Isnin, 17 Disember 2012

Punca ketidaksuburan


Tahukah kawan kawan lebih kurang 1/3 masalah ketidaksuburan dikaitkan dengan wanita. 1/3 lagi berpunca daripada lelaki manakal selebihnya adalah gabungan faktot factor yang tidak dapat dikenal pasti.

WANITA

1 Gangguan telur
Hormon yang tidak seimbang gangguan dalam proses ovulasi hingga menyebabkan telur tidak matang Keseimbangan hormon boleh terganggu apabila berat badan terlalu kurang atau terlalu berat, mengalami perubahan berat badan mendadak dalam masa yang singkat mahupun kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik.

2 Saluran fallopio tersumbat
Masalah ini berlaku mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman yang menyebabkan sebahagian atau sepenuhnya tiub fallopio tersumbat. Antara sebab lain yang munkin berlaku ialah kandungan luar rahim di mana janin menempel di tiub fallopio dan bukannya rahim atau ia disebabkan oleh endomosis. Ujian HSG @ Laparoshopi dapat mengenal pasti punca masalah ini.

3 Endometriosis
Berlaku apabila endometrium (tisu dari selaput dalam rahim) berkembang dan tumbuh di luar rahim. Mungkin terdapat sedikit tisu endometrium melalui tiub fallopio ke ruang perut semasa kitan haid. Hal ini menyebabkan berlaku radang setempat yang menyebabkan organ berdekatan perut melekat sesama sendiri dan menyebabkan kesakitan haid. Laparoskopi akan membantu punca dikenal pasti.
4 Antibodi menyerang
Dalam kes yang jarang berlaku, tubuh tidak dapat mengenal pasti sel telurnya dan sistem imunisasi akan menbentuk antibodi yang akan menyerang sel gamet (telur dan sperma). Kes di mana antibodi menyerang sel sperma lelaki lebih banyak berlaku.

5 Masalah rahim
Fibroid rahim adalah ketumbuhan yangs sering terjadi kepada wanita. Ia adalah keadaan di mana terdapat ketumbuhan di dalam rahim (tidak mengakibatkan kanser) yang terbentuk daripada lapisan otot dan tisu penghubung di dalam rahim. Ia boleh membesar dan menyebabkan kesakitan semasa haid. Pemeriksaan ultrasound boleh membantu mengenalpasti punca masalah.

LELAKI

1 Sperma tidak matang
Berlaku apabila lelaki tidak menghasilkan sperma normal yang bergerak bebas dan mencukupi. Kegagalan menghasilkan sperma mencukupi mungkin berpunca daripada jangkitan kuman semasa kanak kanak. Pembuluh darah yang membengkak pada alat kelamin boleh membawa kepada masalah kualiti sperma yang rendah. Penyebab lain adalah gangguan hormon, tekanan perasaan, faktor alam sekitar, masalah keturunan seperti kerosakan genetik.

2 Gangguan pengangkutan sperma
Dalam 4% daripada kes kes ketidaksuburan lelaki, air mani mencukupi dapat dihasilkan tetapi tidak dapat memasuki tubuh wanita melalui pemancutan kerana salur duktus yang megangkut air mani tersumbat. Situasi ini sama seperti masalah salut tiub fallopio yang tersumbat.

Sumber : Pa & Ma

11 ulasan:

  1. dptkan rawatan dgn cepat setelah 2 tahun berkahwin belum dikurniakan anak...

    BalasPadam
  2. info yg berguna ni :) terima kasih ye...

    BalasPadam
  3. Thank you sharing..

    Penting buat kami berdua pasal info ni :D

    BalasPadam
  4. betul tu mimie..nice info...panduan untuk semua wanita termasuk akak..tq dear

    BalasPadam
  5. oo..byk sbb ye kan..yg penting kena jg mknan dan kesihatan.. :)

    BalasPadam
  6. Jadikan panduan buat suami-isteri yg memerlukan ini Mimie.

    BalasPadam
  7. nice sharing. hihih sharing lah byk gih hihi

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.