Jumaat, 28 Disember 2012

Salah kereta.....

Time rehat tadi saya singgah rumah officemate lama dekat Taman Bandar Senawang dengan akak officemate nih yang saya panggil Kak Fiza. Masa on the way balik tuh, saya singgah pergi kedai runcit nak beli air mineral dan 100 plus yang officemate saya kirim.

Keluar kereta, masuk kedai, terus capai air mineral dan air tin 100 plus. Pergi kaunter, keluar duit dari purse dan bayar. Nak kejar masa punya pasal, masa keluar kedai tuh saya langsung tak pandang betul betul kereta Kak Fiza dia park dekat mana. Yang saya tahu kereta dia kaler putih je. So, dengan muke tak tahu malu saya terus tuju kat kereta putih dan nak bukak pintu kereta.

Sekali saya terperasan kereta putih yang saya nak masuk  lebar dan besar serta takde pemandu. Rupa rupanya kereta Kak Fiza kat sebelah...Officemate saya tuh dah bantai gelakkan saya sebab salah bukak pintu kereta. Kereta kak fiza tuh kaler putih jugak tapi Viva. Kereta putih yang saya nak bukak pintu kereta wira.

Kebetulan pemandu kereta Wira tuh dah keluar kereta dia terperasan kot saya nak bukak kereta dia. Risaulah kan...Manalah tau kot kot saya nak pecah kereta dia ke kan....Tapi bila owner kereta Wira tuh nampak saya dah gelak gelak dan terus masuk kereta Kak Fiza takdelah dia risau. Mungkin dia pun tahu kot saya salah kereta.

Kak Fiza gelakkan saya sampai cakap sah saya mengigau di petang hari....Berangan lebih...Nih lah padahnya kalau nak cepat langsung tak berhati hati.....

31 ulasan:

  1. muahahah akak pun ketawa jugak kat sini.
    mestu muke awak sangat comel kan, cover malau2 ayu gitu !! hehe

    BalasPadam
  2. seb baik lah tak kena tangkap polis atas tuduhan cuba mencuri kereta

    BalasPadam
  3. hehehe nak tergelak jg.jgn marah mimie..
    nsb baik x bwa plg terus keta tu hehe

    BalasPadam
  4. aisey... lama dah tak datang sini. berebut laptop je dgn anak2. kes slh kereta ni biasa. akak pernah tgk org tu dok nak masuk kereta walhal kereta dia sebelah kereta tu je.

    BalasPadam
  5. pernah terjadi pada kak gara2 warna kereta dan jenis kereta sama..haha..pucat lesi dibuatnya. baik driver tu mahupun suami, dok gelakkan.. nasib baik tak dibawa lari

    BalasPadam
  6. hahha, nak tumpang gelak boleh? cyda pun selalu gelak kat mak cyda bila tersalah buka pintu kereta org.. heheh :D

    BalasPadam
  7. Hehe..x pasan kan..kdg2 nk cepat gitu la jadinyer..hehe..

    BalasPadam
  8. excited sgt dpt beli air kot. huhuhu..

    BalasPadam
  9. ekekke akk dpt bayangkan wajah mimie masa tuu ;)

    BalasPadam
  10. haha... lawak jugak kan.. sy pun pernah salah kereta.. malu jugak:)

    BalasPadam
  11. haha..mimie nih..ngingau ler tu..sampai salah keta

    BalasPadam
  12. Hehehehe, saya pun gelak bila baca post ni... saya pun pernah ada pengalaman yg sama... tapi kereta pinjam, mmg sampai skrg bole senyum sorg2 bila ingat semual

    BalasPadam
  13. kak zu tersalah panjat motor pun pernah...hehehe

    BalasPadam
  14. hehehhe penah kena camni gak.. punya la cover malu masa tu :)

    BalasPadam
  15. haha.. mmg kelakar.. lya pon pnh alami perkara camni..mmg terasa malu & tebal muka.. tp lbh tu..pecah perut ketawa

    BalasPadam
  16. kikiki...ai mimie ni berangan pe la sampai salah kereta... nak cepat punya pasal...

    BalasPadam
  17. hehe..berangan apa la tu sampai tersalah masuk kereta.

    BalasPadam
  18. hahahaha berangan apa la agaknya sampai salah tu

    BalasPadam
  19. hahahah cmne lah boleh salah ni,haha nasib baik kereta tu kira takde oranglah kan,kikikiki

    BalasPadam
  20. huhu..dah banyak kina dengar tentang salah kereta nie kak:0

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.