Jumaat, 21 Disember 2012

Amalan memudahkan hamil menurut Islam

Ikhtiar dan usaha yang berterusan adalah perlu dan elakkan rasa tertekan. Dekatkanlah diri dengan Allah SWT menerusi amalan amalan sunat yang akan mengurangkan tekanan dan menguatkan lagi ketakwaan padaNya. Perbanyakkan amal kebajikan seperti sedekah dan puasa sunat. Terdapat amalan amalan yang berlandaskan Islam yang boleh diamalkan sebagai salah satu usaha supaya mudah hamil. Lakukan rutin yang dinyatakan di bawah secara konsisten dan dengan penuh harapan agar dimakbulkan Allah SWT dan dikurniakan zurait yang baik dan mendapat rahmat daripadaNya.

Selepas terbitnya fajar atau sesudah solat Subuh,

1. Baca Bismillah
2. Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW sebanyak 3 kali
3. Kemudian sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
4. Dalam sujud tersebut mohon kepada Allah SWT akan apa dihajati.
5. Selepas lafaz doa, tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
6. Selain itu amalkan membaca "Ya Mutakabbir" sebanyak 11 kali bagi suami sebelum memulakan hubungan kelamin.
7. Manakala isteri amalkan membaca "Ya Awwal" sebanyak 333 kali setiap hari.
8. Isteri juga hendaklah membaca setiap hari " Ya Zaljalaali Wal Ikram" sebanyak 11 kali dan tiup dalam air kemudian air tersebut perlulah diminum.

Amalan ini perlulah dilakukan berterusan selagi usaha belum menunjukkan hasil.

22 ulasan:

  1. nice entry..
    tks for sharing, tahun dpn nk pregnant jugak (",)

    BalasPadam
  2. Berusaha dan berdoa moga siapa yg berkehendak dimakbulkan Allah akan doa itu.

    BalasPadam
  3. wahh umi. pkongsian yang baik la..sy pon macam susa nk lekat saja kali ni..tgh menanti gan penuh sabq jugak la..hehe tima kaseh ya insya Allah boleh sy amalkan :)

    BalasPadam
  4. insyallah..dya akan cube amalkan tuk dpt kn bby.. -..-

    BalasPadam
  5. Bagus perkongsiannya..terutama buat bakal2 ibu..dan ibu2 yang sedang hamil..

    BalasPadam
  6. nory kena bookmark entry ni, berguna suatu hari nnt...insyaALLAH...hehe

    BalasPadam
  7. In Shaa Allah akan cube diamalkan untuk beberapa tahun akan dtg..;)

    BalasPadam
  8. insyaAllah nak amalkan..semoga ada rezeki buat jijah :)

    BalasPadam
  9. nice sharing kak..bagus utk org yg memerlukan ni...

    BalasPadam
  10. TQ sharing kak, Myra nak copy dan simpan ye :)

    BalasPadam
  11. mg yang belom dpt zuriat,..dipermudahkan..amin

    BalasPadam
  12. info yg sangat2 bagus buat ibu2 yg ingin hamil...

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.