Jumaat, 14 Disember 2012

Novel Sehangat Asmara bakal ke udara

Tak lama lagi novel Sehangat Asmara akan di angkat ke layar perak...Pelakonnya terdiri daripad Rita Rudaini, Ady Putra dan Izreen Azminda....



Credit pic : BeautifulNara


Sinopsis
Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.

Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya. 

Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya....

Novel nih memang best...Nak nak penulisnya Aisya Sofea....Saya memang minat dengan hasil penulisan Aisya Sofea nih...

Nota kaki* Agak agak kan bila lah karya Ramli Awang Murshid akan ke udara pulak?

20 ulasan:

  1. mcm best ja..compem sakit hati bila tengok kan..:)

    BalasPadam
  2. setuju..ramlee awang murshid punya lagi best

    BalasPadam
  3. baru je khatamkan novel ni, dulu dah baca, tapi baca semula le.... agak2 berapa episod le cerita ni pulak...
    adam dan hawa ni pun Mr H membebel bila nak habis

    BalasPadam
  4. X Sabaq nak tengok...mesti fenomena nnt...

    BalasPadam
  5. wahh dari novel semua dah di tayangkan kat tv kan.. hebat tol.

    BalasPadam
  6. memang kena tgk ni,,sume pelakon saye suke,mantap,,lagi2 adi putra,haha

    BalasPadam
  7. cam best..tp tak tau dpt tgk ke tak ni

    BalasPadam
  8. bestnya..siap2 tisu jugak nk tgk citer ni nnt.. :)

    BalasPadam
  9. mcm best je ni... sk tgk adi n rita ni berlakon..

    BalasPadam
  10. mantap para pelakonnya.mesti citer pun best

    BalasPadam
  11. wah best laa novel nie...saya lebih suka baca novel dr tgk drama

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.