Rabu, 12 Disember 2012

Dealova lagu Opick?

"Sebenarnya lagu "Dealova" merupakan lagu lama yang saya tulis sendiri dan saya tawarkan kepada ramai penyanyi tetapi tiada seorang pun yang mahu menyanyikannya. Suatu hari, ada seorang produser mencari lagu dan saya bertanyakan siapa yang mahu menyanyikannya. Dia memberitahu Once yang akan menyanyikan lagu ini. Ketika itu saya belum popular seperti sekarang," ujar Opick sambil berseloroh.

Ditanya mengenai lagu "Dealova" yang mempunyai maksud dan ungkapan berbeza apabila dinyanyikan Once dan kini oleh penciptanya.

"Mungkin apabila dinyanyikan oleh Once ia bermaksud ditujukan rindu buat sang kekasih. Lagu "Dealova" ini ialah sebuah lagu unik, ketika saya menulis lagu ini saya rindu pada Allah, rindu pada Rasulullah dan rindu pada bakal kekasih saya. Lagu ini bebas diterjemahkan seperti anda rindu pada ibubapa, guru, keluarga, sahabat dan lain-lain," katanya pada GUA.



Ditanya juga tentang kerjasamanya dengan Inteam Records, ini jawapan Opick:

"Ini merupakan satu kepercayaan apabila menerima tawaran ini dari kalangan orang-orang yang soleh. Saya juga berharap selepas ini ada lagi kerjasama antara Inteam Records untuk album yang seterusnya," ujarnya.

Sementara itu, pihak Inteam Records merancang untuk mengadakan konsert besar-besaran bersama Opick pada tahun hadapan yang dijangka akan diadakan pada bulan Mei atau Jun sebelum menjelangnya bulan Ramadhan. 

credit : Gua.com.my

16 ulasan:

  1. lgu dealova tu mmg sgt2 best..lya ska lagu tu.. rupanya opick penulis lirik sebenar.. lya igtkn once...

    BalasPadam
  2. kalau opick yg nyanyi mesti lagi best, sayu2 gittu =)

    BalasPadam
  3. dia dah banyak berubah kan ..
    alhamdulillahh

    done milkdeal !

    BalasPadam
  4. Lagu dealova mmg hangat suatu waktu dulu... dieyna pun tangkap feeling dhr lagu tu

    BalasPadam
  5. falsya suke semua lagu2 opick..kalau masuk youtube lagu die yg first falsya dgr..syahdu je..

    BalasPadam
  6. ooo opick ni penyanyi nasyid eh..tak kenal pulak..heee

    BalasPadam
  7. betul ke?
    tp mmg suka lagu nie dulu...femes btl

    BalasPadam
  8. ada bace gak pasal ni..dlm kosmo kot tak slh.. :) bile penyanyi yg nyanyi tu popular..tak knal dh penulis yer... :)

    BalasPadam
  9. nyanyi utk ketuhanan dan kecintaan pada pasangan memang berbeza.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.