Selasa, 18 Disember 2012

Azam saya yang pertama untuk tahun 2013

Hehehe...Tinggal beberapa hari lagi nak masuk tahun 2013 kan....Tajuk entry saya tak menahan kan...Siap buat entry untuk azam tahun depan lagi...huhuhu....

Sebelum nih saya ada bagitahu saya nak mengandung hujung tahun 2014 kan? So, saya berazam untuk baby yang akan datang nih saya nak gunakan sepenuhnya Cloth Diapers (CD) untuk dia. Sebelum nih saya nak beli untuk Auni tapi tak kesampaian. So, untuk baby yang seterusnya saya tekadkan azam saya untuk beli CD jugak...



Salah satu faktor saya nak sangat sangat beli CD nih of course boleh jimat dari segi perbelanjaan....Saya dah siap buat kira kira memang berbaloi kalau beli CD nih....

Saya bagi contoh pengiraan pampers untuk Aina dan Auni setahun

1 pack (Drypers - untuk 2 orang) = RM 34.99
Sebulan 4 packs = RM 34.99 x 4 = RM 139.96
Setahun = RM 139.96 x 12 = RM 1,679.52

Kalau 2 tahun, 3 tahun????kira sendiri hehehe

Pengiraan Cloth Diapers untuk seorang ( anggaran 10-20 keping CD)

1 helai CD = RM 48.00 
20 helai CD = RM 48.00 x 20 = RM 960.00

CD nih boleh digunakan dalam jangka masa yang lama. So, dekat situ dah banyak saya boleh jimat kan? So, saya nekad nak standby CD awal awal senang sikit...

Antara kebaikan CD :

1. Kain lampin mesra alam
2. Bayi akan cepat tahu beza basah dan kering
3. Selesa dan fungsi sama dengan lampin pakai buang
4. Kurangnya masalah ruam
5. Tiada bau
6. Mudah untuk dibasuh
7. Boleh digunakan dalan jamngka masa yang panjang
8. Boleh diubahsuai ikut saiz bayi 

Jadi, saya memang nekad nak beli CD untuk bakal anak saya nanti. Azam saya ialah setiap bulan saya akan beli satu CD sehingga hujung tahun 2014. Maknanya, saya dah berjaya beli 24 CD...insyaALLAH ada rezeki lebih, saya beli lebih...hehehe...So, start bulan depan saya akan beli CD...

Nota kaki* Mudah mudahan azam saya nih akan tercapai.

21 ulasan:

  1. nak kena kuatkan semangat kan kalau nak guna ni.. kena rajin jugak.. moga akak berjaya mencapai azam 2014 tu :)

    BalasPadam
  2. mudah2an akan tercapai azam nak berCD utk baby 2014 nanti ye mimi.

    BalasPadam
  3. wak penah terai CD ni dulu tuk anak wak tp rasa mcm X sesuai ruam2 gituu..UUUhhuuu

    BalasPadam
  4. wow..dah byk tu..24pcs...insyaAllah...klu niat yg baik utk anak mesti dimurahkan rezeki...

    BalasPadam
  5. yati pun dulu berangan nak bg anak pakai benda last2 smpi anak 3 thn tak beli2 pun...In Shaa Allah next baby...

    BalasPadam
  6. azam yang bagus tu.. insyaAllah berjaya :-)

    BalasPadam
  7. betul2.. saya sokong.. walaupun saya tak guna cd tp saya mmg tau kelbhan cd ni...

    BalasPadam
  8. bagusnya azam awk dear. hehehe. utk kebaikan anak juga :)

    BalasPadam
  9. azam yg bagus tu. moga tercapai. jimat pun jimat kan

    BalasPadam
  10. kalau ada baru nak akaikan cd jugak. dah ada pun cuma nak kena tambah stok je.

    BalasPadam
  11. bil etgk CD tuh mmg mcm xsabar nak pregnant..;)

    BalasPadam
  12. mudahan impian dan azam mimie tercapai..ameen

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.