Isnin, 17 Disember 2012

8 tips atasi masalah kawalan kencing

Gejala lemah kawlaan pundi kencing berlaku disebabkan oleh masalah otot dan saraf yang mengawal dan membebaskan air kencing. Hal ini terjadi kerana otot lantai pelvis menjadi lemah dan tidak cukup kuat untuk mengawal air kencing daripada terkeluar.

Tip atasi masalah tersebut :

1 Kekalkan berat badan yangs esuai bagi mengurangkan bebanan pada otot lantai pelvis.

2 Amalkan senagaman khas seperti senaman lantai pelvis dan senaman kagel.

3 Kurangkan pengambilan minuman atau bahan yang mengandungi kafein yang tinggi.

4 Hindari daripada minum minuman sejuk atau air batu yang mudah menyebabkan batuk.

5 Elakkan minuman berkarbonat yang menyebabkan radang atau rengsa pada pundi kencing

6 Guanakn pelapik seluar yang direka khas untuk masalah kawalan kencing

7 Buat diari pundi kencing kerana ia dapat membantu berwaspada.

8 Latihan pundi kencing sangat berkesan dalam mengurangkan kekerapan individu untuk ke tandas. Jika doktoe mencadangkan latihan ini, perlu dimulakan dengan mengisi diari pundi kencing terlebih dahulu.

Sumber : Pa & Ma

12 ulasan:

Terima kasih sudi tinggalkan komen.