Jumaat, 14 Disember 2012

Walaupun tewas, Harimau Malaya tetap di hati

Assalamualaikum....

Hari nih entry permulaan saya nak cerita pasal perlawanan bola sepak semalam....Terus teranglah saya cakap, sejak baca berita tentang layanan Thailand kepada Harimau Malaya semalam saya cukup sedih....Sangat tak wajar tindakan pihak Thailand berikan padang yang seperti sawah padi kepada Harimau Malaya. Sekaligus membantutkan sesi latihan mereka. pihak Thailand janji nak bagi padang yang elok tapi...ermmm agak kecewa kat situ....

Kalau tengok layanan mereka kepada pemain negara lain cukup bagus. Padang yang disediakan pun cantik tak macam padang yang Harimau Malaya dapat.....Memang saya kecewa sangat sangat. Nih la dia apabila susu dibalas tuba...

Lepas tuh, perlawanan semalam banyak sangat ketidakadilan di situ. Pengadil seolah olah berat sebelah. Walaupun pemain Thailand banyak jugak buat kesalahan tapi pengadil kurang "beri perhatian". Kalau Harimau Malaya buat silap sikit, nah kad kuning dilayangkan...Tuh satu lah kan...

Lepas tuh, kesian pulak saya tengok Mat Yo sorang sorang takde siapa nak defend....Setiap kali dia dapat bola, mesti dia gagal nak jaringkan. Dari awal perlawanan saya tengok memang Mat Yo akan dikepung oleh pemain Thailand.

Nampaknya teknik dan taktik Harimau Malaya kurang menjadi. Sepatutnya Datuk Rajagopal kena masukkan Safee Sali dan pemain tengah untuk menggantikan Fadhli yang dikeluarkan dari permainan kerana menerima 2 kad kuning sekaligus dapat kad merah....

Saya tengok separuh aje, tak sanggup nak tengok sampai tamat perlawanan. Saya tak pernah kecewa sampai macam nih disebabkan perlawanan bola.Saya tak sanggup wajah wajah hero Malaysia yang penuh kekecewaan...Kesian Harimau Malaya, mereka menerima tekanan dan dugaan yang sangat hebat. Walaubagaimanapun, mereka tetap menunjukkan semangat yang kental dalam perlawanan semalam.

Walaupun Harimau Malaya tewas, meraka tetap di hati. Tetap menyokong mereka walaupun kalah. Semangat yang mereka tunjukkan wajar diberi pengharagaan. Kepada peminat bola sepak, janganlah kutuk diorang kalau diorang kalah. Kalah menang adat permainan kan...Apa yang penting kita sebagai penyokong kena bagi semangat dan terus menyokong mereka....Mungkin 2012 bukan rezeki untuk Harimau Malaya untuk mempertahankan Piala AFF...InsyaALLAH tahun akan datang pasti Piala AFF akan berada di genggaman HARIMAU MALAYA....AUMMMMM!!!!

22 ulasan:

  1. Tulah rasa geram sgt bila tengok pengadilnya berat sebelah! Yg paling kecewa Safee Sali hanya dpt bermain 20min terakhir...uhuhuhu

    BalasPadam
  2. x de rezeki malaysia..
    tapi penjaga gol terbaik

    BalasPadam
  3. ramai yg boikot kpop ngn tomyam kt fb semalam,hahah

    BalasPadam
  4. ferust sangat tau.... kita patut salahkan pengadilan yg berat sebelah..

    BalasPadam
  5. yup...sokongan sentiasa ada...adat pertandingan..klu tak puas ati tu byk aje nk cite..hihihi..takpe..cube lg Harimau Malaya :)

    BalasPadam
  6. geram sgt dgn pengadil yg x adil, x telus dan berat sebelah. kecewa, mmg sgt kecewa. kesian kt mat yo bila dia sorg je kena serang n kepung. diorg mmg dah aim mat yo since dia gol kan mase game aritu. apapun, kita kena bagi sokongan pd mereka.

    BalasPadam
  7. Sentiasa sokong,klu bukan kita rakyat M'sia nie sapa lg yg nak sokongkan wlpn kalah bermaruah.

    BalasPadam
  8. kesian boipreng saya mat yoo. sorag sorang dia kena kepung. eee, sakit hati

    BalasPadam
  9. HM x der rejeki tahun n...mudahan lain tahun cuba lagi..HM tetap dihatiku

    BalasPadam
  10. sy tetap sokong Harimau Malaya..Farizal hero..huhu

    BalasPadam
  11. tu la kat fb pun diaorang kutuk gila2 kat pemain thailand n pengadil yg tak adil tu...

    BalasPadam
  12. Depa dah berusaha sedaya upaya..tetap sokong HM

    BalasPadam
  13. xpa kalah untuk kali ni tp lenkali akan mennag :-)

    BalasPadam
  14. kita rampas balik 2 tahun lagi. selamanya harimau malaya

    BalasPadam
  15. nk bt cmne kak safee sali katanya injured tp safee pn blh plak duduk dlm xmau bantu team huwaa sedih..nk bt cmne dr awal thailnd dah tau siapa yg dorg kena kepung dan lawan huhuh..anggap jelah pgalamn tuk pmain kita :)

    harimau tetap harimau!
    lawan tetap lawan!

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.