Rabu, 12 Disember 2012

Ayat Seribu Dinar - Hikmah dan sejarah


Terjemahannya : 
"Sesiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" . (Surah At-Talaq 2-3 )

Hikmah Ayat 1000 Dinar
Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎
‎1)  Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2)  Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3)  Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4)  Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5)  Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

Sejarah Dinamakan 1000 Dinar‎
Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. ‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.‎

Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir.

Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua ‎penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎

Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎1000 dinar.‎

Credit : http://www.rahmanbashri.com

Jika kawan kawan amalkan Ayat Seribu Dinar nih baca dengan angka ganjil (3kali,7kali,9kali,11kali,41kali etc) Amalkan baca setiap waktu pagi dan waktu petang....InsyaALLAH semoga apa yang dihajati tercapai...

12 ulasan:

  1. Alhamdulillah..
    akak amalkan surah ni, jadikan ia doa selepas solat. memang menakjubkan, rezeki tak putus, Alhamdulillah...

    BalasPadam
  2. In shaa Allah cuba sebaikmungkin untuk amalkannya

    BalasPadam
  3. bagus kalau amalkan setiap hari kan. mudah mudahan murah rezeki kita semua. amen...

    BalasPadam
  4. baru paham cerita di sebalik nama yer...ptt org ckp byk klbihan ye...mmg ada sejarah ye :)

    BalasPadam
  5. ayat seribu dinar ni mmg fames. ada di mana2.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.