Jumaat, 23 November 2012

Tuah ayam nampak di kaki, tuah anak?


Alhamdulillah, rezeki anak kan.....Setiap anak ada rezeki masing masing....

SUBANG JAYA – Pelakon Fasha Sandha menyifatkan kehadiran bayi sulung yang dikandungkannya sepanjang empat bulan setengah itu memberikan tuah dan rezeki buatnya dan keluarga.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 28, berkata, walaupun dia sudah berehat daripada sebarang aktiviti lakonan, namun dia mendapat tawaran untuk menjadi duta kepada dua produk iaitu kecantikan dan barangan bayi.
“Alhamdulillah, anak ini memberikan tuah kepada kami sekeluarga. Ada sahaja rezeki yang datang. Contohnya, saya sudah ditawarkan untuk menjadi duta kepada dua produk selepas bersalin nanti.
“Malah, setiap perkara yang dilakukan mesti menjadi lebih mudah dan orang selalu mendahulukan saya daripada pelbagai segi apabila berada di luar,” katanya.
Tambah Fasha, tuah berkenaan turut dikongsi oleh suaminya Rizal Ashram Ramli atau Jejai, 36, yang mendapat tempat kedua dalam kejohanan Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia yang berlangsung pada 15 dan 16 November lalu.

“Ini merupakan kemenangan yang bermakna sejak mendapat tempat ketiga pada tahun 2004 dan saya percaya kejayaannya itu dek kerana rezeki anak yang dikandungkan ini.
“Selain itu, anak ini juga telah merapatkan hubungan silaturahim antara kedua-dua belah keluarga. Alhamdulillah,” tuturnya yang enggan mendedahkan jantina anak itu.
Sementara itu, Fasha berkata, selepas bersalin nanti, dia akan menjalani tempoh berpantang selama 100 hari.
Dia juga percaya penjagaan yang rapi selepas bersalin amatlah penting untuk mendapatkan tubuh badan asal.
“Saya lebih senang mengikut cara tradisional dalam berpantang, risau juga kalau berat badan naik,” ujarnya.

25 ulasan:

  1. Alhamdulillah, rejeki buat anak yg dikandungnya..

    BalasPadam
  2. yup..setiap anak, dan setiap perkara itu ada rezkinya dari Allah.. :)

    BalasPadam
  3. bace gak td..rezeki Allah bt mereka...tmpg gembira utk fasha gan jejai :)

    BalasPadam
  4. sekali pandang, mcm dia preggy baby gurl je. hehehe

    BalasPadam
  5. comelnya fasha hamil..wajah tambah berseri-seri

    BalasPadam
  6. sbb tu org kata anak ni bawa rezki...=)

    BalasPadam
  7. berseri dia.. walaupun x berapa nak minat die, tp mmg puji lakonan die. semoga die selamat melahirkan ank yang sihat nanti :)

    BalasPadam
  8. tambah berseri fasha nk jd mak nikn? jmputla follow kmbali :)

    BalasPadam
  9. untung fasha....rezeki anak...pasal tuto tue nanti akak buat ya...

    BalasPadam
  10. FASHA NI WALAUPUN BYK KONTROVERSI TP MASIH BYK JUGAK YG MENYOKONG DIA KAN..^_^

    BalasPadam
  11. ya la kn...mcm baby girl sebab perut dia kebawah

    BalasPadam
  12. berseri2 nya muka fasha.. cantik! macam baby girl jer.. seronoknya tengokk org preggy! jeles....huuhu

    BalasPadam
  13. wahhh untunglah kan :) ade bakat mst org cari xkisah kontroversi dia mcm mna :) yg pntg bakat :)

    BalasPadam
  14. sis..
    Berat bdan naik x jadi hal.yg penting pemakanan seimbang ,jiwa tenang dan sihat..puasa isnin khamis dpt menurunkn berat badan

    BalasPadam
  15. alahaiiii seronoknya baca kisah fasha ni... dpt jd duta, hubby dpt tmpat ke2 tp plg seronok, merapatkan hbgan dua blah famly.. alhamdulillah... epy bg pihak fasha jugak

    BalasPadam
  16. rezeki anak tu....berseri jer wajah dia sejak hamil ni

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.