan dengan jenayah..Sepatutnya Us Kazim Elias dan Dr Robiah yang menjadi panel tetapi Us Kazim tak dapat hadir kerana beliau tidak sihat..Doktor suruh beliau berehat 3 minggu..So, Us Kazim digantikan dengan abang beliau Us Dato' Hj Mohd Najmuddin Elias..Memang best panel semalam...Terbaik...

Ahad, 8 Disember 2013

Resipi sambal gesek +- sambal lanun = sambal gelan

9:10:00 PTG 10 Comments

Dah dua hari berturut turut buat sambal istimewa nih sebab incik hubby suka..Dia cakap sedap...Sambal nih cara nak buat macam sambal lanun dan sambal gesek tapi saya ubah sikit...Asalnya nak buat sambal lanun tapi memandangkan saya tak boleh makan belacan so saya ubah sikit resipi tuh...Ambik sikit dari resipi sambal lanun dan sambal gesek..

Kalau sambal lanun cili padi, belacan dan ikan bilis kena goreng kan..Lepas tuh tumbuk sampai lumat..Sambal gesek pulak cara masak yang sama bezanya bahan bahan sambal gesek cili padi, bawang kecik, bawang putih, ikan bilis, jus limau kasturi dan garam...Tumbuk sampai lumat dan last bubuh jus limau dan garam...Tuh cara buat sambal lanun dan sambal gesek..Tapi sambal yang saya buat saya gabung dua resipi tadi jadi satu...Jadilah sambal gelan suka suki saya..hahaha...

Cara nak buat senang aje..Goreng ikan bilis sampai garing...Lepas tuh goreng cili padi, bawang kecik dan bawang putih...Tumbuk sampai lumat semua bahan bahan tadi..Dah siap...Senangkan...

Bergambar kenangan dengan pelajar praktikum

9:45:00 PG 6 Comments

Jumaat semalam merupakan hari terakhir pelajar praktikum dari KUIM buat praktikal diorang kat opis saya...So, sempat jugak bergambar kenang kenangan kan...Hari Khamis pulak kitorang adakan majlis untuk diorang..Akan cerita next entry nanti...Ari nih layan dulu gambar gambar ntah pape kitorang nih...

Jumaat, 6 Disember 2013

Senyum dan Alhamdulillah

12:09:00 PTG 28 Comments

Isnin, 2 Disember 2013

Menang Total Image Apple Stem Cell Drink dan voucher Watson

10:28:00 PTG 14 Comments

Alhamdulillah syukur sangat sangat..sejak terlibat dengan blog rezeki semakin murah...

Baru baru nih saya join mini ga dari blog Coklateyes..Alhamdulillah tak sangka saya salah seorang dari 20 orang yang bertuah menang Total Image Apple Stem Cell Drink dan voucher dari watson RM8...Selain saya yang saya perasan ada beberapa kawan blogger yang saya kenal menang jugak..Tahniah kak ina, wanie dan sally...Tak sabar nak tunggu hadiah dari Innanie nih...Huhuhu...

Menang payung ekslusif Ephyra2u

3:35:00 PTG 12 Comments

Saya join GA yang Ephyra2u anjurkan kat instagram last seminit semalam..Alhamdulillah tak sangka pulak saya ada rezeki menang..

Saya menang payung ekslusif Ephyra2u..Suraya a.k.a blogger Syawalsimpson pun menang jugak..Dia dapat mug...Payung yuh saya kena collect kat HQ Ephyra..Saya dah lah tak tahu HQ katne...Rasa sayang jugak kalau hadiah tuh burn aje kan...huhuhu

Buka akaun Bank Muamalat untuk simpanan

12:18:00 PTG 11 Comments
Satu lagi akaun bank saya bukak...Bukan tamak na bukak banyak banyak..Saya tak nak akaun bank gaji campur aduk dengan akaun simpanan...So segala duit yang saya dapat hasil berniaga dan berblogging saya simpan dalam Bank Muamalat...So boleh lah tengok dan pantau duit yang masukkan..Kalau masuk maybank saya jadi pening..hahaha


Mungkin ada yang ingin tahu deposit untuk buka akaun bank Muamalat nih. Korang tak perlu risau kena standby beratus ratus nak buka akaun. Korang perlu sediakan minimum RM20.00 untuk buka akaun. Kalau nak lebih terpulang...