Isnin, 10 Disember 2012

Adik no 2 saya telah dilamar orang (^_^)

Sabtu lepas berlangsung majlis ringkas kat rumah nenek a.k.a mak saya. Majlis nih khas untuk adik saya yang no.2, Dian....Sebenarnya adik saya tak nak buat majlis tunang pun. Pihak lelaki datang terus bawak separuh daripada wang hantaran dan tetapkan tarikh pernikahan. Memandangkan takde majlis tunang dibuat, pihak lelaki tetap jugak bawak cincin dua bentuk. Yelah, bila pihak lelaki datang ke rumah perempuan untuk tetapkan tarikh dan bagi separuh wang hantaran, secara automatiknya adik saya tuh dah memang jadi tunangan orang lah kan....Nak kata hantaran ada pun saya tak pastilah nak cakap macam mana. Sebenarnya pihak lelaki dan adik saya sendiri tak nak buat hantaran macam orang bertunang tuh. Tapi atas nasihat orang tua, kalau takde hantaran pun sekurang kurangnya ada buah tangan untuk diberikan kepada pihak lelaki. Pihak lelaki pun ada buat jugak...Tapi takdelah sirih junjung, tepak sirih bagai. Just simple simple je....InsyaALLAH, majlis perkahwinan adik saya akan berlangsung pada 02.03.2013 (Sabtu), tak lama lagi dah kan.....Okeylah, saya tempek beberapa gambar sekitar majlis Sabtu lepas...

 Kiri - adik no.3 (Cuya) & no.2 (Dian)


Bakal pengantin 2013...huhuhu


Nampak tak bakul, bunga dan buah yang saya update dalam entry 3B tuh? Nih lah jawapan kepada segala teka teki tuh...Sebenarnya 3B tuh - Bakul, Bunga dan Buah...Saya tempah kat area berhampiran tempat saya bekerja nih...Total Bakul + Bunga + Buah = RM 65.00


Dian bersama buah tangan daripada pihak lelaki dan pihak perempuan. Dua dua pihak bagi benda yang sama..Buah dan coklat....Tambahan satu aje iaitu cincin merisik dan pertunangan...


Family lelaki + Family perempuan...Saya takde sebab saya yang tukang ambik gambar...See, tinggi kan bakal suami adik saya....Adik saya cemetot aje...hahaha....Bakal suami adik saya nih navy kat Lumut...Kot kot blogger yang suaminya abang navy mungkin kenal lah kot...


Last but not least muka tuan tanah kedaung wajib ada sebagai penyeri blog personal nih....Hehehe...

Nota kaki* Rasa macam nak ajak incik hubby buat majlis kahwin lagi sekali jer...hahahaha

33 ulasan:

  1. tahniah untuk adik Mimie.
    simple lagi bagus takde berat sangat kepala otak nak pikir macam-macam.

    BalasPadam
  2. alolo..xpuas lg ke pink ummi.hihi..cntik adk akak tu..:)

    BalasPadam
  3. hmm,mcm time sy dulu la sis,xde majlis tunang,sebiji sama mcm adik sis ni,jimat!time nikah n mjlis kawen baru kami beria arrange mcm2,baru best..;)

    BalasPadam
  4. berapa umur adik akak ye.. muda nampaknya!! semoga kekal ke akhir hayat! amin

    ps: doakan jodoh sy jugak

    BalasPadam
  5. alhamdulillah...teringat plak kenangan masa bertunang dulu..hehe

    BalasPadam
  6. as salam

    tahniah, bakal jadi milik orang..moga berbahagia :)

    BalasPadam
  7. alhamdulillah.. ok laa wat simple jer.. xde majlis tunang bagai...

    janji..perbincangan bjalan lancar.. tarikh nikah dah ditetapkan...

    BalasPadam
  8. tahniah buat adik pink ummi..semoga semua nya berjalan lancar nanti yer...

    BalasPadam
  9. alhamdulillah..moga apa yg dirancangkan bjalan dgn lancar.amin

    BalasPadam
  10. tahniah adik akak.. kejap je ikatan pertunangan dia kan.. bagus la macam tu... semoga di permudahkan.

    BalasPadam
  11. tahniah..tahun depan dapat adik ipar la yea

    BalasPadam
  12. tahniah untuk adik ei.. pengantin 2013 ni..

    BalasPadam
  13. comel orgnyer..lya doakan moga urusan ke jinjang pelamin berjln lancar... tahniah buat adik ye..

    BalasPadam
  14. comelnya dia...cantik..
    tahniah utk dia, moga alam pertunangan nie dpt di lalui dgn hati yg kuat dan sabar..

    BalasPadam
  15. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  16. cantik adik kak mi..mcm kak mi gak :)

    BalasPadam
  17. wah. dah di pinang orang. okengg lah tuh. :D selamat menjadi tunangan orang hihi

    BalasPadam
  18. kenal kot klu taye lbh mndlm..hihihi.smoga berkekalan ke akhir hayat...in shaa Allah...

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.